Ahad, November 13, 2011

Perencah Maut Dalam Senyap....

Perencah tadi masih belum digunakan,masih tersimpan rapi,tersusun manis disudut yang disediakan,belum lagi terfikir untuk digunakan.Saban hari menanti,menanti bila perencah itu akan digunakan.Bukan sembarangan perencah,ia membawa maut,bukan kerena kematian,tetapi,sebuah maut untuk penafasan.Mengancam seluruh tubuh,tiada hakikat lagi,ia sebuah perencah yang sangat dahsyat yang boleh merosakkan seluruh urat saraf manusia.Bahan-bahan yang terlarang dicampurkan dan dijadikan satu dan menjadi sebuah perencah yang sangat dasyat,bila sudah terbocor maklumat ini,tidak dihiraukan,masih mencari juga perencah ini.Keanehan membelenggu,kenapa masih dicari juga perencah ini?
Perencah dimaksudkan adalah sebuah perencah yang mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia,boleh mengganggu fikiran mereka,dan adalah sebuah realiti yang berlaku kepada masyarakat kita.Mereka menggunakannya tanpa kesadaran mereka?
Apa sebenarnya perencah ini,tidak faham sungguh.Perencah maut ini biasa digunakan kebanyakan masyarakat kita,mereka menggunakan atas kehendak mereka,masalah-masalah yang berlaku juga biasa dikalangan pelajar sekolah di negara ini,jadi perencah yang dimaksudkan adalah sikap.Sama dengan kenyataan yang diatas,masih tersusun manis disudut yang disediakan,macam fikiran,tidak digunakan sebelum ingin melakukan dan sudah ada tempat yang telah disediakan.
Perencah ini,telah dicampurkan oleh kita sendiri,dimasukan secukup rasa,sebahagiannya melakukan sedemikian,tidak berubah sama seperti dirinya.Di panaskan api,ditumiskan perlahan-lahan perencah itu,sehingga panas mendidih,baru diangkat.Kiraan masa tidak diperlukan untuk menyiapkan,sudah pun mereka bersiap untuk menggunakannya.Setiap hari,ramai yang menggunakan perencah maut ini,walaupun tiada korban jiwa yang ditemui.Ini salah satu tentang masalah sosial ini zaman sekarang.
Waktu sudah pun petang,waktu sudah pun berputar,dan ia pasti bertukar,kita boleh membanteras perencah berbahaya ini,walaupun ia jarang sekali ada di makanan,tidak semudah yang disangkakan,mengapa mudah sangat terjebak bersama perencah ini? Ia bukanlah sehebat yang disangkakan.Ia memusnahkan sebahagian hidup,kenapa macam itu sekali?
Ramai yang sudah hanyut dengan perencah ini,perencah yang tiada rupa,iaitu sebahagian bahan yang terdapat dalam ini selain pengaruh,iaitu kesan yang teruk.Sempat atau tidak,laluinya serta merta.Lebih berkesan dari sekotak rokok yang membawa risiko untuk mati,tetapi perencah ini yang kita ketahui ramai yang tidak mengetahui kewujudannya dan menganggap ia merepek sahaja,kerena kesan perencah ini jika dicampurkan dalam kehidupan seharian kita,ia akan membahayakan hidup sendiri,iaitu mudah terpengaruh,berjiwa lemah,tidak beriman,tetapi bukan diri ini hebat mana pun,tetap sama seperti manusia lainnya.
Ingin keluar dari terjebaknya sangkut paut yang sebegini,memang mempunyai jalan keluar,tetapi harus mengambil masa untuk sembuh,lekas,buang segera perencah ini,lain orang,lain cara.
Musnahkan segera perencah ini,bukan perencah masakan,sebab,jika kita semua ingin memasak sesuatu,pasti kita akan menggunakan perencah yang kita belajar dahulu.Tetapi perencah ini sudah pun ada pada diri kita sendiri,perencah ini tidak pernah digunakan,atau ia memang ada tetapi kita sendiri pandai menggunakan perencah ini.Tidak mudah yang disangkakan,ia tetap berbeza.
Bila sudah mengenal erti sebenar kehidupan,mungkin perencah ini boleh dikawal penggunaannya,berhati-hati jika mula menggunakanya,bagaimana ingin mengetahui pada diri ini jika perencah itu sudah mula digunakan? Senang sahaja..
Hasutan yang diterima,jangan diterima bulat-bulat,pengaruh yang harus dikawal,sikap,jiwa dan raga seluruh tubuh kita yang menguasai.
Masalah sekarang,masyarakat kita sudah mula terjebak kedalam sangkar yang dibuat oleh orang lain,dan mula menggunakan perencah ini serta merta,tidak kira,dalam masakan atau dimana.

Perencah Maut Dalam Senyap - Sebuah kepastian dalam diri yang tidak atau jarang kita gunakan,biasanya,bertindak sendiri serta merta dengan geraknya otak kita berfikir,jadi,kisah yang taip di atas hanyalah untuk renungan dan saja hendak membuat kita berfikir sejenak,adakah kisah ini betul?,memang ini hanya rekaan,tidak ada atau akan memasukkan masalah sosial politik dengan serius,hanya sebagai terbang terawang-awang sahaja,biasalah perkara ini akan berlaku,mereka yang suka mendayu-dayu,walaupun hanya artikel yang ditaip oleh budak mentah seperti aku ini,tetapi,aku telah diberi akal untuk berfikir dimana,aku mengambil cara yang agak rumit untuk diselesaikan,dan begini jadinya,jangan mudah terjebak dengan "perencah" ini,sekali lagi,ini bukan untuk masakan atau makanan.