Isnin, Disember 13, 2010

Bermulanya Kisah Nama 'Peristiwa Pejalan Kaki'.....

Aku selalu berharap (angan-angan ingin bernyanyi di khayalak ramai dengan membawa apa-apa lagu,saja-saja je) hendak mencipta lagu sendiri,tak kiralah cipta lagu apa ke,tapi,disebabkan aku ni tiada alat muzik,aku hanya boleh mencipta lirik saja,taklah sehebat mana,bolehlah juga dihayati.

Jadi aku mula berangan kononnya,aku ingin buat band sendiri (padahal hanyalah khayalan semata-mata),nama band ni macam tak masuk akal je,dah banyak dah nama aku letak (huhu),antaranya,Underneath The Apple Tree,Cup With The Bottle,dan yang terakhir (macam-macam) Peristiwa Pejalan Kaki,ha....kenapa Peristiwa Pejalan Kaki?,itulah pasal,nanti aku cerita,tak hanya nak buat band sendiri (angan-angan je),lirik pun aku main buat pakai imaginasi je,dah jadi,tapi semua ada kat Facebook aku yang lama dulu,aku lupa nak salin balik,sekarang,aku dah tak ada Facebook lagi,nak buat macam mana,15 buah lagu aku buat,sayang betul...

Berbalik nama Peristiwa Pejalan Kaki tu,ha..kenapa nama macam tu,kan banyak lagi,nama yang sedap-sedap,macam Kronik,Dawai,dan apa-apa lagi,(kejap-kejap,nama yang aku beri tadi tu macam nama band metal je,huhu,apa-apa jelah),nama tu aku amik semasa aku tengah fikirkan sesuatu,masa tu aku tengah layan Facebook (sekarang dah tiada lagi),layanlah punya layan,aku nak buat nama band sendiri,jadi nama ni terus datang tanpa permisi kata orang indon (apa-apa jelah,hehe),aku amik nama ni pun sebab aku selalu melihat tentang ketabahan manusia yang menghadapi pelbagai dugaan,kalau korang ingatkanlah,amik nama ni sebab itu,tapi kalau liriknya penuh dengan lagu cinta,apa macamkan...aku akan cipta lirik lagu yang seperti mengenai keadaan sekeliling..macam itu.

Peristiwa Pejalan Kaki mengenai suatu ketika manusia berjalan kaki hendak pergi ke pelbagai destinasi,dari kenderaan yang ada,memilih untuk berjalan kaki adalah pilihan,pasti setiap melalui sebgai pejalan kaki mempunyai pelbagai kisah yang tersendiri,dari macam kisahlah senang,panas terik dirasai,hujan renyai mereka tempuhi,tidak sama seperti yang menaiki kenderaan (jangan tersinggung pula),kalau diperhatikan betul-betl,orang yang tidak berkemampuan hanya memilih untuk berjalan kaki sahaja (segelintirnyalah,jadi amik yang berjalan kaki untuk diambil pengajaran ya..hehe),kalau orang yang senang,memilih untuk menaiki kenderaan atau pengangkutan awan yang lebih selesa dan kadang-kadang tidak mau mengambil peduli orang bejalan kaki (adalah segelintirnya lagi,jangan kecil hati pula yang membaca ni ya),sedih tawa ceria dan pelbagai eksperesi di mukakan oleh pejalan kaki ini,tentang kemalangan juga sering dibabitkan kepada pejalan kaki,disebabkan juga sikap penggunaan kenderaan yang ada segelintirnya (lagi) tidak menghiraukan tentang hidup orang lain.Ada juga yang tidak mahu bejalan kaki walaupun sepanjang 10 kilometer,memang penat nak buat macam mana,selain kisah pejalan kaki,kenapa kita tidak memikirkan kisah yang lain?,seperti,hidup susah,senang,dugaan,orang yang tidak cukup sifat,mereka juga ada pelbagai kisah,kenapa aku tidak memilih nama macam ini Peritiwa Keadaan Sekeliling?,mungkin aku ikutkan perasaan,tapi taka pa,mereka yang mencipta nama bagi setiap band itu pasti ada maksud dan ada yang segelitirnya tiada maksud,asalkan mereka berkembang pesat saja,ataupun mengambil popularity saja kot

Jadi itu kot sebahagian (kot?) tentang Peristiwa Pejalan Kaki yang aku nak gunakan dalam band (angan-angan aku) yang aku cipta sendiri,tentang alat muzik tu,aku boleh pelajari seperti gitar,dan pelbagai lainnya,ha..kalau pasal lagu atau lirik tu,aku buat aku masukkan ayat puitis,tentang puitis,dan pelbagai ayat-ayat yang tak selalu digunakan,mungkin akan mengelirukan mana-mana pendengar..hehe..,ala,angan-angan bisa menjadi kenyataan gitu,kata orang..lagu akan aku ikut tema nada suara tinggi penuh,pop,dan lagu ketuhananlah aku cuba akan buat....apa pun nama macam ni korang pasti akan mengertawakan...aku tak kisah...aku senang dan gembira..apa pun akan aku lakukan..jadi..buat sementara ni..nama Peristiwa Pejalan Kaki ni..akan digelar sebagai Peristiwa Pejalan Kaki – Demo..buat sementara..akan aku buat lirik yang bersungguh-sungguh suatu hati nanti,ni sala satu hobi aku selepas seni..nama ni akan korang kenal suatu hari nanti (yelah tu,macam main-main jekan aku,kan dah kata hobi,nak buat macam mana,macam tulah hahaha) habis sudah liriknya aku tak dapat balik kat Facebook...,tapi apa pun tetap semangat..yeahh!...dan kalau nak senang cerita...,aku buat nama ni sebab ia mahu kita mengenal arti kesabaran...yeahh lagi sekali..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan