Khamis, Februari 03, 2011

Sebutir Peluru Untuk Kekasih....



Lengkap seluruh tubuh dengan semangat.Semangat yang tak pernah ada atau hadir dalam diri.Persiapkan segala benda.Senjata keperluan asas,sasaran ditetapkan serta merta,perasaan sudah tiada lagi kata maaf,membuat perkara ini kerana sudah tidak tahan lagi dengan sikapnya.Memilih menggunakan senjata api,kerana ia menjadi pilihan menggunakan jarak jauh jadi sasaran.
Hanya sebutir peluru yang sudah tersimpan rapi terpaksa digunakan.Tiada kata bincang,tiada kata tanggapan.Berangkat seawal pagi,berkemas senjata,senjata api yang setiapnya hanya sebutir peluru yang telah dimasukkan kedalam senjata itu.Tiada niat,dia yang paksa,bukan paksaan,kerana ini yang membuat diri menjadi tak keruan.Selalunya biasanya hanya tidak begitu,tetapi hanya peluru jalan yang terakhir.Melihatnya berdua-duaan dengan seseorang,itulah apa yang dirasa.Bukan hati ini cemburu sebab ia sudah bukan lagi sebagai kekasih,tetapi janji telan menelannya,hilangnya sebuah kata-kata yang dulunya tidak akan bersama-sama sesiapa dan akan bersama lagi bila sudah selesainya masalah yang dihadapi.Balas dendam adalah jalan bagi selesaikan masalah ini walaupun yang bukanlah jalan yang betul.Tidak terkira,seperti sudah dirasuk,biarkan sajalah apa yang akan berlaku nanti,mengacukan senapang patah dari jarak jauh dengan tetapan sasaran yang pasti itulah akhirnya,walaupun tahu apa akibatnya,bila sudah seakan dirasuk ini,apa pun sanggup lakukan.Peluru pusaka inilah yang terakhir. Tetapkan waktu,tarikh yang sekian lama sudah dirancang akibat menyaksikan sesuatu yang tak kunjung datang.Walaupun ini hari terakhirnya aku bunuh dengan tembakan ke arahnya,mesti suatu hari nanti aku juga yang akan dapat balasan atas perbuatan aku ini.

Inilah hal yang terakhir yang aku beri..
Bukan kata puisi malah ia adalah reaksi wajah...
Walaupun ia tidak dipastikan..
Terima saja kematian dengan cara ini..
Menangis sudah tiada guna.. Sejak pertama kali bersua muka..
Bukan berniat untuk berkenalan..
Tetapi jodoh tidak kemana..
Bersama-sama walau kemana..
Entah tujuan masa hadapan menjadi igauan..
Sudah janji yang diberi...
Dilanggar lari.....
Sudah tidak ingat lagi.....
Apa yang sudah terucap dahulu dan aku beri..
Aku beri sahaja peluru ini sebagai kenangan...

Menghantar pesanan,mengatakan bahawa bunyinya begini..

"Hari ini langit terlihat mendung,hadir angin meniup bayu,sangka salam bukan datang,peluncur laju bagai halilintar,menuju kesasaran"

Aneh yang menerima,apa maksudnya,masih dalam kebingungan.Masih melakukan hal biasa.Aku,masih dalam keadaan berjaga-jaga,kemana arahnya,masih dalam kawalan aku.Genggam erat senjata tidak dilepas,memilih waktu hari hujan lebat sebab tiada kesan bunyi yang menyeluruh.Tiada teman yang menemaniuntuk membunuh si gadis,melakukan sendiri perkara ini.Waktu sudah hampir,sangkaan yang bermain di otak ternyata betul,si gadis tidak serik-serik keluar dengan lelaki lain,jarang untuk berjumpa dengan gadis yang jujur,peluru jadi santapan pada hari ini.Nanti sajalah.Perubahan yang dinantikan tidak dikunjung datang.Sudah pun masanya,terpaksa melakukan hal yang tak pernah lakukan.Ini terpaksa akibat pujuk rayu dari entah mana suara.
Melihatnya keluar,hujan renyai dengan dentuman guruh berkumandang.Aku berada di atas bumbung bangunan yang dikatakan sebagai lokasi yang sesuai.Menyadari sebagai hanya manusia biasa yang lemah.Tetapi apakan daya,sudah terlambat. Peluru sudah pun bersedia ingin menembusi tubuhnya,tidak sabar,bagai dirasuk. Bagai tiada perasaan,mengacukan dari jauh..
*BANG!!*
Dengan hanya sebutir peluru yang sudah disediakan,terus menembusi kepala,berkecai separuh kepalanya,aku terus saja meninggalkan senjata api itu dan terus saja tanpa berfikir luas,aku melompat dari bangunan yang aku bersembunyi tadi dan terjatuh aku dari ketinggian yang teramat tinggi itu.Aku pun sama menemui masa terakhir aku sendiri. Gadis tadi,mati dalam keadaan yang mengerikan,akibat tembakan jarak jauh yang sangat tepat dari hasil selidikan.Berakhir sudah dendam yang dikatakan hanya membuang masa ini. Masalah cinta ini hanyalah biasa saja,pandai gunakan,pandai simpan.
Apa pun,cinta hanyalah anugerah Tuhan yang tak ternilai,masih ada yang tak pernah bersyukur,atau menghargai,menggunakan cinta untuk memuaskan nafsu,ini bukan jalan yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan