Ahad, Januari 30, 2011

Andai Suatu Hari Nanti Aku Pergi...

Perjalanan,masih panjang.Masih panjang lagi perjalanan.Sepanjang dalam perjalanan,mencuba mencari cara untuk sampai ke suatu tempat.Ini jalan aku,semasa aku melaluinya,aku mencuba untuk meredahnya sendiri.Tiada laluan potong,selesaikan masalah yang ada tenang hati.Ketika masih aku ada lagi melihat dunia,banyak hal yang masih tidak aku mengerti lagi,walaupun sudah jauh aku berjalan melihat sisi dunia.Dengan hanya ilmu yang dicari,sesat mungkin akan menghampiri jalan tiada kunjung usai.Masih belum mengenal erti kehidupan,sudah ditetapkan,tidak berdaya.Tidak sekuat yang disangka.Mungkin akan ada kenangan yang masih tersimpan rapi sebelum menutup mata aku ini.Kalau diingat kembali,masih ada lagi kisah-kisah yang tidak dapat dilupakan,tetapi,apakan daya,tidak dapat menerimanya,sudah pun berlalu.
Ingin mengucapkan sesuatu walaupun hanya menghantar pesanan sahaja,SELAMAT TINGGAL,kenapa harus perkataan ini keluar dari bibir ini?,entah,masih lagi dalam runsingan fikiran yang membelenggu jiwa.
Bait-bait yang terucap semasa dulu,agar kau jangan selalu ingat untuk selama-lamanya,biarlah ia hilang bersama-sama debu yang beterbangan.Selama aku berkhidmat sebagai aku,apa yang aku dapat?
Hanya melihat sisi dunia yang tiada penghujung,melihat sebuah kisah yang hadir dengan penutup atau tiada sudah?
Melihat ragam perjalanan orang lain yang tak dijemput datang?
Menyairi berkaitan cinta yang hadir dengan puisi-puisi yang melankolik?
Begitulah,perjalanan yang sudah pun tamat untuk aku suatu hari nanti,ingin sekali tidak mahu lepaskan genggaman yang sudah digenggam erat sejak dulu lagi,mahu tidak mahu,tangisan akan mengiringi kepermegian aku suatu hari nanti.
Aku pergi,kenapa mereka menangisi kepermegian aku ini?
Bukan ke aku sudah pulang ke tempat asal aku,itu masa akan datang,andainya berlaku begitu,kenapa harus sedih dengan kepermegian aku ini?
Pucatnya wajah yang mempamirkan kearah kesedihan,terbaringlah aku suatu hari nanti,tidak berdaya,kata maaf menjadi kata terakhir yang akan diucapkan kepada semua.
Aku ingin meminta maaf kepada semua,akan suatu hari nanti,aku pergi,janganlah sedih atas kepermegian aku sebagai seorang rakan,kekasih,anak dan apa yang kalian tahu tentang aku ini.Ada yang tidak layan,tidak mengapa,wahai kalian,mungkin kalian akan pergi suatu hari nanti,perjalanan yang jauh ceritanya sudah pun tamat.
Andai tiada lagi wajah aku ini untuk tatapan mata kalian,ada yang suka mendengarnya,atau melompat keriangan,sambil bertepuk tangan? Andai juga,seksama yang berlaku kepada diri sendiri atau pun kalian,siapa yang sanggup membuat seperti itu?
Akan suatu masa dulu,banyak hal yang tak pernah kunjung selesai dengan damai,mohon dihapuskan segera dan janganlah disimpan rapi dalam memori ini,kenapa masih berlaku sedemikian yang begini? Itu biasalah berlaku,kerana aku,kau,kamu akan pergi meninggalkan tempat yang hanya tumpangan yang sementara ini,selamat tinggal..
Merasa kasihan kepada orang lain,terutamanya yang dikenali ataupun tidak,tetapi diri ini selalu tidak pernah dikasihani oleh sesiapa,jarang.Bukan hendak seseorang itu mengenang kepermegian diri ini,tetapi mengharapkan doa dari kalian sahaja.
Tidak menaiki kenderaan,hanya dijemput dengan cara yang agak mudah,hanya berpakaian yang agak mudah,yang dipakaikan oleh orang lain sahaja.
Kisah ini sudah pun akan menghampiri kehabisan,tidak mengingati kisah yang lalu,apa yang berlaku,tidak selalu ingin mendayu-dayu.
Tak akan berkata apa lagi,ini yang terakhir,sejak melihat aku bertemu kamu,bukan ingin dilepaskan genggaman kamu itu,selalu pergi tinggalkan aku.Sehingga sudah masanya aku pergi tinggalkan kamu.Selamat tinggal.
Banyak lagi kisah yang aku masih tidak pasti apa isinya,tidak mahu mengingati kisah yang lalu,terus melihat kehadapan,walaupun mempunyai banyak kisah berlaku,tiada antara,tiada penghantar.Jalan aku masih panjang,jalan aku sendiri masih belum diperbaiki,siaran tergendala dimana-mana,aku harus memperbaikinya serta merta sebelum aku pergi,pergi selama-lamanya.
Terus tiada antara kita sebelum menutup mata...andai itu takdir untuk aku pergi,marilah sama-sama mengharungi dengan cara yang berbeza..hari-hari berlalu begitu cepat tanpa terasa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan