Selasa, Disember 07, 2010

Siapakah Kita....



Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong ialah orang yang diberi penhidupan tapi tidak mahu bersujud pada yang menjadikan kehidupan itumiaitu Allah Rabbul Alaamin,Tuhan sekelian alam.Maka bertasbilah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecualai jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya ialah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Quran ,Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun berasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya? Orang yang dungu kepala otaknya ialah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidakakan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat ialah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dalam kemarahan.Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut ialah orang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.

Siapakah orang yang buta? Orang yang buta ialah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli ialah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun”. Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi,Aku reda dengan ketentuan-Mu ini,” sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara? Orang yang menangis air mata mutiara ialah orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak haloba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan