Khamis, Disember 30, 2010

Siapa Hipster....?

Assalamu'alaikum....apa khabar...kalian..buat apa,termenung?.,dah sudah sampai penghujung tahun 2010 ni,dah punya azam baru..?,mestilah ada..ni cerita penutup tirai aku...cerita pasal apa..cerita tentang anak muda zaman sekarang yang sudah Fasionist Loco...,haha..tergila-gilakan fasion...nampak..perkataan Hipster tu..tak pernah dengar tapi nak tahu..macam pernah dengar tak nak ambil tahu,macam dah..macam-macam..oklah..tak banyak cerita..siapa Hipster?..,ia ada dekat disekeliling kalian...tak perasan?...
Ok..menurut mereka (Urban Dictionary)..ia adalah golongan muda yang mempunyai kecenderungan dalam mengaplikasikan kebebasan berfikir,menongkah arus budaya popular,progresif politikal,mempunyai apresiasi tinggi terhadap muzik indie Rock,kreativiti seni visual dan mendukung kecintaan terhadap alam sekitar.Mereka biasanya menolak sikap yang agak emosi majoriti terhadap budaya konsumerisme dan selalu dilihat memakai jenama yang tidak mahal serta menolak fesyen popular.Secara ringkasnya....mereka tak mahu digolongkan dalam mana-mana kelas dan dengan aktiviti apa pun,biasanya rambut dipotong secara tak rata dan terkenal dengan istilah 'asymmetric side-swept bangs' ala-ala mohawk,atau potong tepi,atau potong yang ada dan tinggalkan sedikit yang banyak..ha..tak faham?..,.Gaya seperti itu di-relate dengan hasil kreatif hair stylish dan dicap sebagai 'too edgy' untuk budaya popular terutamanya sekarang.Kelihatan kemas objektif utama mereka.Disebabkan kecenderungan di atas,ramai Hipster terlibat dalam industri kreatif seperti muzik,seni dan fesyen.Wanita juga tidak ketinggalan,fesyen yang mudah dikenali sekarang ialah muzik Indie...budak-budak Indie..
Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan