Sabtu, Januari 08, 2011

Lorong Gelap.....

Warung tiada pengunjung...

Ditemani lampu minyak tanah...

Menyinari malam yang sunyi...

Kerusi bangku tersusun rapi bertemankan meja.....

Bunyi anjing menyalak menghangatkan suasana...

Tak hiraukan...tak hiraukan...

Angin bertiup kencang...

Sesuatu yang diharapkan mohon jangan...

Warung..masih tiada pengunjung...walaupun waktu sudah menunjukkan jam 12.00 malam..

Gelap jalan lorong di kampung..

Kiri kanan sama sahaja...

Berbentangkan pusara...

Anjing menyalak lagi..lebih kuat berbanding biasa...

Lampu minyak tanah mulai samar-samar bercahaya akibat tiupan angin malam...

Menyadari masih malam..

Teruskan perjalanan meyusuri lorong kampung menaiki basikal..

Teringat pula di kepala mengenai cerita sana sini penduduk kampung...

Mengenai lorong kampung yang di beri nama Lorong Mata Wanita...

Sambil mengayuh basikal...

Terbayang-bayang soalan kenapa diberi nama sebegitu...

Asalnya...seorang wanita telah dibunuh oleh orang sakit jiwa lalu matanya dicungkil keluar....dan mati...

Kuatkan diri...masih mengayuh lagi...

Entah berapa jauh lagi...hendak meyusuri lorong ini...

Akhirnya...lorong yang selalu jadi bual mulut penduduk kampung...

Terpaksa aku laluinya..ini kerana...pulang dari rumah rakan..

Tiba-tiba..bulu romaku mulai berdiri tegak...

Oh...lekaslah aku sampai rumah

Basikal yang tadinya baik sahaja...sekarang tiba-tiba sahaja rosak...kenapa...begini?

Hmmmmmm.....hmmmmm....hmmm....

Bunyi merdu suara wanita kedengaran...

Merdu sungguh bunyi itu...

Sekilas pandang terasa seperti lalu lalang sosok tubuh manusia melintas..

Adakah cerita itu betul?

Tiba-tiba....

Aku terkejut....melihat tubuh wanita itu didepan mata aku sendiri...

Wanita itu jelas tanpa biji mata....menjerit kesakitan

Rintihan yang tiada penghujung..

Roh yang gentayangan...keadaan menjadi kelam kabut..

Menjerit si jelmaan wanita itu dengan ketawanya...

Aku terdiam terpaku...

Lalu keadaan menjadi pantas....

Entah kenapa aku waktu sudah pun pagi...lalu aku dikejutkan oleh seseorang...

Rupa-rupanya..orang kampung..aku merasa agak hairan...

Kenapa boleh ada cerbisan kain putih terselit dibaju aku ni?

Apa yang berlaku sebenarnnya..apa yang berlaku malam tadi.!!

Semenjak itu..aku sudah tidak keluar malam lagi..

Perkara itu menjadi misteri sebab...orang kampung menjumpai aku dihadapan surau berhampiran rumah rakan aku...

Apa yang berlaku malam itu dan di lorong itu...

Adakah ia benar......

Akan aku senyap sahaja kisah ini....

Dan tiada seorang pun tau....

Mengenai lorong itu yang dianggap ada "penghuni" sekitar malamnya walaupun disitu tempat orang lalu lalang disiang harinya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan