Sabtu, Februari 12, 2011

Pabila Bunyi Sudah Tidak Sama Lagi...

Mana datangnya bunyi ini,seakan merdu terasa melalui dihadapan telinga.Tiba-tiba saja merubah kepada bunyi yang lainnya.Kali ini bunyi seperti mahu berdarah telinga,berdesing tidak henti,sakit menahan perih.Kali ini sunyi pula.Sunyi kali ini,tidak seperti biasanya,dengan kemurungan dalam diri mencuba memecahkan suasana keheningan kesunyian.
Dulu bunyi adalah merdu kedengaran dari sudut telinga,tetapi mulai hilang dari pandangan mata,sudah berubah,tidak lagi sama.
Mengharapkan ia datang dibawa angin layu tersandung kegembiraan,mana datangnya membawa kesedihan,kedengaran suara-suara rintihan memanggil,tidak sama lagi.
Tidak sama lagi yang dulunya kedengaran seperti alunan melodi yang indah seakan-akan menghilang entah kemana.
Andai boleh dirakam kehadiran bunyi seperti mengambil gambar udara yang sedang lalu,pasti boleh tahu apa yang berlaku.
Sedia untuk mencari,bukan datang menanti,keinginan selalu diimpi,itulah begini.Bunyi yang hadir dimana-mana,tolong tiada penjelasan.Kini ia tidak sama,rosak belaka.
Peristiwa akan berulang,kejadian akan datang,amat tidak pasti,kenapa seakan lupa akan yang terjadi.Ingin sekali ia berakhir,tidak mengganggu fikiran,agar tenang biar begini selalu.

"Seakan ingin berteman
bertanyakan khabar dari awal
meninggalkan pada akhir
bunyi telah berubah
tidak sama walaupun sebenarnya biasa"

Mohon kesunyian ini biar berkekalan,apabila bunyi sudah tidak sama,seperti mahu kembali ke masa dulu,yang dulunya,belum berubah lagi tidak sama seperti sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan