Selasa, Disember 07, 2010

Kenapa Allah Turunkan Bala...

Pelbagai persoalan timbul mengenai bala yang merisaukan banyak pihak.Tetapi apakah sebenarnya bala itu? Bala dalam bahasa Arab bermakna hukuman daripada Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian daripada perintah Allah SWT.Bala merupakan satu bencana yang Allah turunkan kepada sesuatu kaum atau berkelompok manusia pada situasi dan memberi impak yang tidak dapat dibayangkan oleh magsa itu sendiri.Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya? Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yang terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan orang lain? Bala ini pernah terjadi di zaman para Anbiya’ sebelum Nabi Muhammad SAW,seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 Surah al-‘Araaf yang bermaksud:

Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) rebut taufan,belalang,kutu,katak dan darah,sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim,mereka menjadi angkuh dan sombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi).

Begitu juga Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan terkutuk yang disifatkan oleh Nabi Lut sebagai perbuatan yang tidak pernah berlaku di dunia sebelum itu,Maka,Allah musnahkan mereka tanpa memberi peluang untuk mereka bertaubat.Sesungguhnya bala tidak diturunkan,melainkan kerana kesalahan yang dilakukan oleh manusia.Bezanya umat nabi terdahulu dikirimkan bala tanpa memberitahu isyarat atau tanda.

Kehadiran bala itu dapat dikesan oleh mereka yang kuat berpegang kepada agama dengan pelbagai kaedah,pendekatan dan bentuk tertentu.Ini menandakan bahawa Allah SWT amat sayang kepada kita hingga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera mengingati-Nya,boleh juga disifatkan diri kita sebagai hamba emas yang amat disayangi di sisi Allah.Jelas di sini bahawa kesalahan umat terdahulu sehingga Allah menimpakan pelbagai bentuk bala kerana melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka.

Tetapi kita perlu ingat,bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku di zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah berlaku ketika itu.Ini dapat kita lihat pada hari ini seperti penyakit Hiv,selsema burung yang menggerunkan banyak pihak,penyakir agar manusia kembali ke pangkal jalan.Sepatutnya sebagai umat Nabi Muhammad kita Berjaya meloloskan diri daripada bala-bala yang disebutkan di atas,tetapi kenapa berlaku juga? Ia merupakan satu persoalan yang patut kita cari jawapannya dengan segera.Mengapa?

Tidak lain dan tidak bukan supaya kita tidak melakukan perkara yang menyagah tuntutan agama.Selain sanggup menggadai maruah agama,mari kita selidik secara halus tindakan manusia hari ini yang mengundang bala daripada Allah.Misalnya,program hiburan juga merupakan salah satu penyebabnya.Perhatikan reaksi manusia selepas tamat program-program seumpama itu.Laporanakhbar arus perdana menyebut,70 pasangan Melayu dari peringkat usia 15-40 tahun disaman atas pelbagai kesalahan hingga ibu bapa mereka turut dipanggil ke pejabat agama.Kesalahan mereka yang dikenak pasti kerana meminum arak,berkhalwat dan bermacam-macam jenis maksiat yang canggih-canggih,ini tidak termasuk laporan yang menyebut 21 kes anak luar nikah berlaku dalam tempoh sebulan baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan