Sabtu, April 23, 2011

Perjalanan Riwayat Sebiji Pemadam Yang Begitu Singkat.....

Kisahnya hanyalah tiada nama ditempat dunia.Namanya hanyalah sehalus debu.Perjalanan hidupnya akan terus tamat bila ada seseorang itu menggunakannya.
Pemadam.
Perjalanannya bermula.Hanya ingin menjelajah jauh dari tempat asal.Menemui rakan-rakan yang lainnya jauh berbeza.Dirinya yang hanya sekecil tapak tangan.Terpaksa bergaul dengan rakan yang lain termasuklah Pembaris,Bekas Alat Tulis,Pensil,dan rakan-rakan sampingannya.
Lebih senang kita menyebut Pemadam ini sebagai PENGHAPUS,bukan PENGHAPUS LARA.
Ada saja yang akan menganiayanya,ingin berkawan,tetapi tidak disukai.
Kenapa...Sebab,pemadam ini adalah sesuatu bahan yang kecil,tidak wangi,dan ia diciptakan oleh manusia untuk menghapuskan segala penulisan yang dihasilkan oleh Pensil,ia terpaksa tabahkan hatinya..


Pada suatu hari,ketika sedang tuannya membawa peralatan bekas alat tulis ini,lengkap semuanya untuk digunakan.
Bekas alat tulis ini telah dirampas oleh budak-budak nakal yang sememangnya tak faham bahasa dan nakal.Jadi,dengan perasaan sedikit marah,tuan bekas alat tulis ini,tanpa berfikir panjang,terus menumbuk muka si perampas ini.Berdarah.
Dengan perasaan tidak puas hati.Budak nakal ini membuka bekas itu dan mengeluarkan segala isi barang di dalamnya.Habis bertaburan di atas lantai.Perasaan semakin membuak dengan kemarahan.Tiba-tiba tangan tuan telah di pegang oleh rakan-rakan budak nakal ini.Tak dapat bergerak lagikan apa-apa.
Tanpa berfikir lagi,budak nakal ini mengambil barang-barang yang ada,lalu satu demi satu barang dicampaknya jauh.Pensil sudah terbang jauh dari pandangan.Pembaris patah menjadi dua.Gunting telah dileraikan.Segala isi telah dimusnahkan.Lalu budak ini mengambil sebotol minyak tanah dituangkan diatas Bekas Alat Tulis ini,lalu dibakarkannya sehingga menjadi debu-debu yang beterbangan.
Perasaan semakin membara dengan kemarahan,tetapi tidak berdaya untuk berlawan.
Hanya tinggal Pemadam sahaja yang terselamat.Kerana semasa budak nakal itu membuka bekas itu,semuanya bertaburan,sedangkan Pemadam ini sekecil tubuhnya,tercampak jauh.
Hanya melihat rakan-rakan menjadi mangsa kejamnya manusia,
tak mampu berbuat apa-apa,apakan daya.
Budak nakal itu hanya ketawa sahaja,lalu,dia mengancam tuan,dengan berkata bahwa jangan cari pasal dengan dirinya.Tuan hanya senyap sahaja.Padahal baru sahaja terlanggar bahu,terus nak bergaduh,macam-macam.
Sedang budak itu hendak beredar dari situ,entah macam mana.
Dia ternampak akan Pemadam yang terselit dicelah kaki meja di dalam kelas,lalu diambilnya lalu dikerat nipis-nipis Pemadam dengan parang,lalu dibuang merata-merata...
Akhirnya tamat sudah perjalanan Si Pemadam yang tidak dapat berbakti sepenuhnya untuk tuannya.
Dia mati begitu sahaja,tuan hanya bersedih hati dan mesti tuan akan membeli yang baru barang-barang untuk penulisannya.
Yang telah habis dirosak,sudah tidak akan digunakan lagi.Beginilah perjalanan yang begitu singkat bagi aku (Pemadam),dan rakan-rakan yang lainnya,memang tidak dijangka akan berlaku.

*Dalam perjalanan hidup ini,memang sepertinya terasa begitu lama,sebenarnya,ia begitu singkat.
Dalam menjalani perjalanan,pasti akan datang rintangan yang tak diduga,kesedihan,kesusahan,kecerian semuanya,mungkin takkan kekal,
Pasrah segalanya..

Mempersembahkan...Tentang Perjalanan Seriwayat Sebiji Pemadam....Fahaminya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan