Khamis, Disember 23, 2010

Mencari Makna Melankolia.......


Aku selalu mecari maksud sebenar kesedihan,kesepian, putus harapan dan kesunyian. Aku juga sering mencari maksud tentang melankolia, apa maksudnya melankolia? Samakah maksud itu dengan apa yang aku taip tadi?....Melankolia adalah seiringan dengan kenyataan di atas tadi.. Kalau merungut tentang kesedihan dalam diri sendiri kenapa masuk kedalam "Dunia melankolia". Melankolia atau dalam bahasa inggerisnya "melancholy" membawa maksud kesayuan, kesedihan. Jadi kenapa masih mencari maksud tersirat dalam kesedihan "Dunia Melankolia".

Setiap manusia mempunyai caranya dalam melepaskan perasaan yang tersirat atau terselindung dari pandangan mata kasar manusia. Manakala Melankolia mempunyai caranya dalam kesedihan dan kesayuan. Ada seorang teman aku berkata, kenapa bila sedih saja ditulis kenapa tidak kegembiraan. Dalam kehidupan kita, realiti kehidupan kita adakah kita akan menyuarakan kegembiraan. Ibarat lagu-lagu yang sering diputar dan menjadi idola sekitar adakah lagu kegembiraan. Kita boleh nampak betapa melankoliknya lagu-lagu tersebut dengan kesedihan kehidupan, bercinta dan lain-lain.

Bagi aku tiada yang perlu diseriuskan dalam Melankolia. Ibarat hiburan dikala sepi dan kesedihan dikala kita gembira itu sahaja. bagi tidak perlu siapa sahaja meneroka lebih jauh kedalam mengenai Melankolia. Hanya mainan perasaan yang ditemui jika semakin jauh diterokai. Cukuplah bermain dipermukaan Melankolia dan tidak diteroka jauh ke dasar.Hanya terisi dengan surgaloka Melankolia......hidup hanya terisi kesepian...

2 ulasan:

  1. Baca ini sambil denger lagunya ERK yg brjudul melankolia :)

    BalasPadam
  2. memang maksudnya mengenai kesedihan ye.. sahabat saya kate cinta yg tersagt extreme..huu

    BalasPadam