Rabu, Disember 08, 2010

Ambil Ikhtibar.....Sekejap

Hari ini (Rabu,8/12/2010),aku menonton televisyen bersama seisi keluarga,aku menonton siaran RCTI,jadi sudah kebiasaan petang aku menonton televisyen siaran indon,hehe,jangan salah anggap pula,cerita yang aku tonton itu memang banyak pengajarannya,eh lupa pula,tajuk cerita itu alah MINTA TOLONG!,ha..,cerita ini pasal sesiapa sahaja yang ada masalah dia akan meminta tolong kepada sesiapa sahaja untuk menolongnya,dia meminta tolong dengan membawa pelbagai barang setiap episod program itu,ada yang bawa bakul untuk dijual bagi ia boleh dapat wang untuk membeli makanan,dan bermacam macam lagi dia akan meminta tolong,bagi sesiapa sahaja yang menolong dengan ikhlas ni,dia akan menerima ganjaran dari TIM MITA TOLONG!,hanya wang tunai sahaja.
Tapi,episod kali ini (Rabu,8/12/2010),memang menyetuh perasaan aku betul,ia tentang seorang mak cik ni lah,dia melihat cucunya kelaparan meminta makan kepada mak cik ni,jadi tak sampai hatinya,dia mengambil keputusan,mengambil anak patung milik cucunya itu untuk dijual.
Jadi,mulalah kisah kali ini tentang menjual anak patung untuk membeli makanan,pelbagai dugaan juga orang ni nak jual benda alah ini,memang sedihlah,ada orang ingatkan dia gila,maklumlah orang miskin,siapa nak percaya,kalau jual kat orang kaya....punyalah berkali-kali jumpa orang nak jual anak patung dia,macam-macam itu jugalah ragam manusia yang dijumpainya,tak ada duitlah,ada yang kaya,tapi..entahlah,memang banyak songel la senang nak cakap..hmm...
Kekentalan mak cik ni dah selalu aku tengok episod-episod lainnya,tapi,yang membeli nilah aku terasa betul,sebab,dia cacat,dia beli patung tak banyak cakap,terus membeli apabila mak cik itu mahu menjual kepadanya,selepas dia menolong mak cik itu,datang orang TIM MINTA TOLONG!,menghampirinya,lalu berpura-pura bertanya kemana arah jalan,lalu mulalah bertanya siapa punya patung itu,dapat dari mana,kenapa hendak menolong orang tersebut,orang cacat itu berkata ia membeli sebab dah memang manusia harus saling tolong menolong,ikhlas lagi,lalu bagilah orang dari TIM MINTA TOLONG! wang kepadanya,bersujud dia bersyukur kepada Illahi,kerana memberinya ganjaran yang tak pernah diterimanya,inikan orang cacat menolong,apatah lagi orang kaya,sihat fizikal,berkemampuan mahu menolong?
Itulah dari awal aku cakap cerita ini ada banyak pengajaran yang aku ambil dan hayatinya,kenapa manusia hanya melihat luaran seseorang itu kotor dan mengganggap orang itu tak baik,miskin tak mau menolongnya,tapi apabila senang orang miskin itu dapat hasil pemberian yang tak ternilai,mulalah nak ambil berat tentang orang itu,padahal masa dia susah dulu tidak mau menolong orang tersebut...beginilah manusia..jadi korang..jangan pula tersinggung pula,aku taip benda ni hanya nak orang sedar je..,menolong itu tak perlu ikhlas,tak perlu mengharapkan belas ikhsan...sekian.hanya ringkas sahaja..faham ya..terima kasih..,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan