Selasa, Disember 14, 2010

Lima Fenomena Misteri Alam....

*Hubungan Minda Badan..
Sains Perubatan belum memahami bagaimana minda mempengaruhi badan.Kesan placebo,contohnya,menunjukkan manusia boleh mengubati penyakit sendiri hanya dengan mempercayai penawar yang diambil adalah berkesan,walaupun sebenarnya ia tidak berkesan.Melalui proses yang tidak mungkin difahami manusia,keupayaan badan untuk mengubati diri sendiri adalah jauh lebih mengagumkan berbanding apa sahaja yang boleh ditawarkan oleh perubatan moden.

*Kuasa Psikik...
Kuasa psikik adalah fenomena yang tidak boleh dijelaskan oleh sains.Ramai orang percaya mengenai kewujudan kuasa psikik,di mana pengetahuan khas mengenai dunia atau masa depan diketahui sebelum ia berlaku.Penyelidik menguji manusia yang mendakwa mempunyai kuasa itu,tetapi setakat ini keputusan saintifik yang diperoleh adalah negatif.Adalah juga yang menegaskan kuasa psikik tidak dapat diuji.Jika dakwaan ini benar,maka sains tidak mungkin dapat ,membuktikan sama ada kuasa ini wujud atau tidak.

*UFO
Kewujudan makhluk asing dan UFO sering menjadi topik perdebatan apabila ramai orang mendakwa melihat pelbagai objek ini benar-benar kapal angkasa makhluk asing atau pun sekadar pesawat atau meteor,siasatan secara saintifik masih belum mampu menerangkan mengenai fenomena ini.

*DEJA VU
Deja vu adalah ungkapan Perancins yang bermaksud 'sudah dilihat',merujuk kepada situasi membingungkan dan misteri apabila individu berasa pernah pernah melalui pengalaman yang sama sebelum itu.Ada yang menyatakan deja vu sebagai salah satu keupayaan psikik manusia malah juga menganggapnya sebagai imbasan kehidupan terdahulu.Kajian psikologi manusia mungkin mampu menawarkan penerangan yang lebih realistik tetapi sebab dan asal fenomena ini akan terus menjadi misteri.

*Gerak Hati
Semua orang pernah mengalami gerak hati sepanjang hidup.Mungkin juga gerak hati selalunya tidak betul (berapa kali gerak hati anda menyatakan kapal terbang akan terhempas apabila berlaku pergolakan di udara?).tetapi perasaan itu juga kadang-kala adalah benar.Menurut pakar psikologi,manusia mengutip maklumat secara tidaksedar dalam kehidupan harian,menyebabkan individu mampu mengesan atau mengetahui sesuatu tanpa dapat menjelaskan dari mana maklumat itu diperoleh.Tetapi gerak hati sukar untuk dikaji dan dibuktikan,menjadikannya sebagai misteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan