Sabtu, Februari 12, 2011

Pabila Bunyi Sudah Tidak Sama Lagi...

Mana datangnya bunyi ini,seakan merdu terasa melalui dihadapan telinga.Tiba-tiba saja merubah kepada bunyi yang lainnya.Kali ini bunyi seperti mahu berdarah telinga,berdesing tidak henti,sakit menahan perih.Kali ini sunyi pula.Sunyi kali ini,tidak seperti biasanya,dengan kemurungan dalam diri mencuba memecahkan suasana keheningan kesunyian.
Dulu bunyi adalah merdu kedengaran dari sudut telinga,tetapi mulai hilang dari pandangan mata,sudah berubah,tidak lagi sama.
Mengharapkan ia datang dibawa angin layu tersandung kegembiraan,mana datangnya membawa kesedihan,kedengaran suara-suara rintihan memanggil,tidak sama lagi.
Tidak sama lagi yang dulunya kedengaran seperti alunan melodi yang indah seakan-akan menghilang entah kemana.
Andai boleh dirakam kehadiran bunyi seperti mengambil gambar udara yang sedang lalu,pasti boleh tahu apa yang berlaku.
Sedia untuk mencari,bukan datang menanti,keinginan selalu diimpi,itulah begini.Bunyi yang hadir dimana-mana,tolong tiada penjelasan.Kini ia tidak sama,rosak belaka.
Peristiwa akan berulang,kejadian akan datang,amat tidak pasti,kenapa seakan lupa akan yang terjadi.Ingin sekali ia berakhir,tidak mengganggu fikiran,agar tenang biar begini selalu.

"Seakan ingin berteman
bertanyakan khabar dari awal
meninggalkan pada akhir
bunyi telah berubah
tidak sama walaupun sebenarnya biasa"

Mohon kesunyian ini biar berkekalan,apabila bunyi sudah tidak sama,seperti mahu kembali ke masa dulu,yang dulunya,belum berubah lagi tidak sama seperti sekarang.

Cari Jalan Keluar...

Semuanya pasti berputar,dari mana datangnya arah,itulah dia.Ketika melihat sisi dunia,ada sesuatu perkara yang masih tak dapat dijelaskan,kehilangan diratapi,mana jalan penyelesaian yang diharapkan.Selesaikan segala masalah,masalah yang selalu datang takkan begitu mudah akan selesai.
Ia datang bukan keinginan,bukan juga harapan supaya ia datang,masalah adalah sesuatu perkara yang akan segelintirnya runsing memikirkan,kenapa boleh terjadi.Bercampur gaul dengan keadaan yang terjadi,apakah itu kekal.Tidak sama sekali,ia akan berubah,permasalahan yang berterus selalunya dilepaskan begitu sahaja,tidak mahu memikirkan jalan keluar.
Kesalahan membelenggu,apa yang harus dilakukan,tiada pengertian.Mungkin menenangkan diri buat seketika,mengkaji diri apa kesalahan itu datang dengan mudah.
Dunia tidak akan kekal,dari datang mana-mana masalah ia juga tidak akan kekal,dan akan hadir yang lainnya mengharungi kehidupan.
Jika kehidupan tidak mempunyai masalah,sama saja seperti diri ini tidak ada apa-apa.
Jangan pernah sesekali menyalahkan hidup,mungkin ini sudah tertulis,mungkin saja ini perjalanan hidup kita sebagai seorang manusia yang akan mempunyai dugaan dimasa akan datang,terima apa adanya,selesaikannya.

Jumaat, Februari 04, 2011

Pagi Yang Gelap....


Di pagi yang mendung ini,mendengar burung-burung berkicauan keriangan diatas pokok,tidak mengihiraukan apa yang terjadi,tetap dengan pendiriannya,menyanyi bersama-sama.Pagi hari ini sungguh gelap,bukan selalu kebiasaanya.Bagai mahu hujan langit terapi mendung gelap lamanya.Masih belum dengar segala keriuhan diwaktu pagi.Masih menanti cerah matahari menyinari.
Berjalan keseorangan diri menghirup udara segar diwaktu pagi,kabus menjadi teman setia dari pandangan seluruh ruang diwaktu pagi.Mengiringi bunyi burung dimana-mana keriuhan menanti menjelang fajar menyinar.Mungkin saja masih lagi dibuai mimpi diwaktu pagi ini,menyelubungi tubuh dengan selimut merasai kesejukan diwaktu pagi.Ada yang sudah bersiap untuk berangkat pergi untuk bekerja,hanya mencari sesuap nasi,tidak apalah,hanya ingin menyimpan duit poket sahaja,segelintirnya.
Mengambil posisi diwaktu pagi,adalah waktu yang masih lagi dihurung kesunyian,senyap tanpa suara,menjadi sekali lagi sebagai teman tidak berbicara.Walaupun setiap hari melihat harinya pagi menjelang,mungkin ini yang akan menjadi yang terakhir melihat pagi,walaupun tidak selalu menghayatinya apabila menjelang sesudah subuh.
Ketika diwaktu pagi,tidak tahu apa yang mahu dibuatnya,duduk termenung melihat sisi langit yang gelap awannya,mendung tak terkira,tetapi ia adalah pagi yang gelap,bila tiba waktu hujan,kesejukan terasa.
Pagi menjelang setiap hari,hari-hari tidaklah sama,walaupun ia berulang kembali namanya setiap minggu.Apa yang terjadi pada setiap hari,peristiwanya berbeza apa yang berlaku sekarang,tidak sama setiap hari berlaku,beginilah selalu.
Perkara diwaktu pagi akan mungkin juga dilupakan.Inilah diwaktu pagi,pelbagai cerita mulai terukir dari mana-mana sudut yang hadir.Berumur sudah lanjut,menginginkan ia pergi biarlah dalam ketenangan seperti hadirnya diwaktu pagi ini.Ajal tidak kira umur,ia pasti datang menjemput.
Ayam berkokok menandakan ingin semua turut serta bangun dari tidur yang sudah lama terbaring dari malam lamanya dibuai mimpi yang kadanganya sudah-sudah atau tidak sudah dikunjung datang.

Lekas bangun dari tidur berkepanjangan....
Menyatakan mimpimu..
Cuci muka biar terlihat segar..
Merapikan wajahmu..
Masih ada cara menjadi besar..
Memudakan tuamu..
Masih ada cara menjadi besar...

Bangun dari tidur kita,masih ada lagi cara menghadapi segala masalah yang akan datang menemui kita,selagi kita masih hidup ini,masalah tidak akan pernah selesai,akan hadir selalu sahaja habis menyelesaikan suatu masalah.Sampailah kita mati.
Bersiap menjelang hari-hari yang kita lalui,seawal pagi yang masih belum lagi menyinar fajar,mempunyai tekad.Akan maju kehadapan.
Masih terjaga melihat langit masih lagi tidak berubah,apa yang sudah terjadi,bila sudah masanya,sampai juga kedatangannya.

Khamis, Februari 03, 2011

Sebutir Peluru Untuk Kekasih....



Lengkap seluruh tubuh dengan semangat.Semangat yang tak pernah ada atau hadir dalam diri.Persiapkan segala benda.Senjata keperluan asas,sasaran ditetapkan serta merta,perasaan sudah tiada lagi kata maaf,membuat perkara ini kerana sudah tidak tahan lagi dengan sikapnya.Memilih menggunakan senjata api,kerana ia menjadi pilihan menggunakan jarak jauh jadi sasaran.
Hanya sebutir peluru yang sudah tersimpan rapi terpaksa digunakan.Tiada kata bincang,tiada kata tanggapan.Berangkat seawal pagi,berkemas senjata,senjata api yang setiapnya hanya sebutir peluru yang telah dimasukkan kedalam senjata itu.Tiada niat,dia yang paksa,bukan paksaan,kerana ini yang membuat diri menjadi tak keruan.Selalunya biasanya hanya tidak begitu,tetapi hanya peluru jalan yang terakhir.Melihatnya berdua-duaan dengan seseorang,itulah apa yang dirasa.Bukan hati ini cemburu sebab ia sudah bukan lagi sebagai kekasih,tetapi janji telan menelannya,hilangnya sebuah kata-kata yang dulunya tidak akan bersama-sama sesiapa dan akan bersama lagi bila sudah selesainya masalah yang dihadapi.Balas dendam adalah jalan bagi selesaikan masalah ini walaupun yang bukanlah jalan yang betul.Tidak terkira,seperti sudah dirasuk,biarkan sajalah apa yang akan berlaku nanti,mengacukan senapang patah dari jarak jauh dengan tetapan sasaran yang pasti itulah akhirnya,walaupun tahu apa akibatnya,bila sudah seakan dirasuk ini,apa pun sanggup lakukan.Peluru pusaka inilah yang terakhir. Tetapkan waktu,tarikh yang sekian lama sudah dirancang akibat menyaksikan sesuatu yang tak kunjung datang.Walaupun ini hari terakhirnya aku bunuh dengan tembakan ke arahnya,mesti suatu hari nanti aku juga yang akan dapat balasan atas perbuatan aku ini.

Inilah hal yang terakhir yang aku beri..
Bukan kata puisi malah ia adalah reaksi wajah...
Walaupun ia tidak dipastikan..
Terima saja kematian dengan cara ini..
Menangis sudah tiada guna.. Sejak pertama kali bersua muka..
Bukan berniat untuk berkenalan..
Tetapi jodoh tidak kemana..
Bersama-sama walau kemana..
Entah tujuan masa hadapan menjadi igauan..
Sudah janji yang diberi...
Dilanggar lari.....
Sudah tidak ingat lagi.....
Apa yang sudah terucap dahulu dan aku beri..
Aku beri sahaja peluru ini sebagai kenangan...

Menghantar pesanan,mengatakan bahawa bunyinya begini..

"Hari ini langit terlihat mendung,hadir angin meniup bayu,sangka salam bukan datang,peluncur laju bagai halilintar,menuju kesasaran"

Aneh yang menerima,apa maksudnya,masih dalam kebingungan.Masih melakukan hal biasa.Aku,masih dalam keadaan berjaga-jaga,kemana arahnya,masih dalam kawalan aku.Genggam erat senjata tidak dilepas,memilih waktu hari hujan lebat sebab tiada kesan bunyi yang menyeluruh.Tiada teman yang menemaniuntuk membunuh si gadis,melakukan sendiri perkara ini.Waktu sudah hampir,sangkaan yang bermain di otak ternyata betul,si gadis tidak serik-serik keluar dengan lelaki lain,jarang untuk berjumpa dengan gadis yang jujur,peluru jadi santapan pada hari ini.Nanti sajalah.Perubahan yang dinantikan tidak dikunjung datang.Sudah pun masanya,terpaksa melakukan hal yang tak pernah lakukan.Ini terpaksa akibat pujuk rayu dari entah mana suara.
Melihatnya keluar,hujan renyai dengan dentuman guruh berkumandang.Aku berada di atas bumbung bangunan yang dikatakan sebagai lokasi yang sesuai.Menyadari sebagai hanya manusia biasa yang lemah.Tetapi apakan daya,sudah terlambat. Peluru sudah pun bersedia ingin menembusi tubuhnya,tidak sabar,bagai dirasuk. Bagai tiada perasaan,mengacukan dari jauh..
*BANG!!*
Dengan hanya sebutir peluru yang sudah disediakan,terus menembusi kepala,berkecai separuh kepalanya,aku terus saja meninggalkan senjata api itu dan terus saja tanpa berfikir luas,aku melompat dari bangunan yang aku bersembunyi tadi dan terjatuh aku dari ketinggian yang teramat tinggi itu.Aku pun sama menemui masa terakhir aku sendiri. Gadis tadi,mati dalam keadaan yang mengerikan,akibat tembakan jarak jauh yang sangat tepat dari hasil selidikan.Berakhir sudah dendam yang dikatakan hanya membuang masa ini. Masalah cinta ini hanyalah biasa saja,pandai gunakan,pandai simpan.
Apa pun,cinta hanyalah anugerah Tuhan yang tak ternilai,masih ada yang tak pernah bersyukur,atau menghargai,menggunakan cinta untuk memuaskan nafsu,ini bukan jalan yang terbaik.

Ingat Selalu Kehadirannya....

Inilah sunyi yang dicari,sebuah tempat yang tak mungkin di duduki oleh diri sendiri jika sudah bersiap diri.Bunga yang mekar,tiada bau,melihat hadir sanak-saudara.Ruang ini,hanya menempatkan seorang sahaja,melihat sisi gelap,tidak menghiraukan waktu,sedih,bila sudah dikesali.Hanya bertemankan serangga-serangga kecil pada hakikatnya,walaupun dari mata halus,kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.Adakah ia baik-baik saja.Tiada makanan minuman,yang diatas dari jejak tanah mengiringi dengan nada yang sayu keesakan tangis yang tidak henti dari orang yang ada kena-mengena dengan diri ini.Berselimut yang hanya berwarna putih,tiada warna lain jka permintaan sendiri,ruang ini sudah pun ditetapkan peraturan yang amat ketat.Tiada teman hendak berbual,ingin menangis,menangis saja.Kepanasan atau kesejukan,biasa terasa,di hadiri dengan serangga kecil yang seakan kelaparan,ingin berteman katanya kepada diri ini.Tidak dapat menggerakkan badan.Kesakitan.
Melemah dan melemah,terbaring tidak tahu berapa lama sudah.Tubuh mulai punah,sakit tak terperi,tidak merasai yang masih bernafas,tidak mengetahui apa yang berlaku.Kematian pelbagai cara.Setiap orang tidak sama,sakitnya pun tidak sama.Tiada penjelasan yang tepat apa yang berlaku,hanya Allah S.W.T yang mengetahui semuanya,segalanya.Tidak pasti apa yang akan terjadi,itulah apa yang dapat dibayangkan hanya sekadar untuk renungan seketika.
Pada saatnya nanti,telah ditetapkan,mungkin akan menyesali dengan keadaan ini,mungkin saja yang telah pergi jika diberioleh Allah S.W.T untuk kembali semula menemui kita dan bercerita tentang keadaannya,pasti kita akan meninggalkan perkara yang buruk,sebab,apa yang berlaku disana,manusia yang hidup tidak akan mengetahui apa yang berlaku.Dengan nada-nada yang memanggi seakan ingin hadir dan menjemput.Tergamam seketika.Menggigil entah kenapa,sudah masanya yang mengetahui akan pergi buat selama-lamanya walaupun tubuh yang asal masih ada didunia.
Berjalan menuju kesunyian,tiada sesiapa di ruang yang sunyi,siang malam pagi petang,hanya diperhati,oleh yang tak pasti.Tidak boleh berkata-kata diri ini.Hanya melihat apa yang didengari diluar sana.

"Demi masa ini...
Sungguh kita tersesat..
Hanya menghiaskan yang haram jadi perhiasan..
Kerana kita ini manusia..
Pada saatnya nanti ketika sampai sudah masanya..
Pada siapa untuk memohon perlindungan yang dulunya kita lupakan..
Kita menyesali dan kita akan merugi..."

Seindah permandangan bagi yang berkelayakan akan merasa tenang sebab ia mengikuti peraturan yang ditetapkan.Seburuk permandangan bagi yang tidak berkelayakan akan merasa sengsara sebab ia tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan.Kematian ini hanya hadir bila-bila masa sahaja,yang mempunyai tiket,tiket ini adalah amalan,tetapi tiket ini seperti tambahan,iaitu perlu penuhkan selagi masih berhayat ini.Sakit yang tak terperi,apatah lagi di hiris pisau,tangan terbakar hanya senyala api.
Tiada siapa yang mahu kematian ini hadir kepada diri ini.Tetapi sudah itu kehendak-Nya,kita harus menerima.Bukan kita mati serentak,akan ada giliran.Bersiap,giliran kita yang keberapa,mungkin yang seterusnya.
Meratapi bukanlah cara yang paling harus diikuti selalu,ia akan menyiksakan diri yang telah pergi,jangan begini,yang telah pergi,biarlah,sampai masanya,kita pula.......semua akan merasainya,tidak perlu ganggu kepermegiannya,kita juga akan pergi....ini apa yang berlaku kepada mereka..kita juga akan merasa,jadi,tunggu...termasuk juga si penulis blog ini.....