Khamis, Disember 23, 2010

Kisah Kancil Dengan Buaya (Versi Mengarut)....


Pada zaman purba dahulu kala,Sang Kancil tinggal di kawasan bukit ini tinggalah (kalau orang,seorang,kalau haiwan,sehaiwan) dia adalah merupakan binatang yang paling pandai di atas bukit dan di dalam hutan. Banyak binatang,animal.heiwan di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja dan dimana jua,dia ni jenisnya suka sangat meminta pembayaran apabila binatang lain meminta tolong kepada Sang Kancil ni.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan dengan perut kelaparan,ia tidak tahu kemana hendak membeli makanan,dia memiliki wang saku hasil ia mencucuk tanam dibelakang rumah pak ciknya,Sang Keldai,di hutan,gerai-gerai,restoren McD,Baser tidak ada,penat hendak pergi ke bandar raya sana,nanti ditangkap,bukan apa,ditangkap pun sebab kecantikannya (alahai...bangganya),jadi,tiada pilihan,ia terpaksa mencari makanan di dalam hutan untuk menghilangkan kelaparannya. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan tidak seberapa enak dan lazat (memilih pulak),Sang Kancil pergi semula ke kediamannya untuk mengembil peralatan renang, kediaman agak jauh,ia mengambil peralatan itu sebab ia sangat dahaga supaya ia boleh ke sungai,iaperlukan peralatan itu,jadi saja-saja nak ke sungai,bosan kat rumah (ada rumah??).Cuaca pada hari tersebut sangat panas gila, menyebabkan kulit Sang Kancil mengelupas dan berasa sangat dahaga kerana terlalu lama berjalan (ialah siapa suruh amik peralatan yang bukan0bukan tu), lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya yang juga tiada kotoran. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus terjun..KECEBURR!!..ke dalam sungai tersebut lalu meminum air sungai itu yang penuh dengan klorin,ia tidak hiraukan langsung lalu meminum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan dan kenikmatan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.Legaaa....

Kancil terus berjalan-jalan menggoyangkan punggungnya menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon,dengan berbekalkan senapang,ia bersandar di pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat (nak yang sedap-sedap saja)". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan daging Tupai iaitu makanan kegemarannya yang terdapat disekitarnya,Tupai tersebut tewas ditangan Sang Kancil akibat tembakan senapang itu. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil yang penuh dengan niat jahat.Kebun tersebut dijaga oleh seorang manusia.

Sang Kancil terus mengangkat senjatanya tanpa terus berfikir,lalu menetapkan sasarannya,tiba-tiba kaki Sang Kancil digigit Semut Api,terlompat beliau keriangan,eh!,silap,ketakutan,lalu,KECEBURR! kedalam sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai sambil menggosok ketiaknya. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur dan menggosok ketiaknya untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya dengan meringankan badannya yang sudah dekat 1/2 jam didalam air,lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata sebesar biji guli dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari sambil berenang ni?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar sedikit gembira,salah,salah,sangat gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".sambil menggosok ketiaknya yang sangat gatal..

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan walaupun kedinginan akibat air sungai yang penuh dengan klorin tu..sabar jelah. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Siji,loro,telu lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai dengan keadaan berenang,sebab,Sang Kancil tidak dapat memanjat tubuh Sang Buaya sebab,badan ia berbau,jadi ia ketuk bahagian kepala bertentangan arus sungai,bolehlah ia seberang sungai dengan pantas. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".Hahahaha..ketawa yang mengalahkan Pontianak Masam Sundal Siang....

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu,lalu berkata.."wahai,Sang Kancil,kami telah ditipu hidup-hidup oleh kamu,tetapi tidak apa,sebelum kamu berjumpa kami seawalnya tadi,kami memang sudah merancang,dan telah berjaya menangkap ahli keluarga kamu,memang rancangan kami hendak melepaskan mereka selepas kamu memberitahu dimana dusun buah-buahan dengan cara baik,jadi kami terpaksa membunuh semua ahli keluarga kamu dengan kejam,sadarkah kamu..saat kamu menyeberangi sungai tadi,kamu boleh menjejakkan kaki diatas air walaupun kamu tidak memanjat tubuh kami?,sebab semua ahli kelurga kamu berada di bawah sungai ini,kami sudah lama merendam mereka,cuma kami tunggu saat kamu sampai,kamilah yang telah menghabiskan makanan kamu..kami mengupah Sang Monyet mencuri makanan kamu,akibat tidak bersyukur hidup kamu dan hanya mementingkan diri,kami terpaksa membunuh ahli kelurga kamu,kenapa kami begitu kejam,mencuri,membunuh?,sebab kami hidup tidak lama,hanya hidup sebagai haiwan yang tidak tahan didarat dan hanya ingin lakukan yang terbaik ketika kami hidup..",begitulah panjang lebar Sang Buaya menceritakan hal yang sebenar kepada Sang Kancil.Mendengar kenyataan tersebut,Sang Kancil merasa sangat menyesal lalu mengambil senapang menembak kepalanya sendiri hingga berkecai.

Setelah Sang Kancil mati,rupa-rupanya,Sang Buaya berjaya menipu Sang Kancil,tiada penangkapan ahli keluarga Sang Kancil langsung,mereka sihat-sihat sahaja,lalu bersepakat dengan kawan-kawannya,pergi ke darat,pergi ke kebun buah-buahan itu,lalu membunuh manusia yang menjaga kebun itu,mereka lebih pandai dari Sang Kancil,hingga sekarang...Kancil-Kancil yang ada sangat takut hendak kendak ke seberang sungai,takut ditipu oleh Sang Buaya lagi..akibatnya..habis buah-buahan di kebun itu habis dimakan oleh Sang Buaya....sebenarnya..Sang Buaya adalah berjaya menipu Sang Kancil dan telah dinobatkan oleh kerajaan haiwan sebagai haiwan yang pandai dan cerdik..(aik?..,siapa yang jahat dan baik ni?..,kenapa ada anugerah pula?...)

Sekian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan