Khamis, Disember 23, 2010

Ruang Sunyi........

Kenapa suasana begitu bising..sakit telinga mendengar...apa yang mereka mahukan dengan membuat bising dan keriuhan..terus berlari mencari keadaan yang tiada sebarang bunyi...jika ia masih ada bunyi..haruskah aku mencederakan telinga ku menggunakan pelbagai peralatan untuk ia tidak boleh mnedengar lagi..sangat sakit bila mendengar suara-suara yang boleh membuat orang tidak selesa..harus kemana aku aku terus berlari..cahaya sudah menyinar bumi..matahari membuka tirai dengan serta merta..oh...kemana hendak aku pergi sekarang...aku terus berlari dan berlari hingga terjumpa sesuatu tempat yang dikenali puncak bukit serta taman bunga yang indah..
Indah sungguh disini..tiada suasana riuh langsung..memang sangat tenteram..adakah aku kekal disini?..tidak bolehkah aku terus menetap disini..hari pun sudah mula menutup tirai...hari berganti hari,usia ku sudah akan juga mentup tirai..berapa lama akan aku bertahan dengan keadaan ini?...,kemana akan aku pergi?..,mencuba aku memanjat puncak bukit..tetapi tidak kesampaian kerana keletihan dan dan kehausan serta kelaparan...tiada sesiapa disekeliling aku....hanya ditemani bintang-bintang dan bulan yang menyinari gelap malam ini...adakah sunyi ini akan berterusan...mungkin baru aku terfikir...semasa hidup nilah akan kita menghargai diri kita sebagai manusia..untuk kita saling membantu antara satu sama lain...mungkin jika kita mati..ditanam didalam kubur..kita akan selamanya sunyi dan ditemani pelbagai perkara...aku bangun dari tempat aku baring tadi..lalu aku berlari menuju keatas puncak bukit...dan melihat pelbagai suasana yang agak berbeza...keriuhan...hidup saling membantu sesama..ada yang mementingkan diri..keadaan gelap yang baru sebentar tadi..mulai membuka tirai semula dengan sinaran matahari..perkara ini akan berlaku berterusan hingga kita tidak tahu bila ia akan berhenti dan segala perkara yang kita lakukan akan habis waktunya....baru aku sadar..kesepian di dunia ini tidaklah sangat sunyi ketika mati..aku hanya menanti keadaan bila ia benar-benar sunyi........................dan kemana ia akan menghilang sunyi ini....selamat datang kedalam ruang yang sunyi milik anda sendiri,cuba mengawal keadaan ini..........anda memilih..bersendirian atau berteman..

Aku tidak tahu apa yang ada didalam fikiran korang...semua berlainan cara berfikir jadi dengan sedikit cerita mental...korang akan faham maksud sebenar ini....buat selama-lamanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan