Isnin, Disember 20, 2010

Ketika Kanak - Kanak...

Dulu,saat kita masih di zaman kanak-kanak,kita merasakan diri kita ini sudah dapat apa yang kita ingini,lain pula dengan kanak-kanak yang berbeza cara hidupnya yang membesar didalam keluarga tidak mampu,tapi itu tidak menghalang untuk mereka mengenal arti kehidupan yang mereka belajar disekeliling dan bimbingan yang diberikan kepada mereka...mungkin tidak cukup..
Dengan seribu impian,belum mahir dalam bab permikiran,mencuba mengenal arti perjalanan yang dianggap sebagai pembelajaran awal mereka...apa yang terjadi ,mereka (kanak-kanak) tidak menghiraukannya,lalu terus bermain,dan bermain..
Lahir bagai selembar kertas putih,dan mengukirnya dengan mengikut jiwa,kemana hendak dituju arah perjalanan...baru bermula kisah seorang kanak-kanak....
Mereka mengambil masa untuk mengerti hal yang sebenar apa yang mereka saksikan....dengan hanya minda yang belum berkembang,mereka akan manipulasikan keadaan itu dengan penuh emosi..seperti..memberontak,menangis,berdiam diri dan pelbagai tingkah laku mereka..itu keadaan yang agak tegang akan mereka bergitu...sebaliknya..suasana ceria,dalam kegembiraan,mereka akan bersikap positif..,mengikut cara mereka gembira,melakukan mimik wajah mereka dalam keadaan yang lebih senang disebut..tenang..
Perkara ini akan mereka bawa ketika melangkah ke alam remaja...jika jiwa mereka penuh dengan perasaan dendam,benci,memberontak,itu apa yang mereka belajar ketika masa kecil lagi,sebab perkara ini akan mereka kembangkan dengan seorang jiwa yang agak agresif...mungkin itu setengah orang beranggapan begitu,ia boleh dibendung dengan bimbingan ahli keluarga,ibu-bapa,kaunselor,atau sebagainya sebelum menjadi tabiat tetap.Positif,mereka akan belajar bagaimana keadaan yang penuh harmoni,kedamaian yang mereka belajar,walaupun bukan dari MENTAL,dari FIZIKAL juga mereka boleh menggunakan jiwa mereka dengan keadaan begitu.
Ada kanak-kanak yang mempunyai fikiran yang agak luas,pintar,cerdas,itu mereka belajar dari bimbingan yang disebut sebagai tenaga pengajar,kenapa mereka tidak boleh pintar sendiri?,sebab,ia bagaikan "jam dinding tiada bateri",mereka perlukan bimbingan yang sewajarnya yang mengarahkan mereka ke dalam jiwa positif...penuh positif...
Zaman mereka hanya SEKALI seumur hidup mereka sampai akhir hayat lebih kurang mereka lahir..zaman kanak-kanak mereka hanya ada 6-12 tahun,mereka akan perlu berganjak ke alam remaja...sehingga mereka dewasa kelak..
Sungguhnya,apa yang aku bagitau tadi tu,sedikit tentang seorang kanak-kanak ataupun lebih ramai kanak-kanak,sebenarnya,di dalam dunia ini yang hanya sementara ini...zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling bahagia...Tuhan menyayangi kanak-kanak...walaupun mereka bersalah lalu meninggal dunia sebelum masa akil baligh,mereka akan dimasukan ke Surga..,dan tiada salah dan dosa bagi kanak-kanak,sehingga mereka menanggung dosa sendiri yang mereka ganti semasa kanak-kanak dahulu,jika mereka berbuat salah,ibu-bapa mereka yang menanggung hal tersebut..
Kanak-kanak penuh dengan jiwa berwarna putih,sebelum mereka sendiri yang akan mencampurkan warna apa kedalam hidup mereka...
"Sepi mereka tanpa teman,riang mereka penuh keindahan"
Jadi....jika kehidupan diulang lagi sebagai seorang kanak-kanak...akankah kita akan melakukan apa yang kita semua telah lakukan..
sayangilah mereka...kita manusia,bukan haiwan,haiwan pun tahu menjaga anaknya sendiri dari kecil..tidak kita yang ada sanggup mendera,membuang,dan pelbagai lagi perkara yang tidak dimasuk akal sihat kita..dan mungkin yang terakhir..,inilah apa yang kita semua laluinya..

Trimas...aku bukan mahir sangat buat kenyataan yang realiti tentang kehidupan,aku sama saja seperti korang..lagi-lagi tentang kehidupan kanak-kanak,pasti semua orang lupa,apa yang korang lakukan ketika masih kanak-kanak..betulkan?..,aku tak pakar,tapi...inilah betulnya apa yang aku perhatikan selama ini...sekali lagi...trimas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan