Rabu, Januari 19, 2011

Dia Mencuba Untuk Menutup Matanya...........

Dia hadir,saatnya hadir dalam hidup ini,seperti hari-hari yang lalu penuh dengan kesunyian,terisi kemeriahan dalam diri ini.Senyuman yang diinginkan oleh setiap orang.Kesayupan angin bertiup kencang,tidak menyedari waktu sudah pun singkat dan masanya sudah pun tiba.Menangis disudut hati,ketiadaanya mensunyikan lagi keadaan,yang dulunya seorang yang sanggup menghabiskan masa bersama,kerana sudah takdir bersama.Hujung minggu dibawanya berjalan-jalan di taman yang indah permandangannya terletak ditasik.Termenung jauh entah apa yang difikirkan,mata kuyup ngantuk agaknya,temankan dirinya yang rasa-rasanya dalam keadaan kesepian,hiburkan dengan telatah yang kelakar,riang membuat mimik mukanya menjadi seperti ada yang mahu berkawan dengan dia,melihat kalendar,menentukan tarikh,menunggu hari demi hari,tetapi kesakitannya hanya Tuhan saja yang tahu,menanti saatnya tiba,masih muda nampak dimata,apa sakitnya?Teringat kisah lama,bermain-main dengan rakan-rakan walaupun hanya membuat lawak,saat zaman persekolahan,begitu manis bila terkenang semula dan menangis membayangkan keadaan yang lalu.

Terbaring saja,diruang yang hanya penuh dengan lampu dan hanya ada katil,sebagai pengalas tubuh,selimuti badannya dengan selimut saja,kesejukan badan yang tak terhingga sayu melihatnya dari jauh.
Sudah lama begini,sakit yang dirasainya,masih jelas terasa,entah dibahagian mana,apa sakitnya,tidak berani aku untuk bertanya,takut,sakit hatinya,atau aka nada kecewa padanya,sedih barangkali....Hujan renyai diluar,melihat dengan teliti,bila akan berhenti,memikirkan,andai hujan berhenti,sama seperti riwayatnya juga akan berhenti...
Jangan berputus asa,jangan sesekali kamu berputus asa,hadapi dengan tabah



menghadapi penderitaan ini,banyaklah berdoa kepada Allah.....
Dia,bagai embun pagi,yang membasahi bumi,tiada yang terkecuali,merasainya,begitu juga penderitaan yang dirasai oleh dia ini,mesti ada sedikit gangguan mental yang akan mencelaru fikirannya,mungkin padanya sekarang adalah mengenai,saat ada yang menjemputnya,untuk kembali kepangkuan,banyak-banyak berdoa,kepada Sang Pencipta...
Terlintas juga pada diri ini,tidak orang yang sakit yang akan merasakan kematian,mungkin orang yang sihat,segar,masih ada dayannya,boleh juga merasa tanda-tanda saat hendak meninggal dunia.Hanya datang sekali,dari-Nya kita datang,pada-Nya kita pulang,berbeza caranya....
Waktu terus berdetik,mungkin hari ini,esok,atau akan datang masih tidak tahu,dan diulangi,jjangan sesekali menyalahkan hidup,kerana hidup kita ditentukan oleh Allah S.W.T,tapi kisah ini,mengenai dia,siapa dia,dia adalah dia yang aku cerita,hanya mengenai dia yang masih menunggu saatnya tiba,yang hanya menanti bila tiba masanya,kerana ia sedang sakit tenat,hidup mati kita ditentukan oleh Allah S.W.T,jadikita tidak boleh memandai nak kata orang itu akan mati semalam,hari ini,esok,atau dimasa hadapan dengan tetapan tarikh hasil dari penilaian kita,mungkin kita dahulu yang akan pergi,mungkin....
Jadi,aku (penulis blog),merasakan keadaan sekarang seperti ada sedikit huru hara,sekejap,aku bukan nak cerita tentang dokumentari pula ya.....tapi aku nak sambung balik kisah yang diatas tu,dengan cerita aku ini.....

Andai berpisahan jasad dan roh terjadi,
Itu pasti,orang-orang terjadi,terasa sepi yang telah pergi,
Tak takut,enggan diikut kembali,waktu pun tak mahu diutur lagi

Innalilahi wa inna ilaihi rojiun

Dari-Nya kita datang,pada-Nya kita pulang
(Minor – Bila Telah Datang)

Jadi,si dia ini pun cuba untuk melelapkan kedua-dua matanya,dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ditepi tubuh ataupun sebagai badan,andai belum tiba,dia mahu melihat dunia lagi pada keesokan harinya seperti biasanya,mahu sihat seperti biasa,berdoa kepada Allah S.W.T,agar disembuhkan pada keesokan harinya,mungkin salahnya masih banyak,aku,kamu,dan semua,masih banyak lagi salahnya,dia pun menutup mata yang dikatakan sebagai sementara,kita semua pun melakukan,hadir mimpi sesepi mimpi,sanggup terjaga dari bangun tidur walaupun hanya mimpi itu kadang-kadang mainan sahaja,tidak apa katanya,mana keluarga?,masih tidak hadir,tidak mahu meneman yang keseorangan,masih lagi memikirkan saat kematian,yang sakit tak terperi rasanya.Menatap gambar,kisah lama,sungguh indah,dan terasa sunyi,ini hanya sekali,selepas itu,tiada lagi cerita ini kedengaran,kemana orang itu pergi,tiada siapa yang tahu,kemana ia pergi sedangkan dia hanya duduk kerusi roda sahaja (dari awal,tidak ada menyatakan perkataan kerusi roda pun,tetapi hakikatnya memang dia duduk dikerusi roda sahaja,dan akan melabuhkan kakinya diatas katil bila dia mahu),masih tiada siapa dapat tahu..............mungkin dia pergi,kerana ia keseorangan.......dia meninggalkan sepucuk surat diatas meja,yang bertuliskan begini bunyinya...

"Aku tak hayati

Setiap yang aku nampak sekarang

Semuanya yang aku tahu sudah pun berubah

Terima kasih kerana mengerti aku yang sedikit tidak mahu bergaul mesra bersama kalian

Aku begini kerana sikap diri sendiri

Yang dulunya pernah ada putus asa

Dan tidak mahu lagi berharap,dan yakin pada diri

Selepas aku menghayati

Sedikit ketenangan dalam diri aku ini

Tempat yang baru menemui semua tidak lama lagi

Lain keadaanya dengan sekarang

Tidak dapat dibayangkan

Itu....."


Bawah surat itu terkoyak separuh seperti sengaja dikoyakan oleh penulis,surat itu menyakinkan kita,akan ada YANG BARU akan menemui kita,yang selama ini kita tak penah NAMPAK.....

Habis sudah cerita aku,kalau tengok dari tajuknya,macam tak faham?,inilah ceritanya,bagaimana dia terus,untuk terus menutup matanya,tetapi ada perkara yang MASIH BELUM dilakukannya lagi,inilah betulnya,aku menaip diwaktu malam ini,dengan kedengaran pelbagai bunyi serangga yang entah apa erti maksudnya,jadi,carilah kat mana-mana cerita yang hanya rekaan semata-mata ini,takkan jumpa dimana-mana pun,ini aku hanya buat untuk renungan jika faham apa yang disampaikan,hanya hasil dari pemerhatian aku sahaja,melihat gelagat mereka dalam keadaan aku pun sama ikut serta juga,bila aku pun ada menunjukkan gerak balas,jadi mereka mula menunjukkan perihal mereka,tapi,jujurlah,bila sudah ada ilham datang dalam otak aku ini,yang hanya gerak aktif pada waktu malam ini (huhu,apalah aku ni,itu pun nak cakap ke,kalau begitu,baik pergi sekolah pada waktu malam sahaja),tentang kematian paling aku suka selitkan dalam tulisan aku,pada blog yang banyak,nanti yang lain pulalah,social sesuai juga,betul tak sobat (sahabat)?,ok lah itu,nanti sambung masa akan datang,inilah cerita kali ini,tentang seseorang itu yang masih menunggu saatnya tiba,tak faham?,tidak apa-apa,ini sekali lagi aku bagitahu,ini rekaan,tapi tentang kematian,aku selitkan juga,.....terima kasih..sudi....layan.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan