Sabtu, Oktober 01, 2011

Sebatang Pokok Yang Kesepian...


Disana aku terdiam terpaku.Tingginya tidak terlalu tinggi mencecah bangunan pencakar langit.Sayup redup dibawahnya.
Sebatang pokok.
Bagi setiap insan yang bergelar manusia,sebatang pokok hanyalah biasa.Tiada cerita, tiada akhir.Tidak menghiraukan tumbuhnya ia sebatang pokok.
Awal ia tiada teman, hanya kesepian dan diredhai pertumbuhannya kerana Sang Pencipta.Dengan hasrat diri, ingin menyegarkan suasana bumi.
Beberapa hari diselang dengan bulan dan kemudian tahun, teman-teman yang selalu diharapkan selalu hadir menemani benar-benar ada disisi. Kata-kata mereka tidak didengari oleh manusia.
Aku terdiam.
Lalu melihat kembali ke arah sebatang pokok. Sebatang pokok yang kesepian.
Sadarkah perasaan mereka.Setiap hari kedinginan merasai sejuknya sayupan angin menembusi sanubari.Sadarkah kesakitan yang dirasai sebelumnya yang tidak pernah dirasai oleh manusia. Kehancuran, permusnahan.
Sebatang pokok yang kesepian.
Air mata tak mampu ditangisi, suara tak mampu didengari, saat untuk mati sudah tidak dijangka, ingin melihat dunia, namun apakan daya hanya sendiri tidak bergerak. Bergoyang-goyang pokok-pokok menandakan mereka menerima alam. Alam yang sungguh hebat di dunia ini. Sekali imbas, bumi tidak bertahan lama.
Kesunyian, aku masih memerhatikan awan yang berarak dibawah sebatang pokok.
Andai, tiada tumbuh-tumbuhan, kita mungkin akan hadapi masalah. Mereka membantu, terima kasih Allah.
Sebatang pokok.
Dalam sedang bersendirian.Mereka ingin berbakti.Dalam sedang kesunyian.Mereka ingin manusia selalu mengertikan mereka. Merekalah selalu menutupi kecerahan sinaran cahaya matahari untuk manusia agar tidak selalu merasakan hangatnya cahaya ini.
Selalu merasakan diri ini lemah.

Lalu aku menulis sebuah sajak untuk sebatang pokok di atas sehelai kertas yang tidak semua orang mengerti.

"Dia, Aku lihat Dia
Selalu tidak bersuara
Memahami kata manusia tidak untuk manusia memahamikannya
Selalu sendirian dimana jua diatas bumi
Sahabat angin yang selalu berkunjung untuk memahami perasaannya
Sahabat bumi yang memberikannya peluang untuknya terus sihat
Dia, Aku lihat Dia
Sampai masa dimana hati letaknya mereka
Sudah mau membesar tidak faham akan Kita
Meruntuhkan segala prasana hidupnya
Tidak lagi menemani kita, tiada penyesalan mungkin belum
Akan dicari sudah tiada
Sebatang pokok, akan dicari sudah tiada.."

Aku bingkas bangun, lalu beredar dari situ, sebelum meninggalkannya sendirian, aku masih berfikir. Akan berapa lama ia akan bertahan. Bertahan dimuka bumi ini, yang masih ada, temanilah dia. Mungkin bukan paksaan. Tetapi setulus hati merawatkannya. Aku tidak terdaya. Dia perlukan bantuan sebelum apabila ada yang mencari.....ia sudah tiada.......

Aku beredar....