Khamis, Januari 20, 2011

Kisah Kancil Dan Kura - Kura (Versi Mengarut)....


Ada sebuah kisah,tentang 2 ekor binatang,namanya,Arnab dan seekor lagi,namanya Kura-Kura,dia ni sahabat dari sejak kecil lagi.Mereka ni adik-beradik tiri,bapa Sang Kura-Kura ni,khawin dengan ibu Sang Arnab ni,sebab,ibu Sang Kura-Kura ni,sudah pun lari dengan binatang lain,iaitu,jejaka idamannya,seekor Buaya...mereka berdua ni,taklah sepakat pun,selalu ada je masalah yang kecil,diperbesarkan,ibu-bapa mereka sudah tidak bagaimana hendak menasihati mereka ni...bagaikan anjing dengan kucing...(sekejap!,mereka ni Arnab dan Kura-Kura ya....)
Cerita pun bermula...pada suatu hari,ketika seisi keluarga hendak bersarapan pagi,si ibu ni,menghidangkan lauk ikan masak asam pedas untuk Sang Arnab,itu merupakan makanan kegemaran Sang Kura-Kura,tanpa segan silu bermilu-milu,Sang Kura-Kura ni main jamah je masuk mulut dia...habis sudah lauk tadi...punyalah meradang Sang Arnab ni,lalu bergaduh sesama mereka yang mengambil masa 1/2 jam,ibu-bapa mereka buat-buat tak tahu je...
Dengan tekad dan azam yang separuh tinggi (kenapa separuh je?,sebab,dia tak fikir apa yang dia nak buat tu),Sang Arnab buat pertaruhan nyawa...lalu,Sang Kura-Kura ni tanpa berfikir panjang (ni pun sama) menyahut cabaran Sang Arnab itu.....

****************
Selepas berbulan-bulan bertapa,perlawanan itu digelar dalam kalangan warga binatang sebagai,menggerakan kaki yang yang paling pantas ni bermula (berlarilah.....),mereka telah menyediakan pelbagai peralatan yang agak berbahaya...,Sang Arnab ni,bawa pisau dan segala peralatan tajam,dan Sang Kura-Kura ni pula,membawa segala alatan yang membabitkan herba semula jadi yang boleh mengakibatkan kematian...
Perlumbaan bermula...bunyi Ayam berkokok menandakan bermulanya perlawanan itu...dengan mengetahui Sang Kura-Kura ni lembab bab-bab berlari ni,Sang Arnab terus pecut hilang entah kemana...Zuuuppp!!..,dengan ketawa terbahak-bahaknya...
Ha...yang Sang Kura-Kura ni pula berlari,tapi perlahan je,sabar je,sebab dia tak salah,dah mak tiri dia masak untuk keluarga bapa dia,mestilah dia makan...huhu...
Sang Arnab sudah jauh meninggalkan Sang Kura-Kura..lalu,mengambil pisau,dan letakkan pisau tersebut kedalam tanah untuk menjerat Sang Kura-Kura...jahat betul..
Sang Arnab sudah mula merasa pitam akibat kepenatan..lalu dia berhenti disebuah pondok,dan merehatkan diri dia lalu tidur sekejap sebab dia tahu yang Sang Kura-Kura itu berjalan lambat..
Sang Kura-Kura ni terus berusaha berlari laju,tetapi tak boleh juga,akhirnya,dia sampai ditempat Sang Arnab berehat seketika yang tidak jauh dari situ,tanpa disadari,kaki Sang Kura-Kura terputus akibat bilah pisau Sang Arnab...oh.tidak..Sang Kura-Kura merasa amat sedih..kerana tidak boleh berlari lagi...diadah tiada kaki lagi,hanya satu sahaja,lalu,dengan nekad dan fikirannya,dia berusaha menggunakan kukunya yang kecil itu untuk mengesot kearah Sang Arnab,lalu mengambil herbanya sendiri,dicampurkan Asid dan Alkali,sedikit racun serangga,lalu dituang kedalam mulut Sang Arnab,yang Sang Arnab ni terkejut,lalu hendak mencekik leher Sang Kura-Kura ni,tetapi tidak berjaya sebab,tangan Sang Arnab terputus akibat kesan asid itu,lalu mati Sang Arnab melebur tirai tubuhnya di atas tanah.
Garisan penamat sudah kelihatan,lalu Sang Kura-Kura berjalan perlahan-lahan ke arah garisan penamat itu dengan hanya kaki sebelah sahaja,dan akhirnya dia memenangi perlawanan itu yang tidak disebut sebagai pertandingan kerana bermain nyawa...
Mencuba untuk berdiri,tetapi tidak berdaya..lalu dia rebah dan mati disitu akibat kehilangan banyak darah..dengan kejadian itu..kisah ini diabadikan kepada semua umat manusia untuk menghayati tentang perjuangan berlumba lari yang mengambil risiko ini...
Ibu-bapanya merasa amat sedih...lalu bercadang untuk berpindah ke tempat yang baru.iaitu ZOO...,
Akhirnya,hari demi hari,kisah ini diperbualkan setiap masa..apa yang dibualkan?..,itu aku tak tahu..ha..tentang pasal bergaduh lauk tadi tu,ibu-bapa mereka tidak mahu mengingatkan lauk itu,jadi si ibu ni,mula memasak sotong masak asam pedas pula...mereka bahagia..lalu,si ayah ni main jamah je,lalu bergaduh si ibu ni...aik?..,cerita ni bila nak habis daaaa.....

*Diingatkan cerita ini adalah dongeng semata-mata..cerita ini hanya untuk sesuai dibacakan untuk kanak-kanak yang mula membesar.cerita ini juga boleh memberansangkan otak kanak-kanak..tak tahulah..boleh dibaca untuk semua..tak salah baca..bacalah.jadi dengan konsep asal,pasti kanak-kanak atau anda bosan..haa..jadi aku ubah segalanya..menjadi menarik...haha
Trimas kerana layan.....menarik bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan