Khamis, Disember 09, 2010

Peringatan Allah Kepada Yang Lalai....

Sebelum ini sering kedengaran melalui ceramah agama,kuliah dan siri motivasi di media elektronik antara topik yang sering diutarakan ialah mengenai gejala sosial di negara ini.Seringkali ramai yang terlibat dalam gejala sosial seperti bohsia,pergaulan bebas,seks bebas,mabuk,lumba haram dan sebagainya adalah dari kalangan remaja Melayu yang beragama Islam.Dan gejala ini akan lebih ketara apabila pada sebelah malamnya diadakan pesta-pesta sambutan,baik pesta sambutan kemerdekaan,acara keagamaan,meraikan artis dan sebagainya.

Antara sampah-sampah yang perlu dibersihkan oleh para pekerja Majlis Perbandaran dan pihak berkuasa termpatan pada keesokan harinya ialah botol-botol dan tin-tin minuman keras,kotak-kotak rokok dan yang paling menyedihkan ialah kondom-kondom yang dibiarkan bersepah kerana semua benda ini begitu mudah diperoleh di negara ini.

Berbuih-buih mulut para ustaz,pendakwah dan pakar motivasi memberikan nasihat kepada remaja kita agar meninggalkan perkara buruk yang melalaikan manusia.Maka Allah memberikan nasihat (peringatan) sedikit sahaja melalui ombak besar tsunami,barulah dengan sendirinya pesta sambutan tahun baru pada tahun ini dengan rela hati semua pihak tanpa mengenal bangasa dan agama telah membatalkannya.Ini bukanlah bermakna selepas ini para ustaz,pendakwah dan pakar motivasi tidak perlu lagi memberi ceramah memperingati orang awam.

Usaha mereka ini haruslah diteruskan agar kita dapat membentuk generasi yang bermoral dan berakhlak dalam suasana yang aman dan harmoni.Biarlah kita di Malaysia ini menerima peringatan daripada sesama manusia sendiri,kerana sekiranya peringatan ini datangnya daripada Yang Maha Kuasa ia akan melibatkan semua orang,baik yang beramal salih ataupun yang lalai,semuanya akan menerima nasib yang sama.

Dan sikap insaf dan prihatin terhadap mangsa tsunami ini,bagi umat Islam sepatutnya bukan hanya terbatas kepada orang Islam di Malaysia sahaja,ia juga hendaklah melepasi batasan sempadan negara kerana setiap daripada orang Islam ini adalah bersaudara baik yang di Aceh,Sri Lanka,Maldives dan di serata pelosok alam.

Ia juga bukan hanya terbatas kepada malapetaka ciptaan Allah,malah ia juga hendaklah merangkumi malapetaka ciptaan manusia sendiri iaitu peperangan seperti berlaku di Iraq,Afghanistan,Chechnya dan Palestin.

Memandangkan begitu ramai sekali umat Islam yang menderita akibat peperangan,malapetaka,kebuluran,penyakit,kemiskinan dan sebagainya,sudah pastilah tiada masa untuk kita untuk berpesta-pesta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan