Isnin, Januari 17, 2011

Kerana Itu Adalah Tarian Boneka.....


Seseorang telah menggerakkan boneka itu,tarian patung boneka amat diminati oleh penggemar boneka,yang kita tahu,boneka lain dari patung,sebab,lebih terperincinya,boneka terbuat dari kayu,berbanding,patung,yang diperbuat dari kain,jadi,ini tentang boneka,gerak tarian boneka yang tidak kita pernah sesekali hayati,kenapa boneka?,sebab,geraknya tariannya adalah sangat padat dengan talinya,mula dipegang pangkal hujung tali boneka itu,kenapa harus boneka?,tunggu habis cerita ini..
Penuh perasaan,daya pemikiran yang sengaja dikosongkan,hayun jari jemari,gerakan tubuh badan yang mempesona,si boneka pun tergerak tubuhnya yang bersasa kayu,kaki melangkah luas,di atas pentas,alunan muzik perlahan,dengan di iringi biola,seperti muzik yang tidak berbunyi,menari tanpa henti,seperti juga dirasuk,gerak maju berirama,bagai hidup,detaknya dimana-mana,seperti udara,mengambil langkah,terapi imaginasi,luasnya,pandangan melihat posisi,tiada pengunjung,tidak apa-apa,harapkan oleh pemainnya,biar kepuasan,boneka yang beralun dengan irama bayu seakan-akan dibawa angin ini,bagai tidak dapat dihentikan,berhenti kerana letih tangan,biarkan debu-debu beterbangan,bermain menerusi hati,tiada gangguan yang boleh mencelarukan hati sendiri,senang melihat tariannya,walaupun ada seseorang yang mengawalnya dengan jari-jemari,tidak apa-apa dia kata,pakaian boneka itu dihiasi dengan corak yang amat abstrak,sangat cantik,adakah ia tarian boneka yang dikawal oleh seorang wanita?,sebab kelembutan hanyalah ada pada wanita,jika lain cara mengawal boneka itu dengan cara kasar,ia akan lain jadinya,sangat berlainan,jika ditanya,bila akan berhenti bermain sebegituan?,mungkin katanya,bila sakit seluruh badan bermain begitu,bermain secara keseorangan,diruang yang sunyi,hanya sekadar hobi,membawanya pergi selalu,mengukir boneka yang akan dimainkan dengan tali yang sangat kuat,meringankan badan bermain boneka,sekali lagi,berulang kali,berkali-kali,sampai lelah hati,pagi petang siang malam,hanya memikirkan bila akan berakhirnya tarian boneka ini?,selagi masih hayat dikandung badan,muzik dimatikan,menutup tirai persembahan yang hanya dihadiri oleh bayang-bayang sendiri,bayang yang akan hilang bila tanpa cahaya,kerana gelap adalah teman setia dari waktu-waktu yang hilang,mengemaskan barang serta boneka,mungkin esok akan bermain lagi,bermain yang dikatakan takkan berhenti selagi masih bernafas,akan berakhir entah bila,boneka kelihatan comot dan tak kemas,bahagian badannya sudah usang,itu mungkin boneka yang selebihnya tersimpan rapi tersusun dirak-rak usang,sangat sedih,kesedihan yang tak terhingga,mencari masa untuk merubahnya,kerana jika merubah keadaan boneka itu sama seperti merubah diri sendiri,boneka yang mungkin takkan bertahan lama,mungkin akan lesap,dan berkahir hangus terbakar,tetapi semangat dalam diri masih ada dan perlu diasahnya lagi,ia hanyalah mainan manusia,mainan buatan manusia,tiada siapa yang boleh hidukannya,kerana kita manusia yang tidak sempurna,hanya boleh merancang,Tuhan yang tentukan,balik kerumah bersiap,membetulkan yang silap tentang boneka itu,kerana itu adalah tarian boneka,kenapa boneka?,kerana boneka seperti tubuh manusia,ada tangan,ada kaki,tetapi itu manusia yang rekanya,sama seperti kita,hanya manusia,ada tangan ada kaki,lengkap,segalanya,Tuhan yang menguasai atas tubuh kita,mencipta kita,cuma kita sahaja yang boleh hidup ini,tentukan keadaan kehidupan kita sendiri,bukan apa...
Kerana itu adalah tarian boneka,yang sama gerak langkah,gerak langkah yang amat tajam,dan sangat tajam,dan juga boleh mencederakan kita.....

Terbengkalai tubuhnya tidak dihiraukan
Hanya ciptaan manusia semata-mata
Katanya sekadar hobi atau menghilangkan bosan
Disimpan rapi tak terjaga
Bermainlah tarian boneka yang mengasyikkan yang takkan melupakan diri sendiri
Kerana tarian ini penuh dengan penghayatan yang harus dihayati
Oleh setiap yang melihat gerakan ini...

Bayang yang hadir tadi hilang serta merta setiap hari diwaktu malam bertemankan cahaya lampu yang dramastik,dan hilang bersama alunan muzik yang sangat susah nak ditafsirkan,tapi katanya,muzik ini menenangkan diri.......tersenyap sunyi,kerana sungguh sunyi tiada lagi yang hadir menyaksikan tarian boneka ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan