Sabtu, Januari 22, 2011

Apa Yang Berlaku........

Membuat mimik muka seakan tidak senang,memang selalu begini,tiada lagi yang begitu,harap sesangat,jangan buat demikian,kerana itu juga tidak akal dimasukan sihat,bukan senang,bukan mudah.Kembalikan arah,yang sudah berubah,jarak menentukan perubahan yang sangat sesak,bukan mudah.Kota raya berubah serta merta tanpa diketahui,dimana tinggal sesama manusia yang berbeza cara,lampu cahaya menyinari jalan-jalan yang sekarang sudah pun sunyi,masih dengan layan perasaannya,masih tidak berubah wajahnya.Sekutum bunga yang mekar layu serta merta juga,tiada jawapan.Air terjun yang dulunya deras airnya menyimbahi bumi dari jarak ketinggian yang tidak dapat dijangka,mengalir perlahan,dan mungkin akan terus perlahan sekarang.Mengambil gambar menggunakan kamera,tersimpan sebagai memori ataupun kenangan,tidak bersuara,tidak bergerak kemana-mana,walaupun disimpan bertahun lamanya,masih sama keadaan didalam gambar,walaupun tempat atau apa yang ditangkap sudah pun berubah,memang macam ini selalunya...selalunya,perkara itu diperkatakan sangat kecil,ada yang sengaja perbesarkan dengan sengaja atau terpaksa,janganlah begitu,tiada apa yang mereka dapat dengan lakukan yang sedemikian.Masih juga tidak senang,gelisah bergelora,bibit-bibit mengacu keresahan.Helaian kertas yang sudah koyak halus bertaburan melayang di udara.Tiada paksaan mana-mana pihak,masih tiada paksaan,meneliti tepat arah tuju,hilang serta-merta lagi sekali,berkeliaran tidak tentu hala arah tuju,masa itu emas.Tidak pasti apa yang sedang difikirkan sekarang,Sekarang,bernyanyi si merpati,terbang tinggi,entah menghilang dimana.Kampung,indah dengan permandangan,melihat pelbagai orang dan ragam,terlantar sakit,dan bermacam lagi yang susah hendak tafsirkan,masih tidak senang agaknya.....

Telepati,menghantar segala dalam sekejap,tidak mengambil masa terlalu lama,sangat sempit antara ruang dan waktu,mengenai ruang,tiada masa hendak menceritakan segala,berlari mencari tempat yang redup,atau lebih selamat untuk berlindung,mungkin bukan selamanya,lekas,meminta tolong kepada siapa?,pulang jauh ke pendalam,tiada siapa yang ingin memberitahu hala tuju,jalan sendiri,bukan jalan orang.Mengikut kembali,sesiapa sahaja,tetapi bukan seorang,tetapi,lebih dari satu.Mungkiri kata-kata yang dikatakan sebagai biasa.Tidak boleh menampal mulut,mengangkat tangan,sebelah sahaja,jiwa terbelakang,boleh diperbaiki.

Cuaca mulai berubah cara,bukan kerana terluka,bukan kerana terseksa,biar fikiran terbuka,biarkan bergelora menuju entah apa namanya,saat itu,membuka mata seluruh jendela dunia,sangkut paut ternanti siapa yang ingin dihadiri,dengan tetamu serba hitam,serba-serbi hanya satu warna,menggamit posisi memegang trofi,terlepas pandangan,kerana seketika,pintu terbuka luas terpampang dimuka akhbar,jangan buka terlalu luas.

Tong yang berisi pelbagai warna di pegang erat ditelapak tangan,tidak mahu lepaskan,kerana mahu menyimbah sebuah kertas yang tidak berwarna,dengan tekad,ingin mewarnainya,dengan setulus hati dan jiwa,menghiasi dunia dengan warna sama dengan menghiasi hati.Penghayatan yang tidak keterlaluan diambil posisi berjaga-jaga.Rata-ratanya,mengambil jalan mudah,dengan menggunakan masa yang lebih pantas dengan menyimbah seluruh kertas itu dengan warna,sedangkan mengambil masa lebih lama dengan hanya menggunakan berus warna sahaja.Deru-deru jiwa,membakar semangat,tidak mahu lepaskan,kerana bukan selalu boleh begini,telah ditetapkan.Pilihan hati bukan mudah untuk memilih,bukan mudah untuk bertanya,kemana hendak menggunakan sebaik yang mungkin.

Tulang patah rangup terasa,telah patah dimana-mana dicari puncanya,seluruh tubuh rangup tanpa terasa,tiada penganti,tiada ada dimana-mana ganti jual dan beli anggota tubuh badan.Kiraan masa,menyambung semula rekahan patah tulang yang tidak berpaku,tidak berskru,tidak bertanggam,ciptaan Yang Berkuasa,tiada tandingan.Berbunyi-bunyi pelbagai kedengaran,terlihat dimana hadirnya suara,retak seribu,beretak lama,tidak ada sambungan yang seterusnya.

Nada-nada yang minor lagikan puitis kedengaran,bahagia segelintirnya berkata seusia muda mahu terasa.Bagai tiada makna bagi segelintirnya yang berkata jika tiada peneman hidup dari seusia muda itu seumpama dawai yang sudah karat.Lemah longlai merusung rindu,mandi tak lena,tidur tak basah,terbayang wajah dimana-mana pun berada,melihat sesiapa menjadi dia,tidak dapat melawan perasaan menjadi realiti mengganggu hati,tidak boleh melepaskan bayangnya walaupun hilang,bagai dirasuk oleh jembalang.Nak kata tak guna,mereka boleh menepisnya,bukan menghalang,itu kisah mereka,tidak patut masuk kandang.

Sebuah bungkusan yang telah dikirimkan semula mungkin sekali ada pelbagai isi,isinya yang awalnya tidak bernama,yang awalnya juga tidak berjiwa,tertutup rapat kedua sisi,masih menjaditanda misteri,gelap didalamnya entah apa ceritanya yang terkandung.Berbentuk entah apa rupanya,ingin sekali mengetahui walaupun hanya mengintainya saja,tetapi bukan kehendak,bukan permintaan.Masih terus dibelenggu misteri.Akan terrungkap bila sudah masanya.

Terhanyut arus di era pra-moden,teknologi mengahantui bagai merasuki,bukan mengkritik,tetapi hanya mencuba menilai,seusia awal mencuba untuk mengenali lebih rapat lagikan ingin berkawan.Litar pintas menjadi peneman.Hanya hidup diaruskan dengan tenaga elektrik yang telah ditetapkan.Menjadi kebiasaan,setiap orang bukan mudah.Skrin terpampang entah apa namanya pelbagai ragam,kunci menaip jari jemari pantas di adili,penghubung kedunia maya,dunia yang penuh dengan ciptaan manusia semata-mata,peneman sang kaki setia.Melihat perkembangan dunia dengan hanya sekali taip dengan jari jemari.Tidak bermain helaian kertas sebagai jawapan,menggunakan kata-kata maya dengan pantas,semua orang mengikut peredaran zaman yang sudah masuk ke era informatika.Tiada apa lagi yang hendak dibahas,sebab jangan masuk kandang.

Mungkin saja banyak yang berlaku yang mungkin tidak akan kita selalu ambil tahu,sengaja aku taip perkara yang kali ini ada yang segelintirnya kurang faham atau mengatakan seperti penyindiran sesetengah pihak.Banyak lagi perkara yang aku nak beritahu,bukan aku ini suka mengkritik,mungkin aku ada sebab,yang sangat kuat,aku nak minta maaflah kalau kiriman yang baru ini agak sedikit tidak senang bagi semua yang membaca.Selalu sangat atau mungkin kita jumpa dimana-mana tentang ini,atau kita buat tak tahu,tapi aku sengaja ambil jalan nekad,sengaja aku taip sebergini,agar aku boleh melihatnya dimasa akan datang dan aku tidak lupa apa yang aku taip mungkin ini akan menjadi kenangan.Tidak banyak hendak aku beritahu,mungkin agak tidak menarik bagi sesetengah pihak,sebab yang aku taip ini macam agak serius (bukan ke memang macam ni yang terdahulu kiriman yang lama?,huhu),tapi apa pun terima kasih kerana sudi membaca,jangan terus hendak menyalakan api,baca dulu sampai habis...terima kasih......kerana membaca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan