Ahad, November 13, 2011

Perencah Maut Dalam Senyap....

Perencah tadi masih belum digunakan,masih tersimpan rapi,tersusun manis disudut yang disediakan,belum lagi terfikir untuk digunakan.Saban hari menanti,menanti bila perencah itu akan digunakan.Bukan sembarangan perencah,ia membawa maut,bukan kerena kematian,tetapi,sebuah maut untuk penafasan.Mengancam seluruh tubuh,tiada hakikat lagi,ia sebuah perencah yang sangat dahsyat yang boleh merosakkan seluruh urat saraf manusia.Bahan-bahan yang terlarang dicampurkan dan dijadikan satu dan menjadi sebuah perencah yang sangat dasyat,bila sudah terbocor maklumat ini,tidak dihiraukan,masih mencari juga perencah ini.Keanehan membelenggu,kenapa masih dicari juga perencah ini?
Perencah dimaksudkan adalah sebuah perencah yang mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia,boleh mengganggu fikiran mereka,dan adalah sebuah realiti yang berlaku kepada masyarakat kita.Mereka menggunakannya tanpa kesadaran mereka?
Apa sebenarnya perencah ini,tidak faham sungguh.Perencah maut ini biasa digunakan kebanyakan masyarakat kita,mereka menggunakan atas kehendak mereka,masalah-masalah yang berlaku juga biasa dikalangan pelajar sekolah di negara ini,jadi perencah yang dimaksudkan adalah sikap.Sama dengan kenyataan yang diatas,masih tersusun manis disudut yang disediakan,macam fikiran,tidak digunakan sebelum ingin melakukan dan sudah ada tempat yang telah disediakan.
Perencah ini,telah dicampurkan oleh kita sendiri,dimasukan secukup rasa,sebahagiannya melakukan sedemikian,tidak berubah sama seperti dirinya.Di panaskan api,ditumiskan perlahan-lahan perencah itu,sehingga panas mendidih,baru diangkat.Kiraan masa tidak diperlukan untuk menyiapkan,sudah pun mereka bersiap untuk menggunakannya.Setiap hari,ramai yang menggunakan perencah maut ini,walaupun tiada korban jiwa yang ditemui.Ini salah satu tentang masalah sosial ini zaman sekarang.
Waktu sudah pun petang,waktu sudah pun berputar,dan ia pasti bertukar,kita boleh membanteras perencah berbahaya ini,walaupun ia jarang sekali ada di makanan,tidak semudah yang disangkakan,mengapa mudah sangat terjebak bersama perencah ini? Ia bukanlah sehebat yang disangkakan.Ia memusnahkan sebahagian hidup,kenapa macam itu sekali?
Ramai yang sudah hanyut dengan perencah ini,perencah yang tiada rupa,iaitu sebahagian bahan yang terdapat dalam ini selain pengaruh,iaitu kesan yang teruk.Sempat atau tidak,laluinya serta merta.Lebih berkesan dari sekotak rokok yang membawa risiko untuk mati,tetapi perencah ini yang kita ketahui ramai yang tidak mengetahui kewujudannya dan menganggap ia merepek sahaja,kerena kesan perencah ini jika dicampurkan dalam kehidupan seharian kita,ia akan membahayakan hidup sendiri,iaitu mudah terpengaruh,berjiwa lemah,tidak beriman,tetapi bukan diri ini hebat mana pun,tetap sama seperti manusia lainnya.
Ingin keluar dari terjebaknya sangkut paut yang sebegini,memang mempunyai jalan keluar,tetapi harus mengambil masa untuk sembuh,lekas,buang segera perencah ini,lain orang,lain cara.
Musnahkan segera perencah ini,bukan perencah masakan,sebab,jika kita semua ingin memasak sesuatu,pasti kita akan menggunakan perencah yang kita belajar dahulu.Tetapi perencah ini sudah pun ada pada diri kita sendiri,perencah ini tidak pernah digunakan,atau ia memang ada tetapi kita sendiri pandai menggunakan perencah ini.Tidak mudah yang disangkakan,ia tetap berbeza.
Bila sudah mengenal erti sebenar kehidupan,mungkin perencah ini boleh dikawal penggunaannya,berhati-hati jika mula menggunakanya,bagaimana ingin mengetahui pada diri ini jika perencah itu sudah mula digunakan? Senang sahaja..
Hasutan yang diterima,jangan diterima bulat-bulat,pengaruh yang harus dikawal,sikap,jiwa dan raga seluruh tubuh kita yang menguasai.
Masalah sekarang,masyarakat kita sudah mula terjebak kedalam sangkar yang dibuat oleh orang lain,dan mula menggunakan perencah ini serta merta,tidak kira,dalam masakan atau dimana.

Perencah Maut Dalam Senyap - Sebuah kepastian dalam diri yang tidak atau jarang kita gunakan,biasanya,bertindak sendiri serta merta dengan geraknya otak kita berfikir,jadi,kisah yang taip di atas hanyalah untuk renungan dan saja hendak membuat kita berfikir sejenak,adakah kisah ini betul?,memang ini hanya rekaan,tidak ada atau akan memasukkan masalah sosial politik dengan serius,hanya sebagai terbang terawang-awang sahaja,biasalah perkara ini akan berlaku,mereka yang suka mendayu-dayu,walaupun hanya artikel yang ditaip oleh budak mentah seperti aku ini,tetapi,aku telah diberi akal untuk berfikir dimana,aku mengambil cara yang agak rumit untuk diselesaikan,dan begini jadinya,jangan mudah terjebak dengan "perencah" ini,sekali lagi,ini bukan untuk masakan atau makanan.

Sabtu, Oktober 01, 2011

Sebatang Pokok Yang Kesepian...


Disana aku terdiam terpaku.Tingginya tidak terlalu tinggi mencecah bangunan pencakar langit.Sayup redup dibawahnya.
Sebatang pokok.
Bagi setiap insan yang bergelar manusia,sebatang pokok hanyalah biasa.Tiada cerita, tiada akhir.Tidak menghiraukan tumbuhnya ia sebatang pokok.
Awal ia tiada teman, hanya kesepian dan diredhai pertumbuhannya kerana Sang Pencipta.Dengan hasrat diri, ingin menyegarkan suasana bumi.
Beberapa hari diselang dengan bulan dan kemudian tahun, teman-teman yang selalu diharapkan selalu hadir menemani benar-benar ada disisi. Kata-kata mereka tidak didengari oleh manusia.
Aku terdiam.
Lalu melihat kembali ke arah sebatang pokok. Sebatang pokok yang kesepian.
Sadarkah perasaan mereka.Setiap hari kedinginan merasai sejuknya sayupan angin menembusi sanubari.Sadarkah kesakitan yang dirasai sebelumnya yang tidak pernah dirasai oleh manusia. Kehancuran, permusnahan.
Sebatang pokok yang kesepian.
Air mata tak mampu ditangisi, suara tak mampu didengari, saat untuk mati sudah tidak dijangka, ingin melihat dunia, namun apakan daya hanya sendiri tidak bergerak. Bergoyang-goyang pokok-pokok menandakan mereka menerima alam. Alam yang sungguh hebat di dunia ini. Sekali imbas, bumi tidak bertahan lama.
Kesunyian, aku masih memerhatikan awan yang berarak dibawah sebatang pokok.
Andai, tiada tumbuh-tumbuhan, kita mungkin akan hadapi masalah. Mereka membantu, terima kasih Allah.
Sebatang pokok.
Dalam sedang bersendirian.Mereka ingin berbakti.Dalam sedang kesunyian.Mereka ingin manusia selalu mengertikan mereka. Merekalah selalu menutupi kecerahan sinaran cahaya matahari untuk manusia agar tidak selalu merasakan hangatnya cahaya ini.
Selalu merasakan diri ini lemah.

Lalu aku menulis sebuah sajak untuk sebatang pokok di atas sehelai kertas yang tidak semua orang mengerti.

"Dia, Aku lihat Dia
Selalu tidak bersuara
Memahami kata manusia tidak untuk manusia memahamikannya
Selalu sendirian dimana jua diatas bumi
Sahabat angin yang selalu berkunjung untuk memahami perasaannya
Sahabat bumi yang memberikannya peluang untuknya terus sihat
Dia, Aku lihat Dia
Sampai masa dimana hati letaknya mereka
Sudah mau membesar tidak faham akan Kita
Meruntuhkan segala prasana hidupnya
Tidak lagi menemani kita, tiada penyesalan mungkin belum
Akan dicari sudah tiada
Sebatang pokok, akan dicari sudah tiada.."

Aku bingkas bangun, lalu beredar dari situ, sebelum meninggalkannya sendirian, aku masih berfikir. Akan berapa lama ia akan bertahan. Bertahan dimuka bumi ini, yang masih ada, temanilah dia. Mungkin bukan paksaan. Tetapi setulus hati merawatkannya. Aku tidak terdaya. Dia perlukan bantuan sebelum apabila ada yang mencari.....ia sudah tiada.......

Aku beredar....

Sabtu, April 23, 2011

Perjalanan Riwayat Sebiji Pemadam Yang Begitu Singkat.....

Kisahnya hanyalah tiada nama ditempat dunia.Namanya hanyalah sehalus debu.Perjalanan hidupnya akan terus tamat bila ada seseorang itu menggunakannya.
Pemadam.
Perjalanannya bermula.Hanya ingin menjelajah jauh dari tempat asal.Menemui rakan-rakan yang lainnya jauh berbeza.Dirinya yang hanya sekecil tapak tangan.Terpaksa bergaul dengan rakan yang lain termasuklah Pembaris,Bekas Alat Tulis,Pensil,dan rakan-rakan sampingannya.
Lebih senang kita menyebut Pemadam ini sebagai PENGHAPUS,bukan PENGHAPUS LARA.
Ada saja yang akan menganiayanya,ingin berkawan,tetapi tidak disukai.
Kenapa...Sebab,pemadam ini adalah sesuatu bahan yang kecil,tidak wangi,dan ia diciptakan oleh manusia untuk menghapuskan segala penulisan yang dihasilkan oleh Pensil,ia terpaksa tabahkan hatinya..


Pada suatu hari,ketika sedang tuannya membawa peralatan bekas alat tulis ini,lengkap semuanya untuk digunakan.
Bekas alat tulis ini telah dirampas oleh budak-budak nakal yang sememangnya tak faham bahasa dan nakal.Jadi,dengan perasaan sedikit marah,tuan bekas alat tulis ini,tanpa berfikir panjang,terus menumbuk muka si perampas ini.Berdarah.
Dengan perasaan tidak puas hati.Budak nakal ini membuka bekas itu dan mengeluarkan segala isi barang di dalamnya.Habis bertaburan di atas lantai.Perasaan semakin membuak dengan kemarahan.Tiba-tiba tangan tuan telah di pegang oleh rakan-rakan budak nakal ini.Tak dapat bergerak lagikan apa-apa.
Tanpa berfikir lagi,budak nakal ini mengambil barang-barang yang ada,lalu satu demi satu barang dicampaknya jauh.Pensil sudah terbang jauh dari pandangan.Pembaris patah menjadi dua.Gunting telah dileraikan.Segala isi telah dimusnahkan.Lalu budak ini mengambil sebotol minyak tanah dituangkan diatas Bekas Alat Tulis ini,lalu dibakarkannya sehingga menjadi debu-debu yang beterbangan.
Perasaan semakin membara dengan kemarahan,tetapi tidak berdaya untuk berlawan.
Hanya tinggal Pemadam sahaja yang terselamat.Kerana semasa budak nakal itu membuka bekas itu,semuanya bertaburan,sedangkan Pemadam ini sekecil tubuhnya,tercampak jauh.
Hanya melihat rakan-rakan menjadi mangsa kejamnya manusia,
tak mampu berbuat apa-apa,apakan daya.
Budak nakal itu hanya ketawa sahaja,lalu,dia mengancam tuan,dengan berkata bahwa jangan cari pasal dengan dirinya.Tuan hanya senyap sahaja.Padahal baru sahaja terlanggar bahu,terus nak bergaduh,macam-macam.
Sedang budak itu hendak beredar dari situ,entah macam mana.
Dia ternampak akan Pemadam yang terselit dicelah kaki meja di dalam kelas,lalu diambilnya lalu dikerat nipis-nipis Pemadam dengan parang,lalu dibuang merata-merata...
Akhirnya tamat sudah perjalanan Si Pemadam yang tidak dapat berbakti sepenuhnya untuk tuannya.
Dia mati begitu sahaja,tuan hanya bersedih hati dan mesti tuan akan membeli yang baru barang-barang untuk penulisannya.
Yang telah habis dirosak,sudah tidak akan digunakan lagi.Beginilah perjalanan yang begitu singkat bagi aku (Pemadam),dan rakan-rakan yang lainnya,memang tidak dijangka akan berlaku.

*Dalam perjalanan hidup ini,memang sepertinya terasa begitu lama,sebenarnya,ia begitu singkat.
Dalam menjalani perjalanan,pasti akan datang rintangan yang tak diduga,kesedihan,kesusahan,kecerian semuanya,mungkin takkan kekal,
Pasrah segalanya..

Mempersembahkan...Tentang Perjalanan Seriwayat Sebiji Pemadam....Fahaminya....

Rabu, April 20, 2011

Hayati Sebentar.....

"Orang yang SIHAT punya SERATUS KEINGINAN,
Orang yang SAKIT punya SATU KEINGINAN"

Sebuah Cerita Tentang Masa Lalu Yang Seakan Menggelapi Sesebuah Perjalanan Cerita Seseorang Itu Tanpa Ada Kesalahan Terhadap Dirinya....Penyesalan...

Duduk sebentar di kerusi berhampiran anak sungai,hanya ditemani sekaki payung dan membawa sedikit bekal untuk dimakan.Hanya keseorangan,tidak perlu menunggu ia hadir...
Ketika bersendirian,waktu hampir menunjukkan masa sepertinya tidak mengizinkan,mencuba sedaya upaya untuk bersendirian..
Air mata jatuh membasahi pipi.Tak mampu untuk dinikmati lagi.Angin kesejukan,sehingga ketulang dalamnya...
Mengingati kisah-kisah lama,yang tak perlu lagi difikirkan,cerita lama itu kenangan....
Di tangan,hanya memegang sekeping nota yang berisi dengan kata-kata yang si penulisnya sudah lama pergi dan takkan kembali...

"Sebahagiannya sudah berlalu, yang dulunya hadir, dan sekarang ia pergi, hilang begitu sahaja,

meleraikan sesebuah cerita yang adanya makna disebalik semua..

Ia hadir dalam hidup ini begitu pantas sekali.....seperti sebatang mancis yang dinyalakan api...terus habis...

dimakan api........hanya asap yang tinggal....menemani diri ini..

Mungkin semua ini tak pernah kita untuk menyadari, sedari, tetapi yang menyedari mungkin akan ada yang mengerti dan tidak mau mengerti..

Dulu itulah kenangan, sekarang hanya menjadi permandangan khayalan minda yang hanya bermain-main dalam benak setia kita...apa itu begitu pantas sekali ia berlalu..

Membuat orang yang tersenyum, membuat orang marah, membuat orang keliru, itu berlaku beberapa tahun yang lalu, tapi mungkin sudah lupa dimana, kenapa,

Wajahnya masih diingat selalu, akan terus bermain dalam fikiran, apa khabar dia disana, jika itu orang yang rapat dengan kita semua..

Sedikit masa diberikan kepada kita untuk mengerti tentang waktu-waktu yang ada, ia semakin larut, semakin larut ditelan zaman..mungkin masa takkan menunggu kita...ia tak akan datang kembali....ia sepertinya tidak cukup masa.....berlalu begitu pantas, sepantas kilat..

Itulah kenangan yang dilalu bersama, tidak kira siapa yang hadir dalam hidup ini..

Walaupun ada yang indah dimata, ada yang indah dari kata-kata, bakti kita masih belum tahu itu benar...

Mungkin itu dulu pernah bersama, tapi mungkin kini yang telah pun pergi untuk selama-lamanya..

Apa erti sebuah cerita tanpa makna, hanya tangisan yang terpendam dalam diri yang hanya sedikit saja menyadari...

Ketika saatnya ingin mempelajari erti cinta, masih ada yang masih juga belum mengerti apaitu cinta, itu masa-masa yang lalu bercerita mengenai sesebuah erti cinta, mungkin kini hanya ada dusta, segelintirnya sudah memahami, mungkin itu tak sama dengan hari ini....itu perkara yang lalu...sekarang hanya telah berlalu...

Andai ini perkara yang terakhir dipersembahkan....ini mengenai sesuatu tentang masa lalu..

Andai boleh diputar kembali mengenai cerita-cerita lama, masihkah akan sama seperti sekarang, kini ia berlalu...

tiada lagi yang mampu dimengertikan lagi...itu sudah ditetapkan....terus juga maju kehadapan dengan cerita yang baru...

Sebelum kita dipanggil....buatlah yang terbaik....jika itu yang termampu...teruskan..........."

Teringat akan kata-katanya yang terakhir sebelum menutup mata..

"Menaiki anak tangga dengan kaki, bukan dengan tangan
Berfikir menggunakan otak, menghayati dengan hati
Segalanya adalah apa yang kita pinjam dan kita semua sedang meminjam
Akan suatu hari nanti semuanya akan diambil semula oleh yang meminjamkan kepada kita semua
Termasuk kita sendiri..."


Kepingan nota itu terlepas dari genggaman tangan,terbang melayang jauh dari pegangan tangan,seakan tidak percaya,semuanya bukan apa yang difikirkan...sekeping nota yang digenggam erat si mati...bukan seperti apa yang dicakapkan oleh diri sendiri....
Menyesal tidak sudah....

Masih juga,menangis walau semuanya itu sudah pun berlalu,segala dosa yang dipegang,akankah akankah begitu senang dilepaskan....

Langit masih mendung

Penyesalan mesti hapuskan,segala kenangan yang dulunya hitam,tinggalkan sekarang dengan warnanya putih...
Sunyi sesebuah penyesalan............

Bangun dari kerusi yang lama diduduki sebentar tadi..
Melangkahkan kaki menuju pergi,mungkin segalanya sudah berlalu..
Selamat tinggal sang penulis...
Simpan rapi sekeping nota..
Mungkin dulunya ada salah...mohon..


MAAFKAN AKU........
BUKAN MAKSUDKU UNTUK MENGAKHIRI HIDUPMU..
ITU SALAHKU, SEMUA BERLAKU SECARA TIDAK KESENGAJAAN, MUNGKIN ITU SALAHKU, KAMU TIDAK BERSALAH DALAM HAL INI, MUNGKIN, KAMU BOLEH,

TAMATKAN RIWAYATKU...SEKARANG...ATAS KESALAHANKU....TAPI, ITU SEMUA TIDAK BOLEH BERLAKU.......SEMUANYA TELAH BERLAKU......

Jumaat, April 15, 2011

Peristiwa Orang Lidi...

Langit masih kelihatan mendung,begitu juga awan-awan yang berarak perlahan-lahan menuju kemana arah yang ditujunya..
Di atas bumi yang kering ini yang ada sebahagian kawasannya lembab,
kelihatan sekumpulan orang yang sedang bersiap untuk bertempur,
bilangan mereka boleh dikira..
Walau kelihatan sepertinya mereka boleh kalah dalam pertempuran,dengan hanya badan yang kurus-kurus belaka..mereka tidak peduli..!
Berbekalkan senjata,berbaju besi segak bertopengkan logam diwajah-wajah mereka hari demi hari tekad tanpa henti..
Dengan keadaan suasana yang sedikit huru hara,berkacau bilau dimana-mana,mereka sudah pun bersiap untuk maju kehadapan bersama ketua mereka..
Pertempuran ini menentukan hidup mereka,apa yang perlu dilakukan kalau bukan diselesaikan..

Dahulu,kehidupan mereka agak damai tenteram dan tiada perbalahan,seperti mana kehidupan ini digambarkan sebagai harmoni...
Hingga datangnya segelintir pihak yang tak inginkan semua itu terjadi...
Membahagiakan kemusnahan,dalam kerealitian dikhayalkan dengan keinginan....

Semua bersiap sedia untuk kali terakhir,meninggalkan sanak saudara,tak ingin menanggung segala yang ada semuanya hanyalah kesalahan dimenangkan...
Berangkat,ada yang menaiki kuda,ada yang berjalan kaki,tidak ada yang sekali-kali menundukkan kepala.Maju kehadapan,dengan penuh tekad,jangan ada yang mahu menunjuk diri itu hebat..

"Kami kecil..
Kami kurus..
Mungkin kami akan semuanya mati..
Tapi kami tak kisah...
Kami...
Semuanya sudah berjanji pada diri sendiri...
Akan kami..
Buktikan kepada mereka..
Kami orang lidi...
Sanggup mati demi maruah diri..
Bukan mencari populariti..
Tapi...inilah KAMI ORANG LIDI..."

Hendak menangis,seluruhnya merasa harusnya bersedih sebelum bermula..
Meminta maaf kepada mereka yang rasanya ada banyak salah,halalkan makan minum agar tenang jiwa...
Selamat jalan....
Dengan percikkan darah dimana-mana..
Hunusan pedang didada...kepala putus dari badan....tiada antara...
Kesadisan semuanya.......semua sekali tidak dapat diselamatkan...
Mereka menentang musuh ketat mereka...
ORANG BESI...
Tiada pemenang yang diangkat...
Semuanya tewas dimedan pertempuran..
Apa yang diamanat oleh ORANG LIDI ini...mereka menyatakan....mereka tidak perlukan bantuan yang hakiki...hanya usaha yang mereka tunjukkan....bukannya menjual mahal dengan bantuan....tapi mana datang kemenangan tanpa usaha...
Tapi kekalahan telah menyelubungi...semuanya pergi...
Air mata bercurahan dari mata ke pipi...
Tetapi tidak dapat juga membawanya mereka kembali disisi...

Ini mungkin jalan mereka.....ini peristiwa........
Pertempuran ORANG LIDI...
Abadi.....

Jumaat, April 08, 2011

Cermin Dan Cermin....

Apa rasanya kalau dunia ini tak ada bezanya seperti biasa..?
Penghuni bumi,yang utamanya manusia,tidak merasai apa-apa perbezaan langsung yang hadir,
Jadi,manusia telah diberikan akal untuk berfikir,dari yang berstatus rendah dan berstatus tinggi,tidak kira,mereka akan tetap berfikir,apa yang akan terjadi...
Tapi..
Andai ia disalah gunakan,pasti yang tidak pasti maksudnya akan terjadi,
Kita berfikir,akan terus memasuki ke alam yang lain,istimewanya kanak-kanak,mereka akan berfikir jauh dan berfantasi tinggi tentang dunia mereka sendiri,dan begitu juga orang dewasa yang akan menghayati menggunakan segala fikiran mereka dengan lebih matang lagi..
Mengenai perbezaan tadi..
Jadi di antara kita semua,ada yang dipilih untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu barang yang amat bernilai atau yang aneh-aneh menjadi tatapan.
Tapi...
Ini mengenai cermin,ia ada kena mengena dengan perbezaan yang diceritakan tadi,
Kenapa cermin yang dipilih,bukannya kenyataan nyata..?
Cermin salah satunya,dan mengenai cermin ini diceritakan...
Banyak cermin yang kita saksikan,banyak juga disalahgunakan oleh kita,atau ia memang kemahuan kita semua...
Khayalan sering kali hadir dalam diri sendiri terutamanya minda...
Kenyataan nyata beralih kedalam kenyataan khayalan,amat mudah terjebak dalam dunia cermin...
Cermin adalah sesuatu benda yang boleh sedikit membantu kepada kita,kita lihatnya,ia sama sahaja,cuma ia terbalik dari segi pandangannya....
Tapi kita juga mesti berhati-hati dengan perkara ini....kerana apa..?
Ia mempengaruhi......memanglah nampak biasa je...,tapi kadang-kadang boleh gila memikirkannya.....
Seperti..
Cermin adalah barang yang boleh kita nampak perkara yang sama cuma terbalik,tetapi ia amat mudah untuk menjatuhkan orang,sifat kemurungan,kepercayaan ritual,banyak membabitkan cermin,perjumpaan paranormal,memang gila...
Perbezaan ini mungkin takkan berhenti diperkatakan,dunia dipenuhi cermin,jiwa akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang akan mengambil kita untuk turut serta...
Kita mungkin tak boleh menggunakan cermin untuk menghubungkan mana-mana alam untuk dimasuki,ia adalah benda yang biasa saja,dan akan kita susah juga tanpa cermin..
Apa yang aku suka lihat ialah,perkara yang tak biasa,walaupun aku tak boleh melihat hantu,atau seumpama paranormal,tapi perkara seperti itulah yang aku ingin lihat (serius),aku dulu ingatkan cermin boleh membuat seperkara seperti itu,boleh..?...mana boleh....itu cuma khayalan kalian atau pun ini meminta bantuan dari ilmu hitam..
Kita cuma nakkan sesuatu perbezaan ini berubah...dalam dunia cermin akan terlihat terbalik total...bukan kita akan dibawah atau mata kita dikaki,tetapi pandangan kia akan melihat dicermin seperti terbalik dari segi perkataan,sudut kiri dan kanan akan menjadi sebaliknya...
Begitulah...
Cermin ini...

"Adalah sama tapi yang lainnya
Tapi jangan mudah dipengaruhinya"

Ahad, April 03, 2011

Ini Penghormatan Terakhirku.......

Dia mempunyai keinginan,dia mempunyai sesuatu hasrat,mungkinkah itu yang terakhir baginya..?
Hari ini dia terlihat sangat berlainan,tidak biasanya kelihatan seperti ini,mengapa..?
mengapa....adakah ini perubahan yang tidak pasti kau tunjukkan dengan seribu tanda tanya yang kau berikan padaku...?
Pagi petang siang malam,dirimu seakan untuk berjauhan dari pandangan mataku mahupun tidak mahu mendengar suaraku bersuara berhampiran telingamu..,apa salah aku sampai begini jadinya.Dulu kita sudah berjanji untuk bersama sehingga waktu akhir nafas kita,tetapi keadaan yang kau tunjukkan dan juga kau berikan kepadaku sekarang ini seakan tidak seperti yang aku kenal dahulu...,mungkinkah..?
Pada suatu hari,aku sekali lagi melihat kau berkata seorang diri,dan ketawa seorang diri,kadang kau akan menangis seorang diri....,
Janganlah kau begini terhadapku...adakah kau tidak lagi menyayangi aku lagi.....sikapmu berubah total kepadaku....
Aku tak mahu begini terjadi......
Apakah..?
Makan minum tak tentu,jiwa dibelenggu,masalahkah semua ini bagi aku..?
Aku tetap terus untuk bersamamu sehingga akhir hayatku...selalu untuk menjagamu...tidak kira apa pun jua...
Tapi itu tidak bertahan lama,apa yang aku harapkan tidak kesampaian..
Kau telah pun pergi....,
Jauh dari pandangan aku.....,,
Tahu tak,aku tak sempat nak memberi kata-kata terakhir aku sebelum kau tiada,
Baru aku mengerti,kelakuan selama ini rupa-rupanya itulah tanda untuk kau pergi jauh dan takkan kembali...,
Memang...memang setiap tanda-tanda yang hadir amat susah untuk difahami atau dirasai..tapi...ia hadir didepan mataku....
Maafkan aku...aku tak dapat untuk memahaminya...mungkin itu sudah takdir......
Wahai kasih....aku tak dapat berbuat apa-apa...mungkin kata-kata yang aku ucapkan sekarang tiada makna lagi buatmu....tapi ini yang ku mampu......dengarkanlah dari jauh...

"Kasih,
Ini penghormatan terakhirku
Ini penghormatan yang aku berikan kepadamu
Walaupun kamu tidak berstatuskan yang besar bagiku
Tapi hati tetap menyatakan perasaan yang sudah lama membelenggu
Saat kasih
Aku menyatakan hasrat ini
Mungkin tiada lagi pandangan sisi wajahmu ada didepanku
Dan ini penghormatan terakhir
Tidak besar tidak semegah istana berdiri
Meratapi mungkin tidak akan kuselami
Sekali lagi kasih
Saat kau tiada mungkin takkan ada pengganti
Mungkin tiada yang akan hadir walau aku menanti
Terus aku selami dan aku selami
Dalam persembahan terakhirku yang kuberikan kepadamu
Penghormatan terkahirku yang kini menuju penghujung..
Selamat jalan.....
Kasih..
Ini penghormatanku untukmu..."

Jadi segalanya,telah pun berlalu,aku tak dapat lagi berjumpa denganmu,
Hanya kata-kata ini sebagai kenangan,
Hanya doa sahaja yang dapat didengari olehmu..
Selamat tinggal..,
Dan aku takkan melupakanmudan sikap akhirmu..
Akhir....

Sabtu, April 02, 2011

Aku Dimakamkan Pada Hari Ini.........

Perlahan, tubuhku ditutup tanah,

perlahan, semua pergi meninggalkanku,

masih terjelas langkah-langkah terakhir mereka

aku sendirian, di tempat gelap yang tak pernah terbayang

sendiri menunggu keputusan

Menyesal sudah tak mungkin,

tobat tak lagi dianggap,

dan maafpun tak bakal didengar,

aku benar-benar harus sendiri

Tuhanku,

Jika kau beri akau satu lagi kesempatan,

Jika kau pinjamkan lagi beberapa hari milik-Mu

beberapa hari saja…

aku harus berkeliling memohon maaf pada mereka

yang selama ini telah merasakan zalimku,

yang selama ini sengsara karena aku,

yang tertindas dalam kuasaku,

yang selama ini telah kusakiti hatinya,

yang selama ini telah aku bohongi

begitu sesal diri ini

karena hari-hari telah berlalu tanpa makna

penuh kesia-siaan

Aku dimakamkan hari ini

dan semua menjadi tak termaafkan,

dan semua menjadi tak terlambat,

dan aku harus sendiri,

untuk waktu yang tak terbayangkan

Aku dimakamkan hari ini,

dan tiada aku lagi....

Sabtu, Februari 12, 2011

Pabila Bunyi Sudah Tidak Sama Lagi...

Mana datangnya bunyi ini,seakan merdu terasa melalui dihadapan telinga.Tiba-tiba saja merubah kepada bunyi yang lainnya.Kali ini bunyi seperti mahu berdarah telinga,berdesing tidak henti,sakit menahan perih.Kali ini sunyi pula.Sunyi kali ini,tidak seperti biasanya,dengan kemurungan dalam diri mencuba memecahkan suasana keheningan kesunyian.
Dulu bunyi adalah merdu kedengaran dari sudut telinga,tetapi mulai hilang dari pandangan mata,sudah berubah,tidak lagi sama.
Mengharapkan ia datang dibawa angin layu tersandung kegembiraan,mana datangnya membawa kesedihan,kedengaran suara-suara rintihan memanggil,tidak sama lagi.
Tidak sama lagi yang dulunya kedengaran seperti alunan melodi yang indah seakan-akan menghilang entah kemana.
Andai boleh dirakam kehadiran bunyi seperti mengambil gambar udara yang sedang lalu,pasti boleh tahu apa yang berlaku.
Sedia untuk mencari,bukan datang menanti,keinginan selalu diimpi,itulah begini.Bunyi yang hadir dimana-mana,tolong tiada penjelasan.Kini ia tidak sama,rosak belaka.
Peristiwa akan berulang,kejadian akan datang,amat tidak pasti,kenapa seakan lupa akan yang terjadi.Ingin sekali ia berakhir,tidak mengganggu fikiran,agar tenang biar begini selalu.

"Seakan ingin berteman
bertanyakan khabar dari awal
meninggalkan pada akhir
bunyi telah berubah
tidak sama walaupun sebenarnya biasa"

Mohon kesunyian ini biar berkekalan,apabila bunyi sudah tidak sama,seperti mahu kembali ke masa dulu,yang dulunya,belum berubah lagi tidak sama seperti sekarang.

Cari Jalan Keluar...

Semuanya pasti berputar,dari mana datangnya arah,itulah dia.Ketika melihat sisi dunia,ada sesuatu perkara yang masih tak dapat dijelaskan,kehilangan diratapi,mana jalan penyelesaian yang diharapkan.Selesaikan segala masalah,masalah yang selalu datang takkan begitu mudah akan selesai.
Ia datang bukan keinginan,bukan juga harapan supaya ia datang,masalah adalah sesuatu perkara yang akan segelintirnya runsing memikirkan,kenapa boleh terjadi.Bercampur gaul dengan keadaan yang terjadi,apakah itu kekal.Tidak sama sekali,ia akan berubah,permasalahan yang berterus selalunya dilepaskan begitu sahaja,tidak mahu memikirkan jalan keluar.
Kesalahan membelenggu,apa yang harus dilakukan,tiada pengertian.Mungkin menenangkan diri buat seketika,mengkaji diri apa kesalahan itu datang dengan mudah.
Dunia tidak akan kekal,dari datang mana-mana masalah ia juga tidak akan kekal,dan akan hadir yang lainnya mengharungi kehidupan.
Jika kehidupan tidak mempunyai masalah,sama saja seperti diri ini tidak ada apa-apa.
Jangan pernah sesekali menyalahkan hidup,mungkin ini sudah tertulis,mungkin saja ini perjalanan hidup kita sebagai seorang manusia yang akan mempunyai dugaan dimasa akan datang,terima apa adanya,selesaikannya.

Jumaat, Februari 04, 2011

Pagi Yang Gelap....


Di pagi yang mendung ini,mendengar burung-burung berkicauan keriangan diatas pokok,tidak mengihiraukan apa yang terjadi,tetap dengan pendiriannya,menyanyi bersama-sama.Pagi hari ini sungguh gelap,bukan selalu kebiasaanya.Bagai mahu hujan langit terapi mendung gelap lamanya.Masih belum dengar segala keriuhan diwaktu pagi.Masih menanti cerah matahari menyinari.
Berjalan keseorangan diri menghirup udara segar diwaktu pagi,kabus menjadi teman setia dari pandangan seluruh ruang diwaktu pagi.Mengiringi bunyi burung dimana-mana keriuhan menanti menjelang fajar menyinar.Mungkin saja masih lagi dibuai mimpi diwaktu pagi ini,menyelubungi tubuh dengan selimut merasai kesejukan diwaktu pagi.Ada yang sudah bersiap untuk berangkat pergi untuk bekerja,hanya mencari sesuap nasi,tidak apalah,hanya ingin menyimpan duit poket sahaja,segelintirnya.
Mengambil posisi diwaktu pagi,adalah waktu yang masih lagi dihurung kesunyian,senyap tanpa suara,menjadi sekali lagi sebagai teman tidak berbicara.Walaupun setiap hari melihat harinya pagi menjelang,mungkin ini yang akan menjadi yang terakhir melihat pagi,walaupun tidak selalu menghayatinya apabila menjelang sesudah subuh.
Ketika diwaktu pagi,tidak tahu apa yang mahu dibuatnya,duduk termenung melihat sisi langit yang gelap awannya,mendung tak terkira,tetapi ia adalah pagi yang gelap,bila tiba waktu hujan,kesejukan terasa.
Pagi menjelang setiap hari,hari-hari tidaklah sama,walaupun ia berulang kembali namanya setiap minggu.Apa yang terjadi pada setiap hari,peristiwanya berbeza apa yang berlaku sekarang,tidak sama setiap hari berlaku,beginilah selalu.
Perkara diwaktu pagi akan mungkin juga dilupakan.Inilah diwaktu pagi,pelbagai cerita mulai terukir dari mana-mana sudut yang hadir.Berumur sudah lanjut,menginginkan ia pergi biarlah dalam ketenangan seperti hadirnya diwaktu pagi ini.Ajal tidak kira umur,ia pasti datang menjemput.
Ayam berkokok menandakan ingin semua turut serta bangun dari tidur yang sudah lama terbaring dari malam lamanya dibuai mimpi yang kadanganya sudah-sudah atau tidak sudah dikunjung datang.

Lekas bangun dari tidur berkepanjangan....
Menyatakan mimpimu..
Cuci muka biar terlihat segar..
Merapikan wajahmu..
Masih ada cara menjadi besar..
Memudakan tuamu..
Masih ada cara menjadi besar...

Bangun dari tidur kita,masih ada lagi cara menghadapi segala masalah yang akan datang menemui kita,selagi kita masih hidup ini,masalah tidak akan pernah selesai,akan hadir selalu sahaja habis menyelesaikan suatu masalah.Sampailah kita mati.
Bersiap menjelang hari-hari yang kita lalui,seawal pagi yang masih belum lagi menyinar fajar,mempunyai tekad.Akan maju kehadapan.
Masih terjaga melihat langit masih lagi tidak berubah,apa yang sudah terjadi,bila sudah masanya,sampai juga kedatangannya.

Khamis, Februari 03, 2011

Sebutir Peluru Untuk Kekasih....



Lengkap seluruh tubuh dengan semangat.Semangat yang tak pernah ada atau hadir dalam diri.Persiapkan segala benda.Senjata keperluan asas,sasaran ditetapkan serta merta,perasaan sudah tiada lagi kata maaf,membuat perkara ini kerana sudah tidak tahan lagi dengan sikapnya.Memilih menggunakan senjata api,kerana ia menjadi pilihan menggunakan jarak jauh jadi sasaran.
Hanya sebutir peluru yang sudah tersimpan rapi terpaksa digunakan.Tiada kata bincang,tiada kata tanggapan.Berangkat seawal pagi,berkemas senjata,senjata api yang setiapnya hanya sebutir peluru yang telah dimasukkan kedalam senjata itu.Tiada niat,dia yang paksa,bukan paksaan,kerana ini yang membuat diri menjadi tak keruan.Selalunya biasanya hanya tidak begitu,tetapi hanya peluru jalan yang terakhir.Melihatnya berdua-duaan dengan seseorang,itulah apa yang dirasa.Bukan hati ini cemburu sebab ia sudah bukan lagi sebagai kekasih,tetapi janji telan menelannya,hilangnya sebuah kata-kata yang dulunya tidak akan bersama-sama sesiapa dan akan bersama lagi bila sudah selesainya masalah yang dihadapi.Balas dendam adalah jalan bagi selesaikan masalah ini walaupun yang bukanlah jalan yang betul.Tidak terkira,seperti sudah dirasuk,biarkan sajalah apa yang akan berlaku nanti,mengacukan senapang patah dari jarak jauh dengan tetapan sasaran yang pasti itulah akhirnya,walaupun tahu apa akibatnya,bila sudah seakan dirasuk ini,apa pun sanggup lakukan.Peluru pusaka inilah yang terakhir. Tetapkan waktu,tarikh yang sekian lama sudah dirancang akibat menyaksikan sesuatu yang tak kunjung datang.Walaupun ini hari terakhirnya aku bunuh dengan tembakan ke arahnya,mesti suatu hari nanti aku juga yang akan dapat balasan atas perbuatan aku ini.

Inilah hal yang terakhir yang aku beri..
Bukan kata puisi malah ia adalah reaksi wajah...
Walaupun ia tidak dipastikan..
Terima saja kematian dengan cara ini..
Menangis sudah tiada guna.. Sejak pertama kali bersua muka..
Bukan berniat untuk berkenalan..
Tetapi jodoh tidak kemana..
Bersama-sama walau kemana..
Entah tujuan masa hadapan menjadi igauan..
Sudah janji yang diberi...
Dilanggar lari.....
Sudah tidak ingat lagi.....
Apa yang sudah terucap dahulu dan aku beri..
Aku beri sahaja peluru ini sebagai kenangan...

Menghantar pesanan,mengatakan bahawa bunyinya begini..

"Hari ini langit terlihat mendung,hadir angin meniup bayu,sangka salam bukan datang,peluncur laju bagai halilintar,menuju kesasaran"

Aneh yang menerima,apa maksudnya,masih dalam kebingungan.Masih melakukan hal biasa.Aku,masih dalam keadaan berjaga-jaga,kemana arahnya,masih dalam kawalan aku.Genggam erat senjata tidak dilepas,memilih waktu hari hujan lebat sebab tiada kesan bunyi yang menyeluruh.Tiada teman yang menemaniuntuk membunuh si gadis,melakukan sendiri perkara ini.Waktu sudah hampir,sangkaan yang bermain di otak ternyata betul,si gadis tidak serik-serik keluar dengan lelaki lain,jarang untuk berjumpa dengan gadis yang jujur,peluru jadi santapan pada hari ini.Nanti sajalah.Perubahan yang dinantikan tidak dikunjung datang.Sudah pun masanya,terpaksa melakukan hal yang tak pernah lakukan.Ini terpaksa akibat pujuk rayu dari entah mana suara.
Melihatnya keluar,hujan renyai dengan dentuman guruh berkumandang.Aku berada di atas bumbung bangunan yang dikatakan sebagai lokasi yang sesuai.Menyadari sebagai hanya manusia biasa yang lemah.Tetapi apakan daya,sudah terlambat. Peluru sudah pun bersedia ingin menembusi tubuhnya,tidak sabar,bagai dirasuk. Bagai tiada perasaan,mengacukan dari jauh..
*BANG!!*
Dengan hanya sebutir peluru yang sudah disediakan,terus menembusi kepala,berkecai separuh kepalanya,aku terus saja meninggalkan senjata api itu dan terus saja tanpa berfikir luas,aku melompat dari bangunan yang aku bersembunyi tadi dan terjatuh aku dari ketinggian yang teramat tinggi itu.Aku pun sama menemui masa terakhir aku sendiri. Gadis tadi,mati dalam keadaan yang mengerikan,akibat tembakan jarak jauh yang sangat tepat dari hasil selidikan.Berakhir sudah dendam yang dikatakan hanya membuang masa ini. Masalah cinta ini hanyalah biasa saja,pandai gunakan,pandai simpan.
Apa pun,cinta hanyalah anugerah Tuhan yang tak ternilai,masih ada yang tak pernah bersyukur,atau menghargai,menggunakan cinta untuk memuaskan nafsu,ini bukan jalan yang terbaik.

Ingat Selalu Kehadirannya....

Inilah sunyi yang dicari,sebuah tempat yang tak mungkin di duduki oleh diri sendiri jika sudah bersiap diri.Bunga yang mekar,tiada bau,melihat hadir sanak-saudara.Ruang ini,hanya menempatkan seorang sahaja,melihat sisi gelap,tidak menghiraukan waktu,sedih,bila sudah dikesali.Hanya bertemankan serangga-serangga kecil pada hakikatnya,walaupun dari mata halus,kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.Adakah ia baik-baik saja.Tiada makanan minuman,yang diatas dari jejak tanah mengiringi dengan nada yang sayu keesakan tangis yang tidak henti dari orang yang ada kena-mengena dengan diri ini.Berselimut yang hanya berwarna putih,tiada warna lain jka permintaan sendiri,ruang ini sudah pun ditetapkan peraturan yang amat ketat.Tiada teman hendak berbual,ingin menangis,menangis saja.Kepanasan atau kesejukan,biasa terasa,di hadiri dengan serangga kecil yang seakan kelaparan,ingin berteman katanya kepada diri ini.Tidak dapat menggerakkan badan.Kesakitan.
Melemah dan melemah,terbaring tidak tahu berapa lama sudah.Tubuh mulai punah,sakit tak terperi,tidak merasai yang masih bernafas,tidak mengetahui apa yang berlaku.Kematian pelbagai cara.Setiap orang tidak sama,sakitnya pun tidak sama.Tiada penjelasan yang tepat apa yang berlaku,hanya Allah S.W.T yang mengetahui semuanya,segalanya.Tidak pasti apa yang akan terjadi,itulah apa yang dapat dibayangkan hanya sekadar untuk renungan seketika.
Pada saatnya nanti,telah ditetapkan,mungkin akan menyesali dengan keadaan ini,mungkin saja yang telah pergi jika diberioleh Allah S.W.T untuk kembali semula menemui kita dan bercerita tentang keadaannya,pasti kita akan meninggalkan perkara yang buruk,sebab,apa yang berlaku disana,manusia yang hidup tidak akan mengetahui apa yang berlaku.Dengan nada-nada yang memanggi seakan ingin hadir dan menjemput.Tergamam seketika.Menggigil entah kenapa,sudah masanya yang mengetahui akan pergi buat selama-lamanya walaupun tubuh yang asal masih ada didunia.
Berjalan menuju kesunyian,tiada sesiapa di ruang yang sunyi,siang malam pagi petang,hanya diperhati,oleh yang tak pasti.Tidak boleh berkata-kata diri ini.Hanya melihat apa yang didengari diluar sana.

"Demi masa ini...
Sungguh kita tersesat..
Hanya menghiaskan yang haram jadi perhiasan..
Kerana kita ini manusia..
Pada saatnya nanti ketika sampai sudah masanya..
Pada siapa untuk memohon perlindungan yang dulunya kita lupakan..
Kita menyesali dan kita akan merugi..."

Seindah permandangan bagi yang berkelayakan akan merasa tenang sebab ia mengikuti peraturan yang ditetapkan.Seburuk permandangan bagi yang tidak berkelayakan akan merasa sengsara sebab ia tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan.Kematian ini hanya hadir bila-bila masa sahaja,yang mempunyai tiket,tiket ini adalah amalan,tetapi tiket ini seperti tambahan,iaitu perlu penuhkan selagi masih berhayat ini.Sakit yang tak terperi,apatah lagi di hiris pisau,tangan terbakar hanya senyala api.
Tiada siapa yang mahu kematian ini hadir kepada diri ini.Tetapi sudah itu kehendak-Nya,kita harus menerima.Bukan kita mati serentak,akan ada giliran.Bersiap,giliran kita yang keberapa,mungkin yang seterusnya.
Meratapi bukanlah cara yang paling harus diikuti selalu,ia akan menyiksakan diri yang telah pergi,jangan begini,yang telah pergi,biarlah,sampai masanya,kita pula.......semua akan merasainya,tidak perlu ganggu kepermegiannya,kita juga akan pergi....ini apa yang berlaku kepada mereka..kita juga akan merasa,jadi,tunggu...termasuk juga si penulis blog ini.....

Isnin, Januari 31, 2011

Hanya Ada Satu Cara...


Ada satu cara,cara ini ada satu,tiada lain tak bukan,ia adalah satu cara,bagaimana hendak mengetahui caranya? Mudah sahaja,cara yang biasa ia terjadi adalah satu,menulis satu cara,menyelesaikan satu cara,tiada antara.Suatu hari yang mendalam,sebuah kisah yang bernama,adalah satu cara untuk mengetahuinya,tetapi masih tidak tahu,apa itu caranya.Hanya ada satu cara,caranya agak rumit bila difikirkan,ternyata,selalu berlalu begitu saja,sebab tidak mahu menyimpannya di dalam fikiran,bukannya susah,sebab ia ada satu cara.Tidak perlu runsingkan fikiran,hanya ada jalan mudah sebab ia ada satu cara.Berapa banyak hendak ulang perkataan hanya ada satu cara?
Tidak terkira,sebab,jika tidak pernah mengetahui cara ini bukan mudah hendak mengenali sesuatu cara yang selalunya sukar hendak menyelesaikan cara ini,sebab,ini ada satu cara.Menanti di keheningan senja,memikirkan di beranda rumah,sambil memerhati gelagat burung-burung yang terbang sambil berkicauan,entah kemana ia menghilang,masih juga tiada jalan penyelesaian.Sesal tiada antara,bertanya kepada hati,apa caranya.Memang sangat mudah untuk membuat perkara jika ada satu cara,tapi,apanya caranya,sebab dari tadi hanya ada satu cara,tetapi tidak ada penjelasan,bagaimana?

Satu cara hendak melepasi cara ini...
Memang selalu begini....
Perkara yang mendayu-dayu dijadikan perkara yang terjadi dengan pelbagai cara...
Melintasi landasan menggunakan pelbagai cara...
Tersembunyi jalan keluar...
Hanya ada satu cara....
Untuk menjelaskan perkara yang biasa..
Jika itu luar biasa..
Tidak percaya sana sini...
Mengenali biasa yang terjadi...
Berfikir di luar landasan..
Mencari cara yang paling sesuai..
Sebab hanya ada satu cara yang tak biasa kita lakukan...
Cubalah satu cara ini..
Tiada lebih dari satu cara...
Sebab cara yang lainnya amat berlainan dengan cara yang ada..
Inilah caranya...

Inilah caranya,masalah yang dihadapi sangat susah hendak dilepasi dari digari,jiwa yang tidak tenteram,mencari cara hendak menyelesaikan masalah ini,tiada biasa yang selalunya.Selalu,mereka mempunyai masalah,cabaran,melatih otak,pasti akan harus untuk menyelesaikan sesuatu masalah,masalah yang selalunya juga tidaklah seberat mana,hanya untuk menguji minda segelintirnya.
Cara ini hanya ada satu,reaksi pelbagai pihak menandakan tanya kepada diri sendiri,mengapa tidak menjelaskan perkara yang sebenar,akan terjadinya sesuatu yang rumit yang akan terjadi,dari ingin mengetahui cara ini,tiada apa yang dapat dari sini.
Bukan ke sudah diberitahu,ini memang ada satu cara untuk memahami apa yang disampaikan disini,sebab ia ada satu cara.Hanya diri kita sendiri yang boleh jumpa cara ini atau selesaikan masalah ini dengan satu cara.
Tepat waktu yang tidak menunggu,masih tercari-cari cara ini.Cara dan pilihan ini sama sahaja,tiada beza dan sengketa,orang bijak pandai masih belum rumitkan perkataan pilihan dan cara atau kedua-duanya menjadi perkara yang agak tiada penghujung.Jalan yang mana harus dipilih? Pasti ada caranya.Masalah yang melanda,mereka akan berfikir caranya untuk menyelesaikan masalah itu,banyak cara sudah difikirkan,ada nak dekat lebih beribu cara,tetapi hanya satu cara atau pilihan yang akan menjadi tatapan atau jalan keluar dalam menyelesaikan masalah ini.Memang begitulah selalunya,sebab itulah kali ini mengenai hanya ada satu cara.
Mengertilah,cara yang difikirkan selalunya bukannya semuanya berjaya menyelesaikan sesuatu perkara itu.
Inilah cara atau pilihan kita,seksama memilih inilah cara atau pilihan yang terbaik,jika dihimpun beramai-ramai,memberi mereka sesuatu masalah yang harus diselesaikan,pasti mereka semua mempunyai cara yang berlainan atau selalunya mendapat cara orang lain ataupun cara mereka sama.Selalunya mengikuti cara orang lain biasanya mereka ini tiada usaha,lain pula jika caranya itu betul,jadi kita harus mengikuti caranya ke dalam sebuah cara yang benar.
Selalu inilah caranya,memang selalu ada pelbagai,jangan pernah berputar kembalikan masa,teruskan jika ini yang terbaik,sebab,hanya ada satu cara saja,satu cara.Janganlah pening atau tidak keruan dengan apa yang dinyatakan,sebab,jika membaca lampiran ini,pasti ada satu cara,bagaimana hendak memahaminya.
Lekas,jangan lari dari kenyataan,sebab,tiada yang hanya ada satu cara.Tak ubah seperti biasa,takkan pernah habis satu perkara,jika selesai,hadir yang lainnya.Sehinggalah akhir dari hayat kita.

Demo Hitam Putih....

Warna kehidupan penuh dengan pelbagai warna dengan kehadiran mereka,iaitu hitam dan putih.Kenapa warna ini yang dipilih,sama sahaja seperti manis dan pahit,masam dan tawar,sudu dan garpu,lelaki dan wanita.Tetapi kenapa harus pasangannya dua,tidak tiga,seperti sudu,garpu dan senduk,baju,seluar dan skirt,dan banyak lagi yang pasangannya dua sahaja,atau mendapat yang lain?
Hitam dan putih,corat-coret warna kehidupan,mengenal erti sebenar yang tidak pernah kunjung usai.Dengan selalu sahaja akan ada peristiwa yang akan masuk dan hadir,tidak akan juga selesai selagi kita hidup,selalu saja akan ada masalah,dan masalah itu jika kita selesaikan,akan ada masalah lain yang akan datang.Susah senang sudah biasa melihatnya,mengharunginya keseorangan atau bersama,dugaan yang dihadapinya,bukannya kecil,tetapi besar,tidak terkira perinya.Saban hari,telah mungkin diduga oleh Yang Berkuasa,untukmelihat betapa berimannya kita.Masalah yang berlaku sekarang ialah,perubahan masa dan keadaan.Sekarang,semua manusia sedang diuji,dengan kesan rumah hijau yang dikatakan semakin menipis semakin sebahagiannya tidak tentu arah,perubahan manusia,dari gaya pakaian,wanitanya,lelakinya pun sama,semakin tidak terkawal,si anak kecil,sudah terpengaruh dengan dunia maya,yang sekarang sudah pun ada yang dicipta oleh manusia sendiri.Semakin berani dengan tindak-tanduknya yang diluar jangkaan.Menindas yang besar,atau sengaja berbuat sedemikian atau memang ini jalan kita sebagai manusia.Hitam,selalu diberi maksud sebagai gelap,atau senang lebih cenderung kepada kejahatan atau biasa digunakan dalam kugiran-kugiran yang berjiwa metal,atau biasa dalam mana-mana cerita,asal ada warna hitam saja,menyeramkan apa ke,ia sepertinya warna yang agak ganas,segelintirnya berkata begitu,pendapat berbeza,lain caranya.Putih,selalu diberi maksud sebagai cerah dan terang,atau senang lebuh cenderung kepada kebaikan atau biasa dikatakan dalam agama Islam,putih itu suci.Kain kafan yang berwarna putih,cenderung juga kepada sesuatu yang suci atau bersih.
Kehidupan di dunia hanyalah sementara,warna-warna yang dipilih adalah pilihan kita semua.Tidak biasa apa yang berlaku,memang selalunya begini.Dengan sesebuah negara yang memounya stabiliti ekonomi,politik,budaya,kaum,agama dan bangsa.Mempunyai pilihan bagaimana untuk menyelesaikan,sesetengah,menganggap demokrasi itu sebagai jalan yang mudah untuk mengkritik sesetengah pihak atau tudak berpuas hati dengan segelintir pihak.Sanggup atau tak,ia memang sudah berlaku,hanya mampu meluahkan perasaan yang tidak senang hati,tidak puas hati,atau memang tidak suka dengan cara ini.Pelantikan disana-sini,yang diharapkan adalah,kemajuan.Kemajuan yang diharapkan juga mestilah sesuatu yang harmoni dan tiada sesuatu komplot.Maju dilihat zaman.Sehelai kertas putih dilihat sudah pun banyak dilakar dengan warna yang ada pada diri sendiri,hitam dan putih,mana yang harus dipilih.Mereka juga selalu bersuara atau mempertikaikannya,menjadi baik salah,menjadi jahat pun salah,selalunya mereka tidak senang dengan apa yang orang lain terima sedangkan mereka tidak menerima apa yang orang lain memperolehi.Hasrat dengki membuak-buak,mengejek yang berjaya sedangkan mereka hanya duduk sahaja.Tidak mereka memikirkan bagaimana hendak menjadi berjaya seperti mereka yang sudah pun mencapai bintang.

Ahad, Januari 30, 2011

Andai Suatu Hari Nanti Aku Pergi...

Perjalanan,masih panjang.Masih panjang lagi perjalanan.Sepanjang dalam perjalanan,mencuba mencari cara untuk sampai ke suatu tempat.Ini jalan aku,semasa aku melaluinya,aku mencuba untuk meredahnya sendiri.Tiada laluan potong,selesaikan masalah yang ada tenang hati.Ketika masih aku ada lagi melihat dunia,banyak hal yang masih tidak aku mengerti lagi,walaupun sudah jauh aku berjalan melihat sisi dunia.Dengan hanya ilmu yang dicari,sesat mungkin akan menghampiri jalan tiada kunjung usai.Masih belum mengenal erti kehidupan,sudah ditetapkan,tidak berdaya.Tidak sekuat yang disangka.Mungkin akan ada kenangan yang masih tersimpan rapi sebelum menutup mata aku ini.Kalau diingat kembali,masih ada lagi kisah-kisah yang tidak dapat dilupakan,tetapi,apakan daya,tidak dapat menerimanya,sudah pun berlalu.
Ingin mengucapkan sesuatu walaupun hanya menghantar pesanan sahaja,SELAMAT TINGGAL,kenapa harus perkataan ini keluar dari bibir ini?,entah,masih lagi dalam runsingan fikiran yang membelenggu jiwa.
Bait-bait yang terucap semasa dulu,agar kau jangan selalu ingat untuk selama-lamanya,biarlah ia hilang bersama-sama debu yang beterbangan.Selama aku berkhidmat sebagai aku,apa yang aku dapat?
Hanya melihat sisi dunia yang tiada penghujung,melihat sebuah kisah yang hadir dengan penutup atau tiada sudah?
Melihat ragam perjalanan orang lain yang tak dijemput datang?
Menyairi berkaitan cinta yang hadir dengan puisi-puisi yang melankolik?
Begitulah,perjalanan yang sudah pun tamat untuk aku suatu hari nanti,ingin sekali tidak mahu lepaskan genggaman yang sudah digenggam erat sejak dulu lagi,mahu tidak mahu,tangisan akan mengiringi kepermegian aku suatu hari nanti.
Aku pergi,kenapa mereka menangisi kepermegian aku ini?
Bukan ke aku sudah pulang ke tempat asal aku,itu masa akan datang,andainya berlaku begitu,kenapa harus sedih dengan kepermegian aku ini?
Pucatnya wajah yang mempamirkan kearah kesedihan,terbaringlah aku suatu hari nanti,tidak berdaya,kata maaf menjadi kata terakhir yang akan diucapkan kepada semua.
Aku ingin meminta maaf kepada semua,akan suatu hari nanti,aku pergi,janganlah sedih atas kepermegian aku sebagai seorang rakan,kekasih,anak dan apa yang kalian tahu tentang aku ini.Ada yang tidak layan,tidak mengapa,wahai kalian,mungkin kalian akan pergi suatu hari nanti,perjalanan yang jauh ceritanya sudah pun tamat.
Andai tiada lagi wajah aku ini untuk tatapan mata kalian,ada yang suka mendengarnya,atau melompat keriangan,sambil bertepuk tangan? Andai juga,seksama yang berlaku kepada diri sendiri atau pun kalian,siapa yang sanggup membuat seperti itu?
Akan suatu masa dulu,banyak hal yang tak pernah kunjung selesai dengan damai,mohon dihapuskan segera dan janganlah disimpan rapi dalam memori ini,kenapa masih berlaku sedemikian yang begini? Itu biasalah berlaku,kerana aku,kau,kamu akan pergi meninggalkan tempat yang hanya tumpangan yang sementara ini,selamat tinggal..
Merasa kasihan kepada orang lain,terutamanya yang dikenali ataupun tidak,tetapi diri ini selalu tidak pernah dikasihani oleh sesiapa,jarang.Bukan hendak seseorang itu mengenang kepermegian diri ini,tetapi mengharapkan doa dari kalian sahaja.
Tidak menaiki kenderaan,hanya dijemput dengan cara yang agak mudah,hanya berpakaian yang agak mudah,yang dipakaikan oleh orang lain sahaja.
Kisah ini sudah pun akan menghampiri kehabisan,tidak mengingati kisah yang lalu,apa yang berlaku,tidak selalu ingin mendayu-dayu.
Tak akan berkata apa lagi,ini yang terakhir,sejak melihat aku bertemu kamu,bukan ingin dilepaskan genggaman kamu itu,selalu pergi tinggalkan aku.Sehingga sudah masanya aku pergi tinggalkan kamu.Selamat tinggal.
Banyak lagi kisah yang aku masih tidak pasti apa isinya,tidak mahu mengingati kisah yang lalu,terus melihat kehadapan,walaupun mempunyai banyak kisah berlaku,tiada antara,tiada penghantar.Jalan aku masih panjang,jalan aku sendiri masih belum diperbaiki,siaran tergendala dimana-mana,aku harus memperbaikinya serta merta sebelum aku pergi,pergi selama-lamanya.
Terus tiada antara kita sebelum menutup mata...andai itu takdir untuk aku pergi,marilah sama-sama mengharungi dengan cara yang berbeza..hari-hari berlalu begitu cepat tanpa terasa...

Jumaat, Januari 28, 2011

Graviti...

Memang jalan yang panjang untuk diikuti,pernah kesana dan pergi keesokannya,tanpa mengucapkan selamat tinggal pada hari semalam.Adakah memori yang aku simpan masih belum luput?
Atau sudahkah hilang dibasahi air mata?
Mungkin esok waktu yang sama,hujan akan turut menyusuli dan kabus akan hilang suatu hari lagi.Sesuatu diluar sana terus memanggil,adakah aku akan pulang?
Dapatkah aku dengar seseorang menyanyi pada bulan yang sunyi?
Bagaimanakah keadaan graviti kosong?
Adakah aku keseorangan?
Ada orangkah disebalik kaki yang berat lagi sakit ini.Jalan itu masih memberitahu untuk meneruskan perjalanan sesuatu sedang menarik aku.
Aku rasa graviti semuanya...

Kini Ia Tinggal Kenangan....

Rayuan suara memangil nama yang telah tiada,sepertinya tidak dapat berpisah,tidak dapat melepaskan perasaan yang telah pergi buat selamanya.Sepertinya lagi,angin sempoi bahasa melalui ditubuh seperti ingin menarik diri ke suatu tempat,terdiam terpaku,melihat kesunyian gelora air dilautan,melihat sesuatu yang tidak pasti arah tujunya.Teringat kenangan silam,saat bersama,berjanji,ingin sehidup semati,ternyata,sudah takdir,telah pergi dahulu dengan tidak senang mendengar sebuah khabar yang telah terungkap dari bibir si pemberitahu.Sebak didada menahan perih air mata.
Dulunya dari mula berkenalan,bibit cinta mulai berputik menjadi mekar dari awal bertemu lagi,secara tidak sengaja bertemu,atau dengan cara yang agak berbeza,telah jodoh ditetapkan bersama dia,tidak mengapa,terima saja.Saat mula membuka suara dari bibir ini,perasaan seperti tidak biasa lagi dengan suasana perkenalan.Malu yang membelenggu,senyum yang terukir antara dua sejoli ini,tidak akan terlupakan oleh mereka saat manisnya mereka bertemu.Dari tidak mengenali antara satu sama lain,tiada pilihan,banyak sebab,secara diam-diam menyimpan perasaan cinta kepadanya,ia adalah cinta pandang pertama.Jantung mula berdegup kencang tidak mahu berhenti sejenak bila berhadapan dengan si dia,sangat indah semasa itu.Di era zaman teknologi,mulai pandai bersuara bagi ingin meluahkan perasaan yang sudah terpendam sejak pertama kali berjumpa,sangat manisnya seperti dunia ini hanya bagi mereka saja,itulah kadang-kadang itu yang selalu orang bercinta katakannya sesama mereka.
Ingin berkenalan lebih mendalam,masih mengikuti cara yang agama telah tetapkan,iaitu Islam melarang lelaki yang bukan muhrim memegang kulit wanita,haram.Tetap dengan pengangan mereka bersama,bertukar nombor telifon,dari mula bertanyakan khabar,dan berbicara kerja-kerja yang ada,itu mulanya,mulai membuka langkah tentang hubungan.Jika diingatkan semula,sangat lucu ketika itu yang ada kisah mengenai mereka berdua,berkata dari pesanan ringkas,iaitu suatu perkataan yang selalu dinantikan oleh orang yang sudah jatuh cinta,atau yang memendam suatu perasaan itu iaitu perkataannya..
"SAYA CINTAKAN AWAK"
Itulah biasanya,bila sudah menerima seperti itu tidak dapat berkata apa-apa seperti tidak percaya,menerima dengan ikhlas,terbuka pintu hati,dialah yang terbaik untuk hidup ini.Sudah bergelar sebagai kekasih,banyak cabaran yang dihadapi,belum lagi mereka digelar sebagai suami isteri.Pergi kemana,ditemani selalu,sanggup mengadai nyawa untuk yang tersayang.
Perhubungan mereka sudah pun menjangkau bertahun lamanya,lebih kurang dalam 4 tahun lamanya.Dalam kisah percintaan ini,masalah yang tak diingini pasti berlaku,bergaduh,lekas diselesaikan semuanya,itulah yang harus,bukan langgar lari.Mulai berbiara sekali lagi,mengenai perkhawinan,sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.
Walaupun ini jalan yang terbaik,tiba-tiba,kisah yang dulunya ingin bahagia berumah tangga bersama sehingga ke akhir hayat tidak kesampaian.Dia telah pergi selama-lamanya,akibat masalah kesihatan,ini hanyalah tinggal kenangan,bagai tidak boleh menerima keadaan,jalan yang terbaik ialah membunuh diri.Disedarkan oleh segelintir masyarakat,lekas-lekas bertaubat,mungkin itu jodoh yang hanya untuk sebelum perkhawinan.Meninggalkan pelbagai kenangan dalam masa 4 tahun,mungkin agak sukar untuk dilupakan.Mencari pengganti,mungkin amat rumit untuk berunding.
Sedih menguasai diri,tidak dapat menahan perasaan,hanya berdiam diri sejak hari kepermegian dirinya.Akhirnya melepaskan dirinya pergi buat selama-lamanya,tidak kesampaian cinta seumur hidup,walaupun hanya kesampaian cinta sebagai pasangan kekasih,mungkin dirinya sedang diuji oleh Yang Berkuasa,mungkin saja,akan ada orang yang akan muncul pada suatu hari nanti.
Kini ia sudah pun menjadi kenangan,membuka lembaran yang baru,mungkin ia akan menjadi kenangan buat...selama-lamanya...selamat tinggal cinta pertama....

Cukuplah Sudah....

*Assalammu'alaikum semua,kali ini,yang kalian baca ini,mengenai kehidupan,tentang apa?,tentang masalah sosial,masalah sosial yang bagaimana?,ambil contoh,anak remaja,apa yang mereka buat,sudah aku taip dibwah ini,dan apa yang aku nak beritahu,janganlah ada segelintir pihak merasa ini seperti mahu menyindir mereka,memang aku tak ada maksud,tetapi aku taip ini pun berhati-hati juga tau,takut ada yang tak puas hati.Pasti semua pernah tengok perkara ini,atau diri sendiri yang buat.Ingatlah,aku pun ada banyak salah juga,aku pun hanya manusia biasa dan tidak sempurna,ingat itu,dan terakhir,harap jika sudah habis baca itu,sudahlah,jangan nak ada dendam,ini betul ni,perkara yang berlaku sekarang.Tenangkan fikiran,bayangkan,dan biarkan jika nak,harap maaf sekalian,aku mohon mengertilah.Terima kasih semua kerana mengerti perkara ini*

Tutup rapat telinga,kerana ia sudah tiada lagi,habis sudah.Lepaskan genggaman,tiada lagi,terlerai sudah.Langit masih mendung dengan masih lagi tiada lagi ruang yang masih terbuka.Sudah,biarkan ia pergi,sudah tiada yang seksama bersama mengiringi ia lagi.Burung berkicauan,lalu ia terbang jauh dari pandangan,tiada lagi,cukuplah sudah.Cukuplah sudah puisi yang diucapkan dari bibir-bibir sang pemanis,segelintirnya,menggunakan ia untuk diberi kepada burung merpati.Bukan disini hendak cemburu dengan keadaan itu,kerana ia amat meloyakan bagi sang pemanis yang masih mentah,yang hanya mahukan selalu begini,sudahlah.Ingin memiliki bunga yang berada ditaman walaupun diri itu masih diwaktu pagi,masih pagi umurnya,loya terasa.Bermula ingin mengenali,biasanya mereka ini,yang tidak minat terhadap ilmu,bukan hendak kata diri ini bagus,ini tidak boleh dibiarkan,marah bukan kepalang,tetapi yang mana menyokong seperti ini,bukalah mata,wahai kalian.Dari pagi awal hadir disekolah,meliaht suasana masih lagi belum terbit matahari,waktu begini biasanya,mereka mengambil sedikit masa yang mereka kata,hanya untuk bertanya,berjalan berdua-duaan katanya biasa saja,bukan berdua kenyataannya,tetapi bertiga.Berjalan menggelilingi kaki lima bangunan sekolah,ke hulu hilir,bagai tiada kerja,sekadar hanya untuk bertanya walaupun mereka sudah berpakat,loya.Lagi sekali hendak beritahu,bukan diri ini bagus sangat menceritakan keadaan yang berlaku dipersekeliling,tetapi,kenapa rakan sendiri tidak mahu menegur kelakuan ini malah ada segelintirnya masih menyokong,bersorak.Kini sudah pun berubah.Menaiki tangga,menuruni tangga,perlahan-lahan,biasa saja,kenapa hanya menutup mata,malah hanya saja menyata.Remaja sekolah,mulai mengenal erti cinta,selain pembelajaran,tiada lain selain kawan,berteman,cinta mereka cari segelintinya.Kalau ditanya 10 orang,seramai 8 orang yang sudah mempunyai pasangan hiduplah katakan,tetapi,sebahagian saja yang sudah memahami dan setulus hati untuk mencintainya.Tetapi yang lainnya,hancur!,hancur dibuai perasaan,menggatal sana-sini,ke hulu-hilir dengan pasangannya,bukan berniat nak menyakitkan hati orang lain,ini sama sahaja,korang tak pakai baju,siapa yang tegur?,pasti ada,tetapi kenapa hal yang sedemikian sudah pun berleluasa dan tidak terkawal.Dari pemerhatian selalu aku,mereka yang selalunya yang kelas rendah atau yang mempunyai fikiran yang tidak pernah sangat positif,salah kenyataan ini,lekas,beritahu,masih dalam hendak hayati.Mereka jalan berkepak,hinggap dimana-mana yang mereka suka.Katanya tidak perlu mengatur dirinya,sebab tahu mereka berbuat apa selepas ini,kenapa? jikalau mengulas lebih lanjut,tahu marah,sana-sini,habis dimaki.Tetapi kita manusia,ini segelintirnya berlaku,cukuplah sudah,apakah hari kiamat sudah nak dekat,berubahnya keadaan ini,serta merta,begitu pantas,anak-anak muda harapan bangsa,mak bapak,sudah pun mulai terjebak masalah di awal persekolahan,pertengahan persekolahan,biarlah mereka?,boleh,tetapi sampai membuang bayi lagi hah,nak biarkan?,mana mata?,sudah tertutup rapat untuk tidur?,nak tutup telinga selalu?

Pagi petang siang malam,hari demi hari,terpapar disurat khabar,menanti berita yang lainnya cerita lainnya hari,kadang-kadang yang suka menanti,melihat penuh erti penghayatan,lalu dibelek-beleknya surat khabar itu,lalu tertulislah tajuk mengenai "KES BUANG BAYI BERLELUASA",hebat ke tajuk surat khabar itu?,hebat ya,lalu diceritakan mengenai lebih lanjut,dari awal dari suka-suka membuatnya,tidak mahu bertanggungjawab,ini salah siapa?,mulalah tu...cukuplah sudah,kalau boleh setiap hari nak tajuk macam ni,banggalah tu.Kita semua harus bencikannya,yang mengerti bagus.Anak siapa ni,yang buat ni,dari mana asalnya,sudah!,aku masih berhati-hati,tidak mahu mengulas lanjut lagi,itu,dosa pahala,cubalah tanya mereka,terlanjur ya,sudah lagi sekali!,nanti lain jadinya,cukuplah sudah.Menangis yang bersendirian,ditanya kenapa,ia didera oleh orang yang memang bukan hatinya manusia,calar balar disana-sini,akibatnya? sebab tidak sukakannya,memang bukan ada niat,sebab ada masalah jiwa dan? ada yang memberitahu lain dari yang lain hal yang berlaku,memang..tak..guna.Rata-ratanya,si isteri dan kanak-kanak menjadi mangsa perilaku yang memang nak cari mangsa.Cukup!,sampai disini tentang ini,tidak mahu mengulas lanjut,cukup untuk kamu merenung kembali.Nanti berlaku kepeda siapa?

Hari lepas,ada kisah yang berlaku,ingat lagi tak?,tak ingat kot,tapi ada apa ya?,iaitu,anak-anak remaja sebahagiannya..
Apa yang mereka buat sehingga ada kisah,atau kisah itu sehingga hari ini.Kisahnya,anak gadis kita,bukan anak aku,tetapi anak orang,anak gadis,siapa yang tak nak bagi lelaki temannya gadis?,ok,ini nak beritahu sikit,kat tempat tinggal aku ada pasang papan penyata yang lebih kurang ada 3 terpacak kat merata tempat,nak tahu apa yang dipacaknya dan apa namanya yang tertulis dipapan itu?
"PANDUAN MENUTUP AURAT",sambil dilampirkan dengan gambar-gambar yang harus anak-anak gadis sesiapa yang bergelar wanita memakai pakaian yang menutup auratnya.Sambil berjalan,memakai baju t-shirt,bertudung berlengan pendek,berseluar jeans,jadi apa?,mohon,segelintirnya perlukan ajaran yang betul memakai pakaian.Cukup!!,sedikit sahaja aku ulas,nanti ada yang tak suka,aku tahu,jangan nak tipu!,itulah kita.Renunglah sendiri,apa yang dapat masa mati nanti,fikirlah sendiri.

Berjalan-jalan diwaktu petang adalah masa yang sesuai,segelintirnya,menaiki motosikal,siapa yang menunggangnya?,mestilah lelaki dan wanita,dan siapa yang ikut sama dengan tunggangan lelaki itu?,lelaki?,betul juga,ada,perempuan?,tak ada?,ada!,jangan nak tipu,mesti ada punya?,mereka ada ikatan perkhawinan?,ada,bagus,tapi,apa!!,anak remaja?,biar betul,tak payah terperanjatlah,ramai,segelintirnya.Mengelilingi bandar,mengelilingi kampung,tidak hiraukan sesiapa,sangat hebat mereka kata,apa ni...mana suara,masih tidak mampu,sebab itu bukan hal kita.
Memanglah ini hal mereka,ini urusan mereka dosa masukcampur hal orang,tak baik,senyap sudah,sampai bila?,biarlah,cukup sudah!,biarlah berlaku,apa?,nak berlaku?,fikirlah sendiri.Aku selalu melihat gelagat mereka macam ni,apa ni,TAK MALU ke dengan orang-orang tua yang tengok?,apa?,nak caci maki?,cacilah...
Itulah mereka..dan aku mohon bila ini akan berhenti,sosial yang bermasalah betul,dan harap ini cukuplah sudah ya,cukuplah sudah............

Khamis, Januari 27, 2011

Ia Bercahaya Dan Mulai Beransur Menghilang Kerana Itu Adalah Sebuah Penghayatan Bagi Sebatang Lilin Yang Bercahaya....

Cahaya ini mulai menghilang,mulai pudar dari pandangan,diperlukan dalam gelap,tidak kira bila sahaja,ia mungkin tidak dapat dipastikan segelintirnya.Ia adalah sebuah tentang yang dipastikan mengenai cahaya lilin menjadi sebuah kisah penghayatan.
Cahaya lilin,menerangkan keperluan manusia pada saat ini,gelap yang dikatakan adalah sebuah ketakutan,disimpan rapi dalam diri,tidak pernah mengerti kemana harus di mengertikan.Menenangkan ia sesuatu pengahayatan,menangis yang tidak mahu menghayatinya,bukan menangis kerana kesalahan,menyesali sesebuah perkara,tapi ia juga harus dipertimbangkan,tapi ini mengenai sebuah pengahayatan bagi cahaya dan sebatang lilin,yang dikatakan adalah teman dalam keseorangan.Mempunyai teman,untuk menyalakan hidup bersinar dirinya yang hanya sementara yang boleh bertahan dalam masa hanya beberapa masa sahaja yang ditetapkan.Terbalikkan arah,memandang waktu,duduk terdiam menanti bila akan tiba waktunya bercahaya hadir menyinari persekitaran.Sabar menanti,adalah kisah,berbicara dalam kegelapan,kegelapan bukanlah mengenai hati,tetapi persekitaran yang hadir dalam waktu yang tidak dapat pasti kenapa ia boleh berlaku,tanpa cahaya,akibat kesilapan teknikal,menjadi resah dan jiwa gelisah diselubungi kegelapan.Ambil sebatang mancis,yang positifnya ialah rakan sendiri sebatang lilin yang akan menyala,mereka juga hanyalah barang yang mati dan hanyalah buatan manusia,bila digunakan pasti akan habis juga tiada cahaya,tiada lagi yang serupa.Bersama cahaya yang menyala berwarna kebiasaannya berwarna merah,bersama kepulan asap yang kecil meriahkan suasana yang tetap sunyi tanpa suara.
Titisan tubuh lilin menjadi kebiasaannya tetap tidak disukai ramai orang,yang akan kekal sementara,melekat dan keras serta merta yang boleh diperbaiki dan dihilangkan.Di letakkan di atas apa-apa yang kita boleh letakknya,atas pinggan,mangkuk dan apa jua barangnya.Setiap sudut menjadi pilihan,meletakkannya dengan berhati-hati agar tidak berlaku apa-apa kejadian yang tak diingini.
Sebuah cahaya yang jarang sekali kita perhatikan,sekali letak,pasti kita akan membuat pelbagai kerja selepas itu,bagi yang suka melihatnya habis,habis perlahan-lahan,pasti akan merasakan sesuatu kelaianan,iaitu,ia akan pergi buat selamanya walaupun adalagi barang yang sama berada dimana-mana.
Ia mulai perlahan-lahan pudar mewarna.Tidak dihiraukan dan digantikan,pergi buat selama-lamanya,sesuatu yang amat tidak dapat dibayangkan.Berdiri teguh tanpa teman disisi,menanti kehabisan diri,tidak mahu tetapi berlaku jua,dengan pelbagai bentuk ini,selalu digunakan dalam pelbagai juga perayaan.Ia menjadi pilihan kita semua,belum terjadi lagi,masih belum terjadi lagi,selain cahaya lilin ini yang digunakan selepas lampu minyak tanah,semua orang menggunakan lampu suluh sebagai peganti lilin,ada?,mungkin tidak tahu,mereka menggunakannya.Cahaya yang berbentuk seakan bujur yang bergerak seperti menari,mengalunkan irama sesebuah penghayatan hembusan angin,menari menggayakan lenggokkan tubuh cahayanya.Entah apa namanya.Cuaca diluar seakan dingin menyejukkan fikiran,melihat pancaran cahaya bulan menyinari terang bumi pada waktu malam,masih lagi bercerita mengenai diri ini keseorangan dan cahaya lilin,kerana ia ada kisah disebalik ini.Tidak perlu ada emosi,bagi mereka,yang tidak mempunyai lilin atau kemungkinan hanya sebatang lilin ini,tidak mengapa mereka berbicara.Bersabar menunggu dalam kegelapan malam yang hanya bertemankan suara-suara yang entah asal usulnya datang.
Malam masih muda,segelintirnya berkata,yang hanya digunakan sebaik-baik untuk membuat kisah,kelihatan masih ada bayang lagi.mungkin masih lagi dan lagi,lagi dan lagi kesunyian dalam kegelapan ini yang tidak selalu berbicara tanpa cahaya,selalunya,dalam keadaan ini,mereka akan berfikiran buntu,mencari jalan penyelesaian,dimana harus selesaikan,iaitu masih lagi berdoa kepada Yang Berkuasa,masih lagi yang segelintirnya,mencari jalan dan ada yang tidak keruan,jeritan kedengaran,jeritan dimana-mana.
Cahaya lilin,cahaya sebuah bagi mereka menerangkan suasana kegelapan,banyak yang berlaku akan menjadi kisah,biasanya tidak kira waktu,dan berlaku tidak selalu.8 hari seminggu,25 jam sehari,berlaku dalam tidak kira bila selalunya tidak berlaku.Dalam masa setahun,diambil masa 12 bulan,dalam masa 12 bulan mesti mengambil masa beberapa hari untuk mencapa kebulan seterusnya,dalam masa itu juga,tiada bekalan akan menghadiri menemui kita.Lepaskan segalanya,tidur dibuai mimpi,tidak hiraukan keadaan yang berlaku,biarkan ia berlalu.Kisah lilin ini serta merta habis,tiada lagi,hanya sementara dipandangan tiada lagi untuk diselalu dipandang,dan tak ada arah lagi untuk melihat merdunya tanpa suara.


Selasa, Januari 25, 2011

Menuju Destinasi Yang Bernama......

"Kemana lagi?"

Berjalan jauh tanpa henti,melihat kiri,melihat kanan,tiada beza,sebatang pokok,melihat sebatang pokok,hanyalah tunggul yang sepertinya sudah mati.Hendak menjerit kepenatan,tetapi masih tidak mempunyai tenaga,lemah longlai bagai ingin melayang tidak bertulang.Angin bertiup sempoi,tak mampu lagi bertahan.Perjalanan mereka yang dilihat dari jauh masih jauh lagi untuk sampai ke destinasi.Mempunyai citarasa yang jauh dipendalaman,tertanam sejak seusia awal.Kekadang,berhenti sejenak,ingin sekali berhenti berharap,mempunyai tujuan yang besar,mulai dari awal,tetapi berhenti begitu sahaja.Katanya,yang hanya duduk kadang,mulai bicara ketika bermulanya suatu perkara,masih lagi tidak memahami yang berlaku.Tiada sengketa.Keringat peluh yang mulai membanjiri wajah,ataupun mungkin tubuh,masih lagi tidak menganggap itu adalah ujian,dari mulai mengenal tentang sesuatu yang tidak tahu,menyukai jalan atau cita-cita yang ingin diambil,kekadang,sudah meminati,tetapi,ambil jalan lain,sudah takdir atau pilihan.Mengira jari,mengira waktu,melihat tidak akan mengundur lagi,melihat sudah masanya memilih yang terbaik,tentang hidup,di dunia dan di akhirat,seimbang.Mengenai seimbang,bukan timbangan,jika boleh,boleh juga diambil.Temph yang diberi dari awal peringkat sekolah,kerjaya,memang itu kerjaya bersama.
Itu tentang destinasi kerjaya.Ada lagi agaknya destinasi yang lainnya,mengenai tujuan,banyak di tanya apa tujuan kamu,menjawab mereka,pergi kearah sana,yang katanya baik,biasa saja,pergi kearah sini,yang juga dikatakan boleh dibawanya,tidak apa tiada teman yang menemani,sebab,jalan ini hanya boleh di lalui oleh seorang sahaja,iaitu kita seorang.
Walau dikatakan sunyi,ambil katanya biasa saja.
Hendak lepaskan kepenatan dalam kehidupan,tiada yang senang dimata ini,walaupun segelintirnya menganggap biasa saja,buat tidak tahu katanya.Tidak harus begini selalu,mungkin ada yang mendayu-dayu entah kemana.Destinasi,adalah sesuatu tempat dimana itulah tujuan kita,walaupun entah pergi kemana,ke arah mana,tanpa papan tanda,itulah yang diberitahu tadi,banyak tujuan kita,itulah tujuan kita,tidak ada sesiapa yang tahu kecuali Yang Berkuasa,apa tujuan kita?,diri sendiri yang lakukan.Tidak perlu memasukkan kata laluan,kata laluan selalunya sangat pantas atau terlalu mudah untuk mencapai tahap klimaks,tidak perlukan,kata laluan yang sangat mudah itu,walaupun ia memang ada dalam realiti ini.
Jika sudah ingin lakukan yang terbaik,caranya memperbaiki diri,jangan anggap yang biasa saja,itu sudah dalam keadaan yang harus diperbetulkan.
Berputar kembali,selesaikan secepat yang mungkin,kemana arah tuju,jauh,melihat papan tanda,kemana hendak pergi selepas ini,atau hanya duduk di bawah kotak sahaja?
Perigi usang ditengah kota,tidak dihirau,sebab wajahnya,tinggi tekad tertanam dalam tak terhingga,terbalik raut wajah meneka tepat tekaan sesiapa,kembali kepada asal tujuan kita.
Bermula dari kepada hanya mengenal erti luar hidup.Melihat permandangan keindahan ciptaan Yang Berkuasa,tiada tandingan,mencari rezeki manusia yang ada,kenapa masih tidak berusaha,jangan jika sudah menemui jalan akhir,terus berhenti disini,tidak ada usaha,tidak ada cara.Patah balik,terus keluar dari jalan buntu atau fikiran kita yang akan buntu.
Jika sudah sampai,janganlah lupakan yang tertinggal,yang masih dalam perjalanan,ataupun masih buntu mencari jalan keluar.Harus dibantu atau usaha sendiri,itu adalah diri sendiri.Kadang-kadang ingin mencapai tahap yang tinggi tetapi tidak tahu,hanya melihat mereka bangkit,hanya ikut sahaja,bukan apa,ini sudah berlaku,sebab hanya nak namanya naik sahaja,ia harus bernama dari awal,namanya haruslah dari diri sendiri,bukan paksaan,bukan dari orang lain,bangkit dan berusaha,pasti bernama.

"Ada cerita,tentang kita semua,kita bersama,sebelum pergi selamanya
Saat kita berduka,saat kita tertawa,menuju kemana arah kita
Tidak berpandu,tidak mendayu
Teringat saat bertekad bersama walau tak pernah berjumpa
Kemana arah itu tujuan kita
Harus bernama setiap jalan kita
Jalan yang dimana itulah kerjaya bersama tetapi berbeza"

Jika yang masih tertinggal itu,jangan mudah putus asa,fikirkan bermacam-macam cara nak terus sampai kedestinasi,kemana lagi hendak pergi,masih ada peluang,masih ada peluang.Tidak hari ini,mungkin hari esok,atau pun hari-hari mendatang,
itu pasti berlaku,jangan biasakan dengan hanya dengan sikap yang malas sahaja,dan terus layu di mata.

Sabtu, Januari 22, 2011

Apa Yang Berlaku........

Membuat mimik muka seakan tidak senang,memang selalu begini,tiada lagi yang begitu,harap sesangat,jangan buat demikian,kerana itu juga tidak akal dimasukan sihat,bukan senang,bukan mudah.Kembalikan arah,yang sudah berubah,jarak menentukan perubahan yang sangat sesak,bukan mudah.Kota raya berubah serta merta tanpa diketahui,dimana tinggal sesama manusia yang berbeza cara,lampu cahaya menyinari jalan-jalan yang sekarang sudah pun sunyi,masih dengan layan perasaannya,masih tidak berubah wajahnya.Sekutum bunga yang mekar layu serta merta juga,tiada jawapan.Air terjun yang dulunya deras airnya menyimbahi bumi dari jarak ketinggian yang tidak dapat dijangka,mengalir perlahan,dan mungkin akan terus perlahan sekarang.Mengambil gambar menggunakan kamera,tersimpan sebagai memori ataupun kenangan,tidak bersuara,tidak bergerak kemana-mana,walaupun disimpan bertahun lamanya,masih sama keadaan didalam gambar,walaupun tempat atau apa yang ditangkap sudah pun berubah,memang macam ini selalunya...selalunya,perkara itu diperkatakan sangat kecil,ada yang sengaja perbesarkan dengan sengaja atau terpaksa,janganlah begitu,tiada apa yang mereka dapat dengan lakukan yang sedemikian.Masih juga tidak senang,gelisah bergelora,bibit-bibit mengacu keresahan.Helaian kertas yang sudah koyak halus bertaburan melayang di udara.Tiada paksaan mana-mana pihak,masih tiada paksaan,meneliti tepat arah tuju,hilang serta-merta lagi sekali,berkeliaran tidak tentu hala arah tuju,masa itu emas.Tidak pasti apa yang sedang difikirkan sekarang,Sekarang,bernyanyi si merpati,terbang tinggi,entah menghilang dimana.Kampung,indah dengan permandangan,melihat pelbagai orang dan ragam,terlantar sakit,dan bermacam lagi yang susah hendak tafsirkan,masih tidak senang agaknya.....

Telepati,menghantar segala dalam sekejap,tidak mengambil masa terlalu lama,sangat sempit antara ruang dan waktu,mengenai ruang,tiada masa hendak menceritakan segala,berlari mencari tempat yang redup,atau lebih selamat untuk berlindung,mungkin bukan selamanya,lekas,meminta tolong kepada siapa?,pulang jauh ke pendalam,tiada siapa yang ingin memberitahu hala tuju,jalan sendiri,bukan jalan orang.Mengikut kembali,sesiapa sahaja,tetapi bukan seorang,tetapi,lebih dari satu.Mungkiri kata-kata yang dikatakan sebagai biasa.Tidak boleh menampal mulut,mengangkat tangan,sebelah sahaja,jiwa terbelakang,boleh diperbaiki.

Cuaca mulai berubah cara,bukan kerana terluka,bukan kerana terseksa,biar fikiran terbuka,biarkan bergelora menuju entah apa namanya,saat itu,membuka mata seluruh jendela dunia,sangkut paut ternanti siapa yang ingin dihadiri,dengan tetamu serba hitam,serba-serbi hanya satu warna,menggamit posisi memegang trofi,terlepas pandangan,kerana seketika,pintu terbuka luas terpampang dimuka akhbar,jangan buka terlalu luas.

Tong yang berisi pelbagai warna di pegang erat ditelapak tangan,tidak mahu lepaskan,kerana mahu menyimbah sebuah kertas yang tidak berwarna,dengan tekad,ingin mewarnainya,dengan setulus hati dan jiwa,menghiasi dunia dengan warna sama dengan menghiasi hati.Penghayatan yang tidak keterlaluan diambil posisi berjaga-jaga.Rata-ratanya,mengambil jalan mudah,dengan menggunakan masa yang lebih pantas dengan menyimbah seluruh kertas itu dengan warna,sedangkan mengambil masa lebih lama dengan hanya menggunakan berus warna sahaja.Deru-deru jiwa,membakar semangat,tidak mahu lepaskan,kerana bukan selalu boleh begini,telah ditetapkan.Pilihan hati bukan mudah untuk memilih,bukan mudah untuk bertanya,kemana hendak menggunakan sebaik yang mungkin.

Tulang patah rangup terasa,telah patah dimana-mana dicari puncanya,seluruh tubuh rangup tanpa terasa,tiada penganti,tiada ada dimana-mana ganti jual dan beli anggota tubuh badan.Kiraan masa,menyambung semula rekahan patah tulang yang tidak berpaku,tidak berskru,tidak bertanggam,ciptaan Yang Berkuasa,tiada tandingan.Berbunyi-bunyi pelbagai kedengaran,terlihat dimana hadirnya suara,retak seribu,beretak lama,tidak ada sambungan yang seterusnya.

Nada-nada yang minor lagikan puitis kedengaran,bahagia segelintirnya berkata seusia muda mahu terasa.Bagai tiada makna bagi segelintirnya yang berkata jika tiada peneman hidup dari seusia muda itu seumpama dawai yang sudah karat.Lemah longlai merusung rindu,mandi tak lena,tidur tak basah,terbayang wajah dimana-mana pun berada,melihat sesiapa menjadi dia,tidak dapat melawan perasaan menjadi realiti mengganggu hati,tidak boleh melepaskan bayangnya walaupun hilang,bagai dirasuk oleh jembalang.Nak kata tak guna,mereka boleh menepisnya,bukan menghalang,itu kisah mereka,tidak patut masuk kandang.

Sebuah bungkusan yang telah dikirimkan semula mungkin sekali ada pelbagai isi,isinya yang awalnya tidak bernama,yang awalnya juga tidak berjiwa,tertutup rapat kedua sisi,masih menjaditanda misteri,gelap didalamnya entah apa ceritanya yang terkandung.Berbentuk entah apa rupanya,ingin sekali mengetahui walaupun hanya mengintainya saja,tetapi bukan kehendak,bukan permintaan.Masih terus dibelenggu misteri.Akan terrungkap bila sudah masanya.

Terhanyut arus di era pra-moden,teknologi mengahantui bagai merasuki,bukan mengkritik,tetapi hanya mencuba menilai,seusia awal mencuba untuk mengenali lebih rapat lagikan ingin berkawan.Litar pintas menjadi peneman.Hanya hidup diaruskan dengan tenaga elektrik yang telah ditetapkan.Menjadi kebiasaan,setiap orang bukan mudah.Skrin terpampang entah apa namanya pelbagai ragam,kunci menaip jari jemari pantas di adili,penghubung kedunia maya,dunia yang penuh dengan ciptaan manusia semata-mata,peneman sang kaki setia.Melihat perkembangan dunia dengan hanya sekali taip dengan jari jemari.Tidak bermain helaian kertas sebagai jawapan,menggunakan kata-kata maya dengan pantas,semua orang mengikut peredaran zaman yang sudah masuk ke era informatika.Tiada apa lagi yang hendak dibahas,sebab jangan masuk kandang.

Mungkin saja banyak yang berlaku yang mungkin tidak akan kita selalu ambil tahu,sengaja aku taip perkara yang kali ini ada yang segelintirnya kurang faham atau mengatakan seperti penyindiran sesetengah pihak.Banyak lagi perkara yang aku nak beritahu,bukan aku ini suka mengkritik,mungkin aku ada sebab,yang sangat kuat,aku nak minta maaflah kalau kiriman yang baru ini agak sedikit tidak senang bagi semua yang membaca.Selalu sangat atau mungkin kita jumpa dimana-mana tentang ini,atau kita buat tak tahu,tapi aku sengaja ambil jalan nekad,sengaja aku taip sebergini,agar aku boleh melihatnya dimasa akan datang dan aku tidak lupa apa yang aku taip mungkin ini akan menjadi kenangan.Tidak banyak hendak aku beritahu,mungkin agak tidak menarik bagi sesetengah pihak,sebab yang aku taip ini macam agak serius (bukan ke memang macam ni yang terdahulu kiriman yang lama?,huhu),tapi apa pun terima kasih kerana sudi membaca,jangan terus hendak menyalakan api,baca dulu sampai habis...terima kasih......kerana membaca...