Selasa, Januari 25, 2011

Menuju Destinasi Yang Bernama......

"Kemana lagi?"

Berjalan jauh tanpa henti,melihat kiri,melihat kanan,tiada beza,sebatang pokok,melihat sebatang pokok,hanyalah tunggul yang sepertinya sudah mati.Hendak menjerit kepenatan,tetapi masih tidak mempunyai tenaga,lemah longlai bagai ingin melayang tidak bertulang.Angin bertiup sempoi,tak mampu lagi bertahan.Perjalanan mereka yang dilihat dari jauh masih jauh lagi untuk sampai ke destinasi.Mempunyai citarasa yang jauh dipendalaman,tertanam sejak seusia awal.Kekadang,berhenti sejenak,ingin sekali berhenti berharap,mempunyai tujuan yang besar,mulai dari awal,tetapi berhenti begitu sahaja.Katanya,yang hanya duduk kadang,mulai bicara ketika bermulanya suatu perkara,masih lagi tidak memahami yang berlaku.Tiada sengketa.Keringat peluh yang mulai membanjiri wajah,ataupun mungkin tubuh,masih lagi tidak menganggap itu adalah ujian,dari mulai mengenal tentang sesuatu yang tidak tahu,menyukai jalan atau cita-cita yang ingin diambil,kekadang,sudah meminati,tetapi,ambil jalan lain,sudah takdir atau pilihan.Mengira jari,mengira waktu,melihat tidak akan mengundur lagi,melihat sudah masanya memilih yang terbaik,tentang hidup,di dunia dan di akhirat,seimbang.Mengenai seimbang,bukan timbangan,jika boleh,boleh juga diambil.Temph yang diberi dari awal peringkat sekolah,kerjaya,memang itu kerjaya bersama.
Itu tentang destinasi kerjaya.Ada lagi agaknya destinasi yang lainnya,mengenai tujuan,banyak di tanya apa tujuan kamu,menjawab mereka,pergi kearah sana,yang katanya baik,biasa saja,pergi kearah sini,yang juga dikatakan boleh dibawanya,tidak apa tiada teman yang menemani,sebab,jalan ini hanya boleh di lalui oleh seorang sahaja,iaitu kita seorang.
Walau dikatakan sunyi,ambil katanya biasa saja.
Hendak lepaskan kepenatan dalam kehidupan,tiada yang senang dimata ini,walaupun segelintirnya menganggap biasa saja,buat tidak tahu katanya.Tidak harus begini selalu,mungkin ada yang mendayu-dayu entah kemana.Destinasi,adalah sesuatu tempat dimana itulah tujuan kita,walaupun entah pergi kemana,ke arah mana,tanpa papan tanda,itulah yang diberitahu tadi,banyak tujuan kita,itulah tujuan kita,tidak ada sesiapa yang tahu kecuali Yang Berkuasa,apa tujuan kita?,diri sendiri yang lakukan.Tidak perlu memasukkan kata laluan,kata laluan selalunya sangat pantas atau terlalu mudah untuk mencapai tahap klimaks,tidak perlukan,kata laluan yang sangat mudah itu,walaupun ia memang ada dalam realiti ini.
Jika sudah ingin lakukan yang terbaik,caranya memperbaiki diri,jangan anggap yang biasa saja,itu sudah dalam keadaan yang harus diperbetulkan.
Berputar kembali,selesaikan secepat yang mungkin,kemana arah tuju,jauh,melihat papan tanda,kemana hendak pergi selepas ini,atau hanya duduk di bawah kotak sahaja?
Perigi usang ditengah kota,tidak dihirau,sebab wajahnya,tinggi tekad tertanam dalam tak terhingga,terbalik raut wajah meneka tepat tekaan sesiapa,kembali kepada asal tujuan kita.
Bermula dari kepada hanya mengenal erti luar hidup.Melihat permandangan keindahan ciptaan Yang Berkuasa,tiada tandingan,mencari rezeki manusia yang ada,kenapa masih tidak berusaha,jangan jika sudah menemui jalan akhir,terus berhenti disini,tidak ada usaha,tidak ada cara.Patah balik,terus keluar dari jalan buntu atau fikiran kita yang akan buntu.
Jika sudah sampai,janganlah lupakan yang tertinggal,yang masih dalam perjalanan,ataupun masih buntu mencari jalan keluar.Harus dibantu atau usaha sendiri,itu adalah diri sendiri.Kadang-kadang ingin mencapai tahap yang tinggi tetapi tidak tahu,hanya melihat mereka bangkit,hanya ikut sahaja,bukan apa,ini sudah berlaku,sebab hanya nak namanya naik sahaja,ia harus bernama dari awal,namanya haruslah dari diri sendiri,bukan paksaan,bukan dari orang lain,bangkit dan berusaha,pasti bernama.

"Ada cerita,tentang kita semua,kita bersama,sebelum pergi selamanya
Saat kita berduka,saat kita tertawa,menuju kemana arah kita
Tidak berpandu,tidak mendayu
Teringat saat bertekad bersama walau tak pernah berjumpa
Kemana arah itu tujuan kita
Harus bernama setiap jalan kita
Jalan yang dimana itulah kerjaya bersama tetapi berbeza"

Jika yang masih tertinggal itu,jangan mudah putus asa,fikirkan bermacam-macam cara nak terus sampai kedestinasi,kemana lagi hendak pergi,masih ada peluang,masih ada peluang.Tidak hari ini,mungkin hari esok,atau pun hari-hari mendatang,
itu pasti berlaku,jangan biasakan dengan hanya dengan sikap yang malas sahaja,dan terus layu di mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan