Isnin, Januari 31, 2011

Demo Hitam Putih....

Warna kehidupan penuh dengan pelbagai warna dengan kehadiran mereka,iaitu hitam dan putih.Kenapa warna ini yang dipilih,sama sahaja seperti manis dan pahit,masam dan tawar,sudu dan garpu,lelaki dan wanita.Tetapi kenapa harus pasangannya dua,tidak tiga,seperti sudu,garpu dan senduk,baju,seluar dan skirt,dan banyak lagi yang pasangannya dua sahaja,atau mendapat yang lain?
Hitam dan putih,corat-coret warna kehidupan,mengenal erti sebenar yang tidak pernah kunjung usai.Dengan selalu sahaja akan ada peristiwa yang akan masuk dan hadir,tidak akan juga selesai selagi kita hidup,selalu saja akan ada masalah,dan masalah itu jika kita selesaikan,akan ada masalah lain yang akan datang.Susah senang sudah biasa melihatnya,mengharunginya keseorangan atau bersama,dugaan yang dihadapinya,bukannya kecil,tetapi besar,tidak terkira perinya.Saban hari,telah mungkin diduga oleh Yang Berkuasa,untukmelihat betapa berimannya kita.Masalah yang berlaku sekarang ialah,perubahan masa dan keadaan.Sekarang,semua manusia sedang diuji,dengan kesan rumah hijau yang dikatakan semakin menipis semakin sebahagiannya tidak tentu arah,perubahan manusia,dari gaya pakaian,wanitanya,lelakinya pun sama,semakin tidak terkawal,si anak kecil,sudah terpengaruh dengan dunia maya,yang sekarang sudah pun ada yang dicipta oleh manusia sendiri.Semakin berani dengan tindak-tanduknya yang diluar jangkaan.Menindas yang besar,atau sengaja berbuat sedemikian atau memang ini jalan kita sebagai manusia.Hitam,selalu diberi maksud sebagai gelap,atau senang lebih cenderung kepada kejahatan atau biasa digunakan dalam kugiran-kugiran yang berjiwa metal,atau biasa dalam mana-mana cerita,asal ada warna hitam saja,menyeramkan apa ke,ia sepertinya warna yang agak ganas,segelintirnya berkata begitu,pendapat berbeza,lain caranya.Putih,selalu diberi maksud sebagai cerah dan terang,atau senang lebuh cenderung kepada kebaikan atau biasa dikatakan dalam agama Islam,putih itu suci.Kain kafan yang berwarna putih,cenderung juga kepada sesuatu yang suci atau bersih.
Kehidupan di dunia hanyalah sementara,warna-warna yang dipilih adalah pilihan kita semua.Tidak biasa apa yang berlaku,memang selalunya begini.Dengan sesebuah negara yang memounya stabiliti ekonomi,politik,budaya,kaum,agama dan bangsa.Mempunyai pilihan bagaimana untuk menyelesaikan,sesetengah,menganggap demokrasi itu sebagai jalan yang mudah untuk mengkritik sesetengah pihak atau tudak berpuas hati dengan segelintir pihak.Sanggup atau tak,ia memang sudah berlaku,hanya mampu meluahkan perasaan yang tidak senang hati,tidak puas hati,atau memang tidak suka dengan cara ini.Pelantikan disana-sini,yang diharapkan adalah,kemajuan.Kemajuan yang diharapkan juga mestilah sesuatu yang harmoni dan tiada sesuatu komplot.Maju dilihat zaman.Sehelai kertas putih dilihat sudah pun banyak dilakar dengan warna yang ada pada diri sendiri,hitam dan putih,mana yang harus dipilih.Mereka juga selalu bersuara atau mempertikaikannya,menjadi baik salah,menjadi jahat pun salah,selalunya mereka tidak senang dengan apa yang orang lain terima sedangkan mereka tidak menerima apa yang orang lain memperolehi.Hasrat dengki membuak-buak,mengejek yang berjaya sedangkan mereka hanya duduk sahaja.Tidak mereka memikirkan bagaimana hendak menjadi berjaya seperti mereka yang sudah pun mencapai bintang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan