Khamis, Januari 06, 2011

Lawak Seminit.....

Ada suatu kisah,pada suatu hari,seorang petugas di hospital sakit telah ditugaskan oleh pihak atasan hospital untuk membawa seramai 35 orang pesakit jiwa menaiki pesawat untuk dihantar ke luar negara untuk pemeriksaan lanjut...jadi kisah pun bermula

Pesawat pun berlepas,pesawat itu menjadi riuh dengan pelbagai gelagat pesakit jiwa yang tak tahu duduk diam,bising,bising,dan bising,si petugas ini telah ditugaskan untuk membawa pesawat peribadi hospital ini,jadi bagi hendak tumpukan perhatian,dia memanggil seorang pesakit jiwa itu...lalu berkata...

Petugas : Kamu...boleh tak kamu beritahu kepada rakan-rakan kamu yang lain supaya senyap sikit?,ni dalam pesawat ni,bahaya...bergegar pesawat ni...

Pesakit : Ya tuan....(tabik spring diberinya)

Petugas : Bagus...

Selang beberapa minit kemudian...pesawat yang penuh dengan pesakit jiwa itu yang tadinya bising tiada lagi sepatah kata atau bising yang didengari lagi...macam mana boleh mereka senyap pula ni?,bukankah susah nak tegur orang gila ni?,baik aku panggil pesakit jiwa yang tadi aku amanatkan suruh merka senyap tadi..

Petugas : Bagus-bagus,sudah senyap pun pesawat ni...tapi macam mana kamu senang-senang menegur mereka sedangkan kamu pun sama seperti mereka?,saya pun susah...

Pesakit : Itu tidak apa tuan,saya beritahu mereka,kalau hendak membuat bising seperti orang gila,baik mereka semua keluar dari sini dan buatlah bising sesuka hati...

Petugas : !!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan