Rabu, Disember 08, 2010

Hanya Renungan.....

Masa begitu cepat,apa nak dilakukan sekarang?,apa yang korang fikirkan sekarang?,tentang hidup korang di masa hadapan?,jika ada banyak berbuat salah tu,cepat-cepatlah bertaubat,ala,aku cakap macam ni macamlah aku tak pernah buat salah,betul tak?,memang pun,mungkin salah dan dosa aku lebih besar dari kamu semua....hmm..sedar tak sedar,umur kita makin meningkat,hari-hari lepas sudah ditinggalkan,mungkin hanya memori sahaja yang masih bermain di fikiran sekarang,mungkin juga ada yang dah lupakannya....
Sedih,ceria,marah,dan bermacam-macam lagi mungkin yang ada dalam benak fikiran korang sekarang,apa yang nak takutkan atau risau...kita juga akan merasa hari tua...dan akan menutup mata juga..ada yang mengatakan..bila hari tua saja kita akan meninggal,tidak juga,sebab,kanak-kanak,remaja,orang dewasa,dah pergi dulu sebelum kita semua..ada yang masih nak mengejar sesuatu yang digelar sebagai harta dunia.,apa yang mereka sukakan sangat dengan benda tersebut?,hanya nak puaskan nafsu amarah?,tak tahulah nak bagitau macam mana,banyak ragam yang dapat dilihat di luar sana,perasan atau tak,memang ia berlaku setiap hari disekeliling kamus semua..yang miskin,ditindas,bila sudah ada bantuan menolong,barulah nak menjengguk,alahai..tak payahlah..cuba dari awal ikhlas nak bantu..masuk televisyen..baru yang ada simpati nak bantu walaupun tahu mereka susah dah lama disekeliling kamu,ala,bukan nak minta belas ikhsan,sekadar ikhlas dihati..hmm..
Tapi,aku ada tengok suatu program ni kat televisyen,menang wang tunai,hebat juga,tapi,negara mereka penuh dengan rakyat-rakyat yang fakir miskin,ha..nak dibuatkan cerita,ingatkan mereka anjurkan pertandingan wang tunai tu secara live,rupa-rupanya,mereka meminta sesiapa menelefon mereka untuk menanyakan jawapan yang tepat lalu memenangi hadiah tersebut..korang nak tahu siapa yang menang?,orang yang senang..maklumlah,orang susah mungkin ada segelintirnya tidak memiliki telefon..,adil ke?...,nak buat macam mana,begitulah ragam manusia,mungkin banyak lagi ragam yang mungkin kita semua tak tahu,tapi hakikatnya...begitulah..maaf jika ada yang tersinggung,itu sedikit apa yang aku lihat dengan benar keadaan itu..Assalammu'alaikum......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan