Ahad, Januari 16, 2011

Kampung Beracun........

Penuh dengan duka,sedih,tak tahu kenapa,terjaga dari tidur,melihat berbaris penduduk kampung ini dalam keadaan tak tentu arah,aku sendiri pun tidak tahu,sebab aku bukan penduduk kampung ini,seingat aku,aku baru habis berperang, berperang menentang musuh,sejurus aku diserang,terus aku tak ingat apa-apa lagi,lalu,aku tersedar sudah berada dikampung yang entah apa namanya,sejurus termenung seketika,cuba untuk keluar dari rumah salah satu penduduk kampung ini,senjata masih dalam genggaman aku,erat ku peluk,cuba mencari jalan keluar,tetapi tidak jumpa,mereka (penduduk kampung),berjalan membawa sebakul yang berisi buah-buahan,entah kemana mereka membawanya,binggung membelenggu,masih selidik keadaan kampung ini,aku terkejut,melihat segelimpangan mayat yang terbujur kaku,yang baru mati agaknya,kenapa mereka dibiarkan sebegitu sahaja?,masih dalam keadaan bingung lagi,melihat,anak-anak kecil yang tidak mempunyai apa-apa untuk bermain,membawa senjata memburu binatang atas arahan orang tuanya,aku masih juga hairan,melihat segelintir orang tua yang santai ditepi-tepi jalan kampung,bermain kad judi,ketawa terbahak-bahak,aku terfikir sejenak,gembirakah mereka berbuat sedemikian,mana tanggungjawab mereka,anak isteri mereka terbengkalai dirumah tidak diendahkan,keadaan menjadi begitu pantas,dikampung yang riuh tadi,dengan membawa sebakul buah-buahan,orang yang sedih tadi,berduka cita yang tadi aku nampak,lesap entah kemana,siapa mereka,penduduk kampung yang bagaimana?,banyak betul aku fikir,yang harus aku lakukan sekarang ialah keluar dari kampung ini,kampung bunian agaknya,aku harus mencari tempat untuk aku berlindung,malam pun menjelma,aku masih lagi melihat keadaan yang sama,penduduk kampung keluar dari rumah mereka,mereka mengadakan pesta,pesta yang tiada faedah,leka mereka dibuai dengan aksi-aksi yang entah bagaimana hendak dijelaskan,masih melihat mayat yang terbujur kaku yang tidak diendahkan tadi,kenapa mereka tidak mengkebumikan mayat tadi,membusuk sudah,aku digigit nyamuk pada malam itu,masih lagi aku perhatikan,anak-anak remaja leka,masih larut malam masih diluar rumah,sama ada lelaki atau perempuan sama sahaja,mengikut serta dalam pesta berkenaan,aku sebenarnya perhatikan mereka tidak jauh dari semak samun ini,mungkin ada jalan keluar dari sini,kanak-kanak yang berpakaian ala-ala tentera berpegang senjata tadi pulang semula ke kampung membawa hasil ternakan yang diburunya tadi,bukan seekor,bukan 2 ekor,tetapi,kalau dianggarkan,lebih dari 50 ekor,hebat!,kata hatiku,tetapi kenapa harus kanak-kanak,aku sebagai askar,tidak pernah lagi melihat kanak-kanak memburu,remaja-remaja yang tadinya aku lihat mereka mengikut serta dalam pesta tadi,ada yang segelintirnya berdua-duaan entah kemana,apa nak jadi,apa sebenarnya kampung ini?,lantas cuba aku bangun dari
Baru aku sadar,sebenarnya ini kampung khayalan,mencuba mengingatkan kita yang sedang leka,semuanya negatif yang diterima,apa yang sebenarnya yang berlaku dikampung itu semuanya yang kita lakukan sekarang,tapi tiada siapa yang berani tegur,segelintirnya,masih mengikut budaya barat,apa yang aku tulis tadi,harap jangan tersinggung,hendak selamanya begini?,apa lagi gejala negatif yang kita buat tapi tiada yang berani tegur,renung-renungkanlah.....ia penuh dengan racun dalam diri ini....

Selepas aku berjaya keluar dari kampung itu,tiba-tiba waktu di jam tangan ku berputar laju,terus berputar,tiba-tiba,aku terjaga,lalu aku melihat aku di medan perang,askar kami menang dalam perperangan itu,tetapi yang hairannya,mereka kata,semasa berperang tadi aku tidak ada disitu!,apa yang sebenarnya berlaku,adakah kampung itu benar atau khayalan?,adakah ia hadir begitu saja,ia misteri sehingga sekarang...

Aku nak ingatkan lagi,jika ada yang tersinggung itu,aku nak minta maaf terlebih dahulu,aku buat analisis kecil-kecilan,dimana keadaan sekarang yang tak menentu dah berubah dalam keadaan kelam kabut ini,apa yang kita harus lakukan,adakah hanya duduk menunggu?....maaf kalau apa yang ditulis banyak negatif....

Sekian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan