Isnin, Januari 10, 2011

Di Hutan...(Hakikatnya)........

Di Hutan..
Andai di hutan ini menjadi tempat tinggal kita bersama..
Akan aku cari sungai untuk mencari penghubung jalan pulang...

Di Hutan...
Andai makanan dan minuman tiada dicari...
Akan aku petik daun-daun dan akar kayu untuk dimakan bersama..
Walau risiko berbahaya menanti...

Di Hutan..
Siang malam pagi petang penuh rimbunan daun-daun dari pokok menemani mendung sementara menutupi kita..
Akan aku cari kepingan kayu dan akan aku menyelimuti dirimu dengan kepingan itu..
Tak usah hadir penuh perasaan....terimalah saja....

Di Hutan...
Indah dengan pelbagai penghuni ditambah dengan kita berdua...
Lagi memeriahkan suasana menjadi lebih ceria...
Sekeliling yang sama sahaja...begitu indah....

Di Hutan..
Sama sahaja begitu juga di tempat lain...
Kita akan akan melihat bagaimana hari malam menjelma seperti mana yang kita pernah lihat dulu..
Dengan berjuta cahaya bintang yang berkelipan menemani bulan yang kesunyian..

Di Hutan....
Bersama mencari jawapan yang tak sudah-sudah...
Apa sebab kenapa kita berdua berada di hutan ini?
Kenapa boleh datang secara tiba-tiba di hutan ini?
Namun tiada jawapan juga....

Di Hutan
Lemah longlai kita berdua terdiam terpaku...
Duduk bersama melihat matahari menyinar fajar di tepi bukit berhampiran hutan...
Namun...tiada jawapan juga...
Tiba-tiba...tergerak hati ini...mendapat sesuatu yang tidak dijangka...jawapan!!..,ya..!!

Di Hutan...
Aku berkata di dalam hati.....
Aku sudah mendapat jawapan akhirnya.!!...Akhirnya...!!
Ini mesti kerja penulis blog ini...dia tulis pasal aku dan si dia berada di hutan ini...lalu sengaja nak susahkan aku dan si dia kat dalam hutan ni juga....mesti dia yang reka cerita ini...penat aku fikir..dah macam orang gila aku kat hutan ni.........tak ada tempat lain ke?....susah payah aku....penat!....kena kau penulis blog yang tulis cerita ini...nanti kau...!

Penulis Blog : Aik?....,mana aku tahu...ingatkan nak saja-saja je buat ayat cinta...apasal boleh jadi macam ni pula?..maaf....ye....maaflah!..Tidak!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan