Ahad, November 13, 2011

Perencah Maut Dalam Senyap....

Perencah tadi masih belum digunakan,masih tersimpan rapi,tersusun manis disudut yang disediakan,belum lagi terfikir untuk digunakan.Saban hari menanti,menanti bila perencah itu akan digunakan.Bukan sembarangan perencah,ia membawa maut,bukan kerena kematian,tetapi,sebuah maut untuk penafasan.Mengancam seluruh tubuh,tiada hakikat lagi,ia sebuah perencah yang sangat dahsyat yang boleh merosakkan seluruh urat saraf manusia.Bahan-bahan yang terlarang dicampurkan dan dijadikan satu dan menjadi sebuah perencah yang sangat dasyat,bila sudah terbocor maklumat ini,tidak dihiraukan,masih mencari juga perencah ini.Keanehan membelenggu,kenapa masih dicari juga perencah ini?
Perencah dimaksudkan adalah sebuah perencah yang mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia,boleh mengganggu fikiran mereka,dan adalah sebuah realiti yang berlaku kepada masyarakat kita.Mereka menggunakannya tanpa kesadaran mereka?
Apa sebenarnya perencah ini,tidak faham sungguh.Perencah maut ini biasa digunakan kebanyakan masyarakat kita,mereka menggunakan atas kehendak mereka,masalah-masalah yang berlaku juga biasa dikalangan pelajar sekolah di negara ini,jadi perencah yang dimaksudkan adalah sikap.Sama dengan kenyataan yang diatas,masih tersusun manis disudut yang disediakan,macam fikiran,tidak digunakan sebelum ingin melakukan dan sudah ada tempat yang telah disediakan.
Perencah ini,telah dicampurkan oleh kita sendiri,dimasukan secukup rasa,sebahagiannya melakukan sedemikian,tidak berubah sama seperti dirinya.Di panaskan api,ditumiskan perlahan-lahan perencah itu,sehingga panas mendidih,baru diangkat.Kiraan masa tidak diperlukan untuk menyiapkan,sudah pun mereka bersiap untuk menggunakannya.Setiap hari,ramai yang menggunakan perencah maut ini,walaupun tiada korban jiwa yang ditemui.Ini salah satu tentang masalah sosial ini zaman sekarang.
Waktu sudah pun petang,waktu sudah pun berputar,dan ia pasti bertukar,kita boleh membanteras perencah berbahaya ini,walaupun ia jarang sekali ada di makanan,tidak semudah yang disangkakan,mengapa mudah sangat terjebak bersama perencah ini? Ia bukanlah sehebat yang disangkakan.Ia memusnahkan sebahagian hidup,kenapa macam itu sekali?
Ramai yang sudah hanyut dengan perencah ini,perencah yang tiada rupa,iaitu sebahagian bahan yang terdapat dalam ini selain pengaruh,iaitu kesan yang teruk.Sempat atau tidak,laluinya serta merta.Lebih berkesan dari sekotak rokok yang membawa risiko untuk mati,tetapi perencah ini yang kita ketahui ramai yang tidak mengetahui kewujudannya dan menganggap ia merepek sahaja,kerena kesan perencah ini jika dicampurkan dalam kehidupan seharian kita,ia akan membahayakan hidup sendiri,iaitu mudah terpengaruh,berjiwa lemah,tidak beriman,tetapi bukan diri ini hebat mana pun,tetap sama seperti manusia lainnya.
Ingin keluar dari terjebaknya sangkut paut yang sebegini,memang mempunyai jalan keluar,tetapi harus mengambil masa untuk sembuh,lekas,buang segera perencah ini,lain orang,lain cara.
Musnahkan segera perencah ini,bukan perencah masakan,sebab,jika kita semua ingin memasak sesuatu,pasti kita akan menggunakan perencah yang kita belajar dahulu.Tetapi perencah ini sudah pun ada pada diri kita sendiri,perencah ini tidak pernah digunakan,atau ia memang ada tetapi kita sendiri pandai menggunakan perencah ini.Tidak mudah yang disangkakan,ia tetap berbeza.
Bila sudah mengenal erti sebenar kehidupan,mungkin perencah ini boleh dikawal penggunaannya,berhati-hati jika mula menggunakanya,bagaimana ingin mengetahui pada diri ini jika perencah itu sudah mula digunakan? Senang sahaja..
Hasutan yang diterima,jangan diterima bulat-bulat,pengaruh yang harus dikawal,sikap,jiwa dan raga seluruh tubuh kita yang menguasai.
Masalah sekarang,masyarakat kita sudah mula terjebak kedalam sangkar yang dibuat oleh orang lain,dan mula menggunakan perencah ini serta merta,tidak kira,dalam masakan atau dimana.

Perencah Maut Dalam Senyap - Sebuah kepastian dalam diri yang tidak atau jarang kita gunakan,biasanya,bertindak sendiri serta merta dengan geraknya otak kita berfikir,jadi,kisah yang taip di atas hanyalah untuk renungan dan saja hendak membuat kita berfikir sejenak,adakah kisah ini betul?,memang ini hanya rekaan,tidak ada atau akan memasukkan masalah sosial politik dengan serius,hanya sebagai terbang terawang-awang sahaja,biasalah perkara ini akan berlaku,mereka yang suka mendayu-dayu,walaupun hanya artikel yang ditaip oleh budak mentah seperti aku ini,tetapi,aku telah diberi akal untuk berfikir dimana,aku mengambil cara yang agak rumit untuk diselesaikan,dan begini jadinya,jangan mudah terjebak dengan "perencah" ini,sekali lagi,ini bukan untuk masakan atau makanan.

Sabtu, Oktober 01, 2011

Sebatang Pokok Yang Kesepian...


Disana aku terdiam terpaku.Tingginya tidak terlalu tinggi mencecah bangunan pencakar langit.Sayup redup dibawahnya.
Sebatang pokok.
Bagi setiap insan yang bergelar manusia,sebatang pokok hanyalah biasa.Tiada cerita, tiada akhir.Tidak menghiraukan tumbuhnya ia sebatang pokok.
Awal ia tiada teman, hanya kesepian dan diredhai pertumbuhannya kerana Sang Pencipta.Dengan hasrat diri, ingin menyegarkan suasana bumi.
Beberapa hari diselang dengan bulan dan kemudian tahun, teman-teman yang selalu diharapkan selalu hadir menemani benar-benar ada disisi. Kata-kata mereka tidak didengari oleh manusia.
Aku terdiam.
Lalu melihat kembali ke arah sebatang pokok. Sebatang pokok yang kesepian.
Sadarkah perasaan mereka.Setiap hari kedinginan merasai sejuknya sayupan angin menembusi sanubari.Sadarkah kesakitan yang dirasai sebelumnya yang tidak pernah dirasai oleh manusia. Kehancuran, permusnahan.
Sebatang pokok yang kesepian.
Air mata tak mampu ditangisi, suara tak mampu didengari, saat untuk mati sudah tidak dijangka, ingin melihat dunia, namun apakan daya hanya sendiri tidak bergerak. Bergoyang-goyang pokok-pokok menandakan mereka menerima alam. Alam yang sungguh hebat di dunia ini. Sekali imbas, bumi tidak bertahan lama.
Kesunyian, aku masih memerhatikan awan yang berarak dibawah sebatang pokok.
Andai, tiada tumbuh-tumbuhan, kita mungkin akan hadapi masalah. Mereka membantu, terima kasih Allah.
Sebatang pokok.
Dalam sedang bersendirian.Mereka ingin berbakti.Dalam sedang kesunyian.Mereka ingin manusia selalu mengertikan mereka. Merekalah selalu menutupi kecerahan sinaran cahaya matahari untuk manusia agar tidak selalu merasakan hangatnya cahaya ini.
Selalu merasakan diri ini lemah.

Lalu aku menulis sebuah sajak untuk sebatang pokok di atas sehelai kertas yang tidak semua orang mengerti.

"Dia, Aku lihat Dia
Selalu tidak bersuara
Memahami kata manusia tidak untuk manusia memahamikannya
Selalu sendirian dimana jua diatas bumi
Sahabat angin yang selalu berkunjung untuk memahami perasaannya
Sahabat bumi yang memberikannya peluang untuknya terus sihat
Dia, Aku lihat Dia
Sampai masa dimana hati letaknya mereka
Sudah mau membesar tidak faham akan Kita
Meruntuhkan segala prasana hidupnya
Tidak lagi menemani kita, tiada penyesalan mungkin belum
Akan dicari sudah tiada
Sebatang pokok, akan dicari sudah tiada.."

Aku bingkas bangun, lalu beredar dari situ, sebelum meninggalkannya sendirian, aku masih berfikir. Akan berapa lama ia akan bertahan. Bertahan dimuka bumi ini, yang masih ada, temanilah dia. Mungkin bukan paksaan. Tetapi setulus hati merawatkannya. Aku tidak terdaya. Dia perlukan bantuan sebelum apabila ada yang mencari.....ia sudah tiada.......

Aku beredar....

Sabtu, April 23, 2011

Perjalanan Riwayat Sebiji Pemadam Yang Begitu Singkat.....

Kisahnya hanyalah tiada nama ditempat dunia.Namanya hanyalah sehalus debu.Perjalanan hidupnya akan terus tamat bila ada seseorang itu menggunakannya.
Pemadam.
Perjalanannya bermula.Hanya ingin menjelajah jauh dari tempat asal.Menemui rakan-rakan yang lainnya jauh berbeza.Dirinya yang hanya sekecil tapak tangan.Terpaksa bergaul dengan rakan yang lain termasuklah Pembaris,Bekas Alat Tulis,Pensil,dan rakan-rakan sampingannya.
Lebih senang kita menyebut Pemadam ini sebagai PENGHAPUS,bukan PENGHAPUS LARA.
Ada saja yang akan menganiayanya,ingin berkawan,tetapi tidak disukai.
Kenapa...Sebab,pemadam ini adalah sesuatu bahan yang kecil,tidak wangi,dan ia diciptakan oleh manusia untuk menghapuskan segala penulisan yang dihasilkan oleh Pensil,ia terpaksa tabahkan hatinya..


Pada suatu hari,ketika sedang tuannya membawa peralatan bekas alat tulis ini,lengkap semuanya untuk digunakan.
Bekas alat tulis ini telah dirampas oleh budak-budak nakal yang sememangnya tak faham bahasa dan nakal.Jadi,dengan perasaan sedikit marah,tuan bekas alat tulis ini,tanpa berfikir panjang,terus menumbuk muka si perampas ini.Berdarah.
Dengan perasaan tidak puas hati.Budak nakal ini membuka bekas itu dan mengeluarkan segala isi barang di dalamnya.Habis bertaburan di atas lantai.Perasaan semakin membuak dengan kemarahan.Tiba-tiba tangan tuan telah di pegang oleh rakan-rakan budak nakal ini.Tak dapat bergerak lagikan apa-apa.
Tanpa berfikir lagi,budak nakal ini mengambil barang-barang yang ada,lalu satu demi satu barang dicampaknya jauh.Pensil sudah terbang jauh dari pandangan.Pembaris patah menjadi dua.Gunting telah dileraikan.Segala isi telah dimusnahkan.Lalu budak ini mengambil sebotol minyak tanah dituangkan diatas Bekas Alat Tulis ini,lalu dibakarkannya sehingga menjadi debu-debu yang beterbangan.
Perasaan semakin membara dengan kemarahan,tetapi tidak berdaya untuk berlawan.
Hanya tinggal Pemadam sahaja yang terselamat.Kerana semasa budak nakal itu membuka bekas itu,semuanya bertaburan,sedangkan Pemadam ini sekecil tubuhnya,tercampak jauh.
Hanya melihat rakan-rakan menjadi mangsa kejamnya manusia,
tak mampu berbuat apa-apa,apakan daya.
Budak nakal itu hanya ketawa sahaja,lalu,dia mengancam tuan,dengan berkata bahwa jangan cari pasal dengan dirinya.Tuan hanya senyap sahaja.Padahal baru sahaja terlanggar bahu,terus nak bergaduh,macam-macam.
Sedang budak itu hendak beredar dari situ,entah macam mana.
Dia ternampak akan Pemadam yang terselit dicelah kaki meja di dalam kelas,lalu diambilnya lalu dikerat nipis-nipis Pemadam dengan parang,lalu dibuang merata-merata...
Akhirnya tamat sudah perjalanan Si Pemadam yang tidak dapat berbakti sepenuhnya untuk tuannya.
Dia mati begitu sahaja,tuan hanya bersedih hati dan mesti tuan akan membeli yang baru barang-barang untuk penulisannya.
Yang telah habis dirosak,sudah tidak akan digunakan lagi.Beginilah perjalanan yang begitu singkat bagi aku (Pemadam),dan rakan-rakan yang lainnya,memang tidak dijangka akan berlaku.

*Dalam perjalanan hidup ini,memang sepertinya terasa begitu lama,sebenarnya,ia begitu singkat.
Dalam menjalani perjalanan,pasti akan datang rintangan yang tak diduga,kesedihan,kesusahan,kecerian semuanya,mungkin takkan kekal,
Pasrah segalanya..

Mempersembahkan...Tentang Perjalanan Seriwayat Sebiji Pemadam....Fahaminya....

Rabu, April 20, 2011

Hayati Sebentar.....

"Orang yang SIHAT punya SERATUS KEINGINAN,
Orang yang SAKIT punya SATU KEINGINAN"

Sebuah Cerita Tentang Masa Lalu Yang Seakan Menggelapi Sesebuah Perjalanan Cerita Seseorang Itu Tanpa Ada Kesalahan Terhadap Dirinya....Penyesalan...

Duduk sebentar di kerusi berhampiran anak sungai,hanya ditemani sekaki payung dan membawa sedikit bekal untuk dimakan.Hanya keseorangan,tidak perlu menunggu ia hadir...
Ketika bersendirian,waktu hampir menunjukkan masa sepertinya tidak mengizinkan,mencuba sedaya upaya untuk bersendirian..
Air mata jatuh membasahi pipi.Tak mampu untuk dinikmati lagi.Angin kesejukan,sehingga ketulang dalamnya...
Mengingati kisah-kisah lama,yang tak perlu lagi difikirkan,cerita lama itu kenangan....
Di tangan,hanya memegang sekeping nota yang berisi dengan kata-kata yang si penulisnya sudah lama pergi dan takkan kembali...

"Sebahagiannya sudah berlalu, yang dulunya hadir, dan sekarang ia pergi, hilang begitu sahaja,

meleraikan sesebuah cerita yang adanya makna disebalik semua..

Ia hadir dalam hidup ini begitu pantas sekali.....seperti sebatang mancis yang dinyalakan api...terus habis...

dimakan api........hanya asap yang tinggal....menemani diri ini..

Mungkin semua ini tak pernah kita untuk menyadari, sedari, tetapi yang menyedari mungkin akan ada yang mengerti dan tidak mau mengerti..

Dulu itulah kenangan, sekarang hanya menjadi permandangan khayalan minda yang hanya bermain-main dalam benak setia kita...apa itu begitu pantas sekali ia berlalu..

Membuat orang yang tersenyum, membuat orang marah, membuat orang keliru, itu berlaku beberapa tahun yang lalu, tapi mungkin sudah lupa dimana, kenapa,

Wajahnya masih diingat selalu, akan terus bermain dalam fikiran, apa khabar dia disana, jika itu orang yang rapat dengan kita semua..

Sedikit masa diberikan kepada kita untuk mengerti tentang waktu-waktu yang ada, ia semakin larut, semakin larut ditelan zaman..mungkin masa takkan menunggu kita...ia tak akan datang kembali....ia sepertinya tidak cukup masa.....berlalu begitu pantas, sepantas kilat..

Itulah kenangan yang dilalu bersama, tidak kira siapa yang hadir dalam hidup ini..

Walaupun ada yang indah dimata, ada yang indah dari kata-kata, bakti kita masih belum tahu itu benar...

Mungkin itu dulu pernah bersama, tapi mungkin kini yang telah pun pergi untuk selama-lamanya..

Apa erti sebuah cerita tanpa makna, hanya tangisan yang terpendam dalam diri yang hanya sedikit saja menyadari...

Ketika saatnya ingin mempelajari erti cinta, masih ada yang masih juga belum mengerti apaitu cinta, itu masa-masa yang lalu bercerita mengenai sesebuah erti cinta, mungkin kini hanya ada dusta, segelintirnya sudah memahami, mungkin itu tak sama dengan hari ini....itu perkara yang lalu...sekarang hanya telah berlalu...

Andai ini perkara yang terakhir dipersembahkan....ini mengenai sesuatu tentang masa lalu..

Andai boleh diputar kembali mengenai cerita-cerita lama, masihkah akan sama seperti sekarang, kini ia berlalu...

tiada lagi yang mampu dimengertikan lagi...itu sudah ditetapkan....terus juga maju kehadapan dengan cerita yang baru...

Sebelum kita dipanggil....buatlah yang terbaik....jika itu yang termampu...teruskan..........."

Teringat akan kata-katanya yang terakhir sebelum menutup mata..

"Menaiki anak tangga dengan kaki, bukan dengan tangan
Berfikir menggunakan otak, menghayati dengan hati
Segalanya adalah apa yang kita pinjam dan kita semua sedang meminjam
Akan suatu hari nanti semuanya akan diambil semula oleh yang meminjamkan kepada kita semua
Termasuk kita sendiri..."


Kepingan nota itu terlepas dari genggaman tangan,terbang melayang jauh dari pegangan tangan,seakan tidak percaya,semuanya bukan apa yang difikirkan...sekeping nota yang digenggam erat si mati...bukan seperti apa yang dicakapkan oleh diri sendiri....
Menyesal tidak sudah....

Masih juga,menangis walau semuanya itu sudah pun berlalu,segala dosa yang dipegang,akankah akankah begitu senang dilepaskan....

Langit masih mendung

Penyesalan mesti hapuskan,segala kenangan yang dulunya hitam,tinggalkan sekarang dengan warnanya putih...
Sunyi sesebuah penyesalan............

Bangun dari kerusi yang lama diduduki sebentar tadi..
Melangkahkan kaki menuju pergi,mungkin segalanya sudah berlalu..
Selamat tinggal sang penulis...
Simpan rapi sekeping nota..
Mungkin dulunya ada salah...mohon..


MAAFKAN AKU........
BUKAN MAKSUDKU UNTUK MENGAKHIRI HIDUPMU..
ITU SALAHKU, SEMUA BERLAKU SECARA TIDAK KESENGAJAAN, MUNGKIN ITU SALAHKU, KAMU TIDAK BERSALAH DALAM HAL INI, MUNGKIN, KAMU BOLEH,

TAMATKAN RIWAYATKU...SEKARANG...ATAS KESALAHANKU....TAPI, ITU SEMUA TIDAK BOLEH BERLAKU.......SEMUANYA TELAH BERLAKU......

Jumaat, April 15, 2011

Peristiwa Orang Lidi...

Langit masih kelihatan mendung,begitu juga awan-awan yang berarak perlahan-lahan menuju kemana arah yang ditujunya..
Di atas bumi yang kering ini yang ada sebahagian kawasannya lembab,
kelihatan sekumpulan orang yang sedang bersiap untuk bertempur,
bilangan mereka boleh dikira..
Walau kelihatan sepertinya mereka boleh kalah dalam pertempuran,dengan hanya badan yang kurus-kurus belaka..mereka tidak peduli..!
Berbekalkan senjata,berbaju besi segak bertopengkan logam diwajah-wajah mereka hari demi hari tekad tanpa henti..
Dengan keadaan suasana yang sedikit huru hara,berkacau bilau dimana-mana,mereka sudah pun bersiap untuk maju kehadapan bersama ketua mereka..
Pertempuran ini menentukan hidup mereka,apa yang perlu dilakukan kalau bukan diselesaikan..

Dahulu,kehidupan mereka agak damai tenteram dan tiada perbalahan,seperti mana kehidupan ini digambarkan sebagai harmoni...
Hingga datangnya segelintir pihak yang tak inginkan semua itu terjadi...
Membahagiakan kemusnahan,dalam kerealitian dikhayalkan dengan keinginan....

Semua bersiap sedia untuk kali terakhir,meninggalkan sanak saudara,tak ingin menanggung segala yang ada semuanya hanyalah kesalahan dimenangkan...
Berangkat,ada yang menaiki kuda,ada yang berjalan kaki,tidak ada yang sekali-kali menundukkan kepala.Maju kehadapan,dengan penuh tekad,jangan ada yang mahu menunjuk diri itu hebat..

"Kami kecil..
Kami kurus..
Mungkin kami akan semuanya mati..
Tapi kami tak kisah...
Kami...
Semuanya sudah berjanji pada diri sendiri...
Akan kami..
Buktikan kepada mereka..
Kami orang lidi...
Sanggup mati demi maruah diri..
Bukan mencari populariti..
Tapi...inilah KAMI ORANG LIDI..."

Hendak menangis,seluruhnya merasa harusnya bersedih sebelum bermula..
Meminta maaf kepada mereka yang rasanya ada banyak salah,halalkan makan minum agar tenang jiwa...
Selamat jalan....
Dengan percikkan darah dimana-mana..
Hunusan pedang didada...kepala putus dari badan....tiada antara...
Kesadisan semuanya.......semua sekali tidak dapat diselamatkan...
Mereka menentang musuh ketat mereka...
ORANG BESI...
Tiada pemenang yang diangkat...
Semuanya tewas dimedan pertempuran..
Apa yang diamanat oleh ORANG LIDI ini...mereka menyatakan....mereka tidak perlukan bantuan yang hakiki...hanya usaha yang mereka tunjukkan....bukannya menjual mahal dengan bantuan....tapi mana datang kemenangan tanpa usaha...
Tapi kekalahan telah menyelubungi...semuanya pergi...
Air mata bercurahan dari mata ke pipi...
Tetapi tidak dapat juga membawanya mereka kembali disisi...

Ini mungkin jalan mereka.....ini peristiwa........
Pertempuran ORANG LIDI...
Abadi.....

Jumaat, April 08, 2011

Cermin Dan Cermin....

Apa rasanya kalau dunia ini tak ada bezanya seperti biasa..?
Penghuni bumi,yang utamanya manusia,tidak merasai apa-apa perbezaan langsung yang hadir,
Jadi,manusia telah diberikan akal untuk berfikir,dari yang berstatus rendah dan berstatus tinggi,tidak kira,mereka akan tetap berfikir,apa yang akan terjadi...
Tapi..
Andai ia disalah gunakan,pasti yang tidak pasti maksudnya akan terjadi,
Kita berfikir,akan terus memasuki ke alam yang lain,istimewanya kanak-kanak,mereka akan berfikir jauh dan berfantasi tinggi tentang dunia mereka sendiri,dan begitu juga orang dewasa yang akan menghayati menggunakan segala fikiran mereka dengan lebih matang lagi..
Mengenai perbezaan tadi..
Jadi di antara kita semua,ada yang dipilih untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu barang yang amat bernilai atau yang aneh-aneh menjadi tatapan.
Tapi...
Ini mengenai cermin,ia ada kena mengena dengan perbezaan yang diceritakan tadi,
Kenapa cermin yang dipilih,bukannya kenyataan nyata..?
Cermin salah satunya,dan mengenai cermin ini diceritakan...
Banyak cermin yang kita saksikan,banyak juga disalahgunakan oleh kita,atau ia memang kemahuan kita semua...
Khayalan sering kali hadir dalam diri sendiri terutamanya minda...
Kenyataan nyata beralih kedalam kenyataan khayalan,amat mudah terjebak dalam dunia cermin...
Cermin adalah sesuatu benda yang boleh sedikit membantu kepada kita,kita lihatnya,ia sama sahaja,cuma ia terbalik dari segi pandangannya....
Tapi kita juga mesti berhati-hati dengan perkara ini....kerana apa..?
Ia mempengaruhi......memanglah nampak biasa je...,tapi kadang-kadang boleh gila memikirkannya.....
Seperti..
Cermin adalah barang yang boleh kita nampak perkara yang sama cuma terbalik,tetapi ia amat mudah untuk menjatuhkan orang,sifat kemurungan,kepercayaan ritual,banyak membabitkan cermin,perjumpaan paranormal,memang gila...
Perbezaan ini mungkin takkan berhenti diperkatakan,dunia dipenuhi cermin,jiwa akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang akan mengambil kita untuk turut serta...
Kita mungkin tak boleh menggunakan cermin untuk menghubungkan mana-mana alam untuk dimasuki,ia adalah benda yang biasa saja,dan akan kita susah juga tanpa cermin..
Apa yang aku suka lihat ialah,perkara yang tak biasa,walaupun aku tak boleh melihat hantu,atau seumpama paranormal,tapi perkara seperti itulah yang aku ingin lihat (serius),aku dulu ingatkan cermin boleh membuat seperkara seperti itu,boleh..?...mana boleh....itu cuma khayalan kalian atau pun ini meminta bantuan dari ilmu hitam..
Kita cuma nakkan sesuatu perbezaan ini berubah...dalam dunia cermin akan terlihat terbalik total...bukan kita akan dibawah atau mata kita dikaki,tetapi pandangan kia akan melihat dicermin seperti terbalik dari segi perkataan,sudut kiri dan kanan akan menjadi sebaliknya...
Begitulah...
Cermin ini...

"Adalah sama tapi yang lainnya
Tapi jangan mudah dipengaruhinya"

Ahad, April 03, 2011

Ini Penghormatan Terakhirku.......

Dia mempunyai keinginan,dia mempunyai sesuatu hasrat,mungkinkah itu yang terakhir baginya..?
Hari ini dia terlihat sangat berlainan,tidak biasanya kelihatan seperti ini,mengapa..?
mengapa....adakah ini perubahan yang tidak pasti kau tunjukkan dengan seribu tanda tanya yang kau berikan padaku...?
Pagi petang siang malam,dirimu seakan untuk berjauhan dari pandangan mataku mahupun tidak mahu mendengar suaraku bersuara berhampiran telingamu..,apa salah aku sampai begini jadinya.Dulu kita sudah berjanji untuk bersama sehingga waktu akhir nafas kita,tetapi keadaan yang kau tunjukkan dan juga kau berikan kepadaku sekarang ini seakan tidak seperti yang aku kenal dahulu...,mungkinkah..?
Pada suatu hari,aku sekali lagi melihat kau berkata seorang diri,dan ketawa seorang diri,kadang kau akan menangis seorang diri....,
Janganlah kau begini terhadapku...adakah kau tidak lagi menyayangi aku lagi.....sikapmu berubah total kepadaku....
Aku tak mahu begini terjadi......
Apakah..?
Makan minum tak tentu,jiwa dibelenggu,masalahkah semua ini bagi aku..?
Aku tetap terus untuk bersamamu sehingga akhir hayatku...selalu untuk menjagamu...tidak kira apa pun jua...
Tapi itu tidak bertahan lama,apa yang aku harapkan tidak kesampaian..
Kau telah pun pergi....,
Jauh dari pandangan aku.....,,
Tahu tak,aku tak sempat nak memberi kata-kata terakhir aku sebelum kau tiada,
Baru aku mengerti,kelakuan selama ini rupa-rupanya itulah tanda untuk kau pergi jauh dan takkan kembali...,
Memang...memang setiap tanda-tanda yang hadir amat susah untuk difahami atau dirasai..tapi...ia hadir didepan mataku....
Maafkan aku...aku tak dapat untuk memahaminya...mungkin itu sudah takdir......
Wahai kasih....aku tak dapat berbuat apa-apa...mungkin kata-kata yang aku ucapkan sekarang tiada makna lagi buatmu....tapi ini yang ku mampu......dengarkanlah dari jauh...

"Kasih,
Ini penghormatan terakhirku
Ini penghormatan yang aku berikan kepadamu
Walaupun kamu tidak berstatuskan yang besar bagiku
Tapi hati tetap menyatakan perasaan yang sudah lama membelenggu
Saat kasih
Aku menyatakan hasrat ini
Mungkin tiada lagi pandangan sisi wajahmu ada didepanku
Dan ini penghormatan terakhir
Tidak besar tidak semegah istana berdiri
Meratapi mungkin tidak akan kuselami
Sekali lagi kasih
Saat kau tiada mungkin takkan ada pengganti
Mungkin tiada yang akan hadir walau aku menanti
Terus aku selami dan aku selami
Dalam persembahan terakhirku yang kuberikan kepadamu
Penghormatan terkahirku yang kini menuju penghujung..
Selamat jalan.....
Kasih..
Ini penghormatanku untukmu..."

Jadi segalanya,telah pun berlalu,aku tak dapat lagi berjumpa denganmu,
Hanya kata-kata ini sebagai kenangan,
Hanya doa sahaja yang dapat didengari olehmu..
Selamat tinggal..,
Dan aku takkan melupakanmudan sikap akhirmu..
Akhir....