Jumaat, Januari 28, 2011

Kini Ia Tinggal Kenangan....

Rayuan suara memangil nama yang telah tiada,sepertinya tidak dapat berpisah,tidak dapat melepaskan perasaan yang telah pergi buat selamanya.Sepertinya lagi,angin sempoi bahasa melalui ditubuh seperti ingin menarik diri ke suatu tempat,terdiam terpaku,melihat kesunyian gelora air dilautan,melihat sesuatu yang tidak pasti arah tujunya.Teringat kenangan silam,saat bersama,berjanji,ingin sehidup semati,ternyata,sudah takdir,telah pergi dahulu dengan tidak senang mendengar sebuah khabar yang telah terungkap dari bibir si pemberitahu.Sebak didada menahan perih air mata.
Dulunya dari mula berkenalan,bibit cinta mulai berputik menjadi mekar dari awal bertemu lagi,secara tidak sengaja bertemu,atau dengan cara yang agak berbeza,telah jodoh ditetapkan bersama dia,tidak mengapa,terima saja.Saat mula membuka suara dari bibir ini,perasaan seperti tidak biasa lagi dengan suasana perkenalan.Malu yang membelenggu,senyum yang terukir antara dua sejoli ini,tidak akan terlupakan oleh mereka saat manisnya mereka bertemu.Dari tidak mengenali antara satu sama lain,tiada pilihan,banyak sebab,secara diam-diam menyimpan perasaan cinta kepadanya,ia adalah cinta pandang pertama.Jantung mula berdegup kencang tidak mahu berhenti sejenak bila berhadapan dengan si dia,sangat indah semasa itu.Di era zaman teknologi,mulai pandai bersuara bagi ingin meluahkan perasaan yang sudah terpendam sejak pertama kali berjumpa,sangat manisnya seperti dunia ini hanya bagi mereka saja,itulah kadang-kadang itu yang selalu orang bercinta katakannya sesama mereka.
Ingin berkenalan lebih mendalam,masih mengikuti cara yang agama telah tetapkan,iaitu Islam melarang lelaki yang bukan muhrim memegang kulit wanita,haram.Tetap dengan pengangan mereka bersama,bertukar nombor telifon,dari mula bertanyakan khabar,dan berbicara kerja-kerja yang ada,itu mulanya,mulai membuka langkah tentang hubungan.Jika diingatkan semula,sangat lucu ketika itu yang ada kisah mengenai mereka berdua,berkata dari pesanan ringkas,iaitu suatu perkataan yang selalu dinantikan oleh orang yang sudah jatuh cinta,atau yang memendam suatu perasaan itu iaitu perkataannya..
"SAYA CINTAKAN AWAK"
Itulah biasanya,bila sudah menerima seperti itu tidak dapat berkata apa-apa seperti tidak percaya,menerima dengan ikhlas,terbuka pintu hati,dialah yang terbaik untuk hidup ini.Sudah bergelar sebagai kekasih,banyak cabaran yang dihadapi,belum lagi mereka digelar sebagai suami isteri.Pergi kemana,ditemani selalu,sanggup mengadai nyawa untuk yang tersayang.
Perhubungan mereka sudah pun menjangkau bertahun lamanya,lebih kurang dalam 4 tahun lamanya.Dalam kisah percintaan ini,masalah yang tak diingini pasti berlaku,bergaduh,lekas diselesaikan semuanya,itulah yang harus,bukan langgar lari.Mulai berbiara sekali lagi,mengenai perkhawinan,sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.
Walaupun ini jalan yang terbaik,tiba-tiba,kisah yang dulunya ingin bahagia berumah tangga bersama sehingga ke akhir hayat tidak kesampaian.Dia telah pergi selama-lamanya,akibat masalah kesihatan,ini hanyalah tinggal kenangan,bagai tidak boleh menerima keadaan,jalan yang terbaik ialah membunuh diri.Disedarkan oleh segelintir masyarakat,lekas-lekas bertaubat,mungkin itu jodoh yang hanya untuk sebelum perkhawinan.Meninggalkan pelbagai kenangan dalam masa 4 tahun,mungkin agak sukar untuk dilupakan.Mencari pengganti,mungkin amat rumit untuk berunding.
Sedih menguasai diri,tidak dapat menahan perasaan,hanya berdiam diri sejak hari kepermegian dirinya.Akhirnya melepaskan dirinya pergi buat selama-lamanya,tidak kesampaian cinta seumur hidup,walaupun hanya kesampaian cinta sebagai pasangan kekasih,mungkin dirinya sedang diuji oleh Yang Berkuasa,mungkin saja,akan ada orang yang akan muncul pada suatu hari nanti.
Kini ia sudah pun menjadi kenangan,membuka lembaran yang baru,mungkin ia akan menjadi kenangan buat...selama-lamanya...selamat tinggal cinta pertama....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan