Sabtu, Januari 08, 2011

Tunggu Aku....Kertas Putih....

Sudah lama tak pegang kertas putih,kertas putih yang aku maksudkan,ialah kertas yang aku paling suka untuk melukis,aku dah lama tak melukis,kali terakhir aku melukis,9 bulan yang lalu,berapa lama ha..?,hehe..aku memang minat melukis,aku rindu kamu....lukisan ku,akan aku lukis kamu~..,tapi tak apa,lukisan aku yang lalu,ada buahkan hasil,bukan apa,bukan nak cari populariti,tapi aku nak kembangkan bakat aku,jadi,aku cuba lukis di majalah sekolah,hasilnya,tersiar,memanglah,bukan aku seorang yang pernah buat begitu,aku amat sensitif dan senang cerita,cerewet dalam melukis ni...(dalam melukis pun nak ada cerewet juga ke...adui....huhu)

1. Kertas tak boleh ada sikit renyuk..
2. Jangan bising semasa aku sedang melukis
3. Gila sensitif dengan garisan lukisan,kalau sedikit salah,terus aku buang jauh-jauh dan buat yang baru...
4. Kalau lukisan aku sudah siap,jangan seorang pun suka-suka nak tambah,nanti aku buang,dan buat yang baru,walaupun hasilnya memuaskan..
5. Soal warna,aku memang tak minat dan memang tak pandai..lagi cantik warna hitam putih..
6. Lukis biar sekali,tidak mahu lukis sebanyak-banyak manapun dengan watak yang sama...
7. Kalau ada pertandingan melukis ke..aku terbantut nak menyertainya...sebab?..,warna..(mesti korang kata..kenapa tak berusaha belajar melukis sambik mewarna..aku senang je..serik!..,aku tak suka mewarna!..haha)
8. Entah berapa banyak lukisan yang aku sudah...buang..dan berapa banyak lukisan yang aku buang..semua sudah ok tapi ada kesalahan kecil..
9. Tak biasa sangat melukis kat kertas yang berwarna lain....tak biasa walaupun menulis...
9.Dan banyak lagi yang aku susah nak cakap...

Begitulah..emosi ketika melukis ni...jangan nak hairanlah...semua orang mesti ada je yang salahnya ketika membuat sesuatu dan adanya benda tak kena...mesti korang pun sama...ikut perasaan sangat aku ni!...,mana taknya,macam mana nak jadi lukisan yang sebenarnya kalau saat melukis tu tak tenteram..ada saja yang salah akibat emosi sangat...kalau melukis ni..selalu kena berimaginasi yang sangat luas..itu masalahnya...saat memikirkan sesuatu tu..nanti entah apa kebenda entah masuk...lain dari yang lain....korang yang suka melukis tu...belajar dulu mengawal emosi..nanti boleh jadi gila...ikut perasaan sangat juga tak bagus...aku masih dalam tahap belajar (sendiri,tak ada sesiapa yang ajar aku..aku cari bahan sendiri..alamak..siapa yang nak tegur aku kalau aku salah...minta orang sekeliling sajalah jawabnya..tahu tak seni bagi diorang)..

Dua patah perkataan saja benda paling penting dan akan berjaya dalam sesuatu benda yang kita nak buat iaitu "Minat Dan Kesabaran"..,jika ada unsur ni,segala benda penting berkaitan akan datang dengan sendirinya...aku mesti fahami maksud dua patah perkataan itu..jika aku yakin tak boleh buat...berehat seketika..baru sambung balik..
Aku mesti boleh berubah dari yang asal!....yeah...hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan